Khasiat Susu Kambing Untuk Kanak-kanak

Khasiat susu kambing ini sangat penting dalam tumbesaran si manja. Secara umumnya, susu kambing ini diperah daripada kambing betina setelah melahirkan. Ianya sedikit hamis dan mempunyai rasa kurang enak berbanding susu lembu. Susu kambing sangat digemari oleh Rasullah Saw. baginda dikatakan akan meminum susu kambing sebaik ia diperah.

Banyak khasiat yang boleh kita peroleh sekiranya minum susu kambing ini. Susu ini mempunyai pelbagai vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan. Selain kaya dengan nutrisi, susu kambing juga mempunyai kelebihan tersendiri berbanding susu lembu. Jadi, ibu bapa perlulah teliti dan kenalpasti kelebihan susu kambing sebelum memberikannya kepada si kecil anda.

Sebelum memberikan susu kambing kepada anak anda, ibu ayah perlulah berbincang dengan pakar pediatrik terlebih dahulu mengenai apabila menukar susu formula. Pakar lebih memahami tentang masalah pencernaan bayi apatah lagi kepada bayi yang bermasalah dengan pencernaan.

5 kelebihan susu kambing untuk kanak-kanak

Di bawah ini saya senaraikan beberapa kebaikan susu kambing yang bagus untuk kanak-kanak dan peringkat umur. Berikut adalah kebaikan susu kambing untuk kanak-kanak dan kesihatan mereka:

#1 Boleh menguatkan tulang

Seiring dengan tumbesaran anak, mereka memerlukan kalsium bagi menguatkan tulang badan mereka. Jadi, segala jenis produk tenusu yang berada dipasaran sangat membantu menguatkan tulang si manja. Apatah lagi, jika diamalkan pengambilan susu kambing ini. Ia juga dapat mengekalkan kestabilan kalsium di dalam badan si manja untuk sepanjang hayat mereka.

khasiat susu kambing untuk kanak kanak
Sumber: Neuroversiti.com

#2 Meningkatkan sistem pertahanan badan

Bagi memastikan sistem pertahanan badan si manja anda, amatlah disarankan untuk mengambil susu kambing ini sebagai salah satu makanan harian yang penting. Ini kerana susu kambing mempunyai kandungan selenium yang mampu mencegah penyakit.

#3 Mudah untuk dihadam

Protein yang terkandung di dalam susu kambing ini mudah dilerai dan menyerap dengan cepat ke dalam tubuh badan manusia. Asid lemak yang terdapat dalam susu ini lebih rendah berbanding susu lembu. Oleh itu, ia senang dicerna dan bagus untuk mengurangkan risiko sembelit si manja anda.

#4 Penyelesaian bagi intoleransi laktosa

Jika anak anda mempunyai masalah intolenrasi laktosa, susu kambing ini dapat menyelesaikan masalah si manja anda. Intolenransi laktosa ini merupakan masalah bagi si kecil yang tidak mampu menyerap laktosa ke dalam badan. Oleh itu, susu kambing mempunyai kandungan laktosa yang kurang. Jadi risiko untuk mengalami masalah kembung perut ialah kecil.

#5 Sumber tenaga yang lebih efisien

Susu kambing mengandungi lebih banyak Asid Lemak Rantaian Sederhana. Asid lemak ini yang mempunyai aktiviti metabolik yang unik untuk membekalkan tenaga bagi si manja yang sedang membesar, dan ia digunakan untuk merawat pesakit yang mengalami masalah penyerapan.

Kesimpulan

Sebelum itu, diingatkan juga kanak-kanak atau bayi tidak digalakkan minum susu kambing jika mereka masih menyusu badan atau menggunakan botol. Tunggulah sehingga usia mereka meningkat dan sesuai untuk minum susu kambing ini terlebih dahulu. Lebih sesuai jika diberikan kepada kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas.

Terdapat banyak kebaikan yang terkandung di dalam susu kambing. Kebaikannya bukan sahaja untuk kanak-kanak, malahan semua peringkat umur boleh meminumnya apatah lagi mereka yang sudah berusia. Pastikan anda beli yang nuetral, tidak ada bahan campuran ataupun pewarna bagi mengekalkan keaslian serta kebaikan susu kambing itu. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

thirteen + thirteen =

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa