Kaedah Ruqyah Untuk Covid 19

Assalamualaikum wtb,

Bagaimana kaedah ruqyah untuk covid 19?

Ruqyah Syar`iyyah merupakan satu kaedah pelengkap untuk penyembuhan atau proses pemulihan dari sebarang musibah/ sakit yang menimpa. Ruqyah juga pernah digunakan di zaman Nabi saw dan banyak kisah-kisah masyhur yang boleh dibuat rujukan.

Dan kita juga pernah dengar bagaimana nabi diruqyah oleh malaikat Jibrail dengan dibacakan surah mu’awwidzatain(al-Falaq dan an-Nas).

Pelengkap maksudnya kita harus juga berusaha dengan perubatan modern dan tradisional masa kini dan kemudian dilengkapkan dengan ‘ruqyah’.

Ruqyah akan membuatkan kita lebih dekat kepada Allah swt, tuhan yang mentakdirkan(qadr) musibah/sakit pada diri kita.

Kita WAJIB yakin(Beriman) bahawa Allah lah yang mentakdir musibah/ sakit pada kita dan Allah jualah yang boleh mengangkat semula musibah/ sakit yang berlaku kepada kita. Ini dipanggil beriman kepada qadr Allah.

”Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.” ~ Surah al-Isra’ :82

Namun dalam mengamalkan ruqyah, kita harus pastikan amalan ini hanya bersandarkan kepada amalan yang jelas dalam Islam.

Apa itu syaitan?

Syaitan adalah sifat yang merujuk kepada makhluk Allah yang bersifat jahat. Semua makhluk Allah yang bersifat jahat waima dari kalangan jin, manusia ataupun haiwan sekalipun, ianya disifatkan sebagai syaitan.

Jadi boleh lah kita katakan bahawa virus covid ini juga adalah bersifat syaitan dan boleh diruqyah.

Kepentingan Ruqyah?

Dengan meruqyah, kita akan lebih dekat dengan Allah kerana kita meletakkan seluruh pengharapan kepada Al-Malik untuk dikurniakan kesembuhan atau diangkat musibah dari kita.

Dan dengannya kita redha dengan musibah yang dikurniakan kepada kita kerana setiap musibah/ cabaran/ ujian adalah satu bentuk rahmat.

Mungkin pada kita ianya kelihatan buruk, namun Allah tuhan Ar-Rahman Ar-Rahim lebih mengetahui sesuatu disebaliknya dan semuanya yang ditakdirkan pasti ada hikmahnya.

Kaedah Ruqyah yang dicadangkan?

Ruqyah nie ada banyak cara dan cabang, namun pastikan ianya mengikut lunas-lunas Islam yang sebenar kerana banyak juga yang menggunakan nama ruqyah untuk mengubat namun menggunakan pertolongan dari golongan Jin(syaitan).

Kita boleh minta bantuan ustaz-ustaz yang dipercayai untuk meruqyah kita, namun yang paling afdhal adalah kita sendiri yang meruqyah diri sendiri jika kita dalam keadaan berkemampuan. Doa orang yang dizalimi lebih mustajab.

Berikut saya kongsikan salah satu kaedah mudah untuk kita meruqyah diri sendiri(ruqyah mandiri).

Sebelum itu, kita disarankan untuk berwudhu kerana apabila kita dalam keadaan berwudhu, malaikat akan sentiasa mendoakan kita.

1. Ambil air mineral atau apa-apa sahaja air yang bersih.

2. Dibacakan ayat/surah di bawah sebanyak 3x(cadangan) dan kemudian ditiup ke permukaan air.
a. Al-Fatihah
b. Ayatul Qurdsi
c. Al Ikhlas
d. Al Falaq
e. An Nas

3. Setelah selesai, mohon doa pada Allah:

“Ya Allah ya rabb, Kau jadikan lah air ini sebagai medium kesembuhan bagi sakit(sebutkan jenis sakit) yang aku(atau sesiapa) tanggung ini.

Ya Allah ya rabb, Kau jadikan lah air ini sebagai pendinding kepada syaitan-syaitan dari kalangan virus covid 19 untuk diriku dan ahli keluarga ku

Jika terkena gangguan Jin boleh disambung dengan doa-doa ini:

Ya Allah ya rabb, kau jadikan lah air ini sebagai pemutus kepada buhul-buhul sihir yang ada dalam badanku ini.

*Buhul adalah ikatan yang didalamnya terdapat perjanjian dengan jin(ikatan qhaib).

Ya Allah ya rabb, kau jadikan lah air ini seperti timah yang mendidih, yang membakar bagi bangsa jin yang berada di dalam badanku ini.

Ya Allah ya rabb, Engkaulah sahaja (ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. – (Surah al-Fatihah ayat 5) dan Engkaulah sebaik-baik tempat aku berlindung

4. Kemudian tiup juga di air dan minum serta boleh disapukan di bahagian-bahagian sakit.

Boleh amalkan minum air ruqyah dan diniatkan sebagai pendinding dari kejahatan makhluk-makhluk Allah yang bersifat syaitan(Al Falaq 113:2)

Kenapa air dipilih?

Air merupakan medium yang boleh mengalir masuk ke dalam badan dan salur-salur darah yang kecil. Jin dan virus biasanya merayap di dalam salur-salur darah kita.

Bacaan al-quran adalah dalam bentuk tenaga getaran bunyi. Apabila dibacakan Al Quran kepada air, gelongbang getaran yang terhasil dari bacaan al-quran akan menukar corak getaran molekul-molekul air.

Kefahaman ini boleh dijelaskan dengan kaedah sains dan boleh rujuk kajian-kajian yang dijalankan. Ini adalah kefahaman peribadi saya berdasarkan pembacaan dan penelitian(wallahu a`lam).

Selain kita mengamalkan ruqyah, boleh ditambah juga dengan amalan-amalan yang mampu mengundang kesembuhan seperti Bersedekah, kerana Nabi SAW bersabda maksudnya, “Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah”. (HR. Abu Dawud, dihasankan oleh al-Albani dalam Shahihul Jami’).

Sekadar berkongsi dan mengingati. Semoga kita semua Allah rahmati. Semoga perkongsian ini juga menjadi jariah kita untuk bekalan ke akhirat nanti.

Aamiin ya rabbal a`lamin

Kursus Ruqyah bersama Ustaz Eri Abdul Rohim

Wallahu a`lam dan sekiranya ada sebarang kesalahan dalam perkongsian saya, mohon emailkan ke admin@tudungsicomel.com atau whatsapp KLIK SINI

Penafian: Ruqyah harus dilakukan dengan YAKIN(IMAN) dan ruqyah bukanlah menjamin 100% kesembuhan. Ianya adalah salah satu usaha kita mendekatkan dan menyerahkan diri kepada Allah. Sembuh ataupun tidak itu adalah dengan kehendak dan ketentuan Allah swt. Allah lebih mengetahui perancanganNya kepada kita makhlukNya.


Sumber rujukan:
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/907-irsyad-al-fatwa-siri-ke-189-hukum-berubat-dengan-perawat-islam-dan-meminta-pertolongan-jin
https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2503-al-kafi-775-hukum-terapi-dengan-al-quran
http://www.rawatanislam.com/ayat-azab.html
https://www.islamquest.net/ms/archive/question/fa1763
https://www.mstar.com.my/global/dunia/2014/09/06/air-zam-zam
https://www.islampos.com/apa-itu-buhul-buhul-151434-38275/
https://www.mstar.com.my/xpose/addin/2020/03/27/hindari-penyakit-ain
https://www.facebook.com/penawarsihirmujarab/photos/a.625149400965278/1994547224025482/
https://harakahdaily.net/index.php/2020/03/19/covid-19-burnout-syndrome-antara-tugas-dan-keluarga/
http://taotauajer.blogspot.com/2011/02/omg-rahsia-air-apabila-dibaca-ayat-suci_06.html
https://www.surah.my/113
https://www.islamituindah.my/sedekah-dapat-menyembuhkan-penyakit-kronik/
https://www.youtube.com/user/hitechadi
https://www.youtube.com/user/EriAbdulRohim




Leave a Comment

WordPress Anti Spam by WP-SpamShield

Item added to cart.
0 items - RM0.00
×

TudungSiComel.com

×