Mengapa Perlu Untuk Anak Diajar Cara Jatuh?

jatuh

Pada tahun 2007 seorang pelajar membunuh diri kerana gagal mendapat 4A dalam peperiksaan UPSR. Pelajar ini, Subashini a/p G. Sivakumar, dijumpai tergantung di jeriji tingkap bilik tidur dengan sehelai kain selimut.

Di Jepun lebih 30,000 orang terlibat dengan kes bunuh diri sepanjang tahun 2006 dan 886 daripada kes bunuh diri ini melibatkan pelajar. Ia satu angka yang tinggi.

Mengapa jadi begitu?

Sebabnya, pelajar ini tidak mampu berhadapan dengan tekanan, perasaan malu dan kekecewaan. Akhirnya mereka memikirkan hanya dengan  tindakan membunuh diri maka semua masalah akan selesai.

Fenomena di negara kita, setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan terdapat empat kumpulan pelajar:

Pelajar kumpulan pertama adalah yang mendapat keputusan yang teruk dan mereka sudah pun menjangkakannya. Pelajar kumpulan kedua adalah mereka yang sederhana pencapaiannya. Pelajar kumpulan ketiga adalah mereka yang menjangkakan kemerlangan dan mencapainya.

Pelajar kumpulan  keempat adalah mereka yang menjangkakan kecemerlangan tetapi tidak mencapainya. Pelajar dari kumpulan inilah yang paling teruk menangis, meraung, tertekan dan sebagainya.

Kumpulan pelajar yang keempat inilah yang melakukan tindakan-tindakan yang luar biasa hingga sanggup membunuh diri.

Oleh sebab itu, adalah penting supaya anak-anak diajar cara jatuh.

Cuba kita lihat perlumbaan motosikal. Dalam perlumbaan motosikal itu, kita dapat lihat ada yang terbabas pada kelajuan yang  tinggi dan penunggang motosikal itu jatuh begitu teruk sehingga terlambung dan terguling-guling.

jatuh

Tetapi selepas itu, penunggang itu mampu bangun dan berjalan semula seolah-olah tiada apa yang berlaku sedangkan motosikalnya rosak teruk.

Semua ini disebabkan oleh bahawa penunggang motosikal itu sudah menjangkakan kejadian itu lebih awal. Dia tahu sebagai penunggang motosikal, itu adalah risiko yang perlu ditanggung dan dihadapi olehnya.

Oleh itu, dia bersedia lebih awal dengan memakai pakaian yang sesuai dan belajar cara jatuh bagi mengurangkan kesan kesakitan dan kecederaan.

Begitulah juga dengan anak-anak kita.

Mereka perlu diajar cara jatuh bagi mengurangkan kesakitan emosinya. Mereka perlu tahu, risiko kegagalan itu tetap ada bagi semua pelajar yang menduduki peperiksaan.

Bagi sesetengah pelajar, apa yang dikatakan gagal itu adalah apabila markahnya merah-merah. Bagi sesetengah pelajar yang lain pula, istilah gagal bagi dirinya adalah apabila tidak mencapai semua A dalam pelajaran.

Walau apa pun makna kegagalan yang difahami, pastikan anak-anak sedar, itulah risikonya.

Justeru itu, pastikan mereka faham beberapa perkara yang penting ini:

  1. Usaha itu hak manusia tapi ketentuan itu hak Tuhan.
  2. Pastikan mereka tahu erti qada dan qadar
  3. Pastikan mereka sedar, gagal sekali bukan gagal selama-lamanya.
  4. Walau apa pun yang terjadi, kita tetap sayangkan mereka dan mereka tetap anak kita.
  5. Tanamkan sifat syukur kerana ada mereka yang lebih teruk keputusannya berbanding kita.

Penutup:

Dengan menyediakan emosi anak-anak bagi menerima kegagalan, maka tekanan perasaannya adalah terkawal.

Dia masih rasa kecewa tetapi tidaklah sehingga memudaratkan dirinya sendiri. Tidak sehingga membawa kepada tindakan membunuh diri sendiri.

*****

Artikel ini dirujuk dari buku motivasi Dr. Tengku Asmadi, teknik memotivasi anak cara positif. Semoga memberi manfaat kepada semua pembaca – Warga Tudung Si Comel

Jemput share. Terima kasih

One comment

  1. Artikel yang sangat bagus …
    Ulasan informasi yang disampaikan sangat bermanfaat …
    Terimakasih informasinya min …
    Ditunggu artikel selanjutnya …
    Salam kenal …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nineteen + five =

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa