mendidik anak bertudung seawal usia

Salah satu sebab kenapa saya jahit dan jual tudung untuk budak adalah kerana saya sendiri ingin lihat anak-anak saya bertudung seawal usia.

Tahun 2012 dulu, budaya bertudung untuk budak-budak nie masih belum meluas lagi. Dari situ lah bermulanya idea nak wujudkan TudungSiComel dengan harapan dapat membantu menyebarkan budaya bertudung seawal usia pada masyarakat Malaysia khususnya.

Ya lah kan, budak-budak tak perlu la nak bertudung lagi, kecik lagi kan.

Namun sebenarnya pepatah melentur buluh bagus dari rebungnya memang benar. Dari kecil kita kena lentur mereka, nanti dah masuk usia menengah nie dah ‘liat’ sikit dah 😅

Tak perlu memaksa, cuma sekali sekala nak keluar rumah, ajar dorang pakai tudung walaupun sekejap. Kita beri contoh pada mereka yang kita pun bertudung.

Tapi kena pastikan tudung dari material dan design simple yang selesa. Jangan awal-awal usia dah bagi lilit-lilit bagai, nanti jadi ‘bad experience’ pula.

Alhamdulillah bila dah lama-lama dah jadi biasa dan bila kita lihat anak-anak kita bertudung dengan rela hati, rasa gembira sungguh… Sejuk hati.

Semoga anak-anak kita semua membesar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah dan tergolong dalam golongan penghuni syurga al-Firdaus al-Aqla tanpa hisab… Aamiin

Leave a Comment

WordPress Anti Spam by WP-SpamShield

Item added to cart.
0 items - RM0.00
×

TudungSiComel.com

×