Bimbang Ekzema berair? Elak 3 Makanan Yang Bahaya Ini Kalau Tak Mahu Menderita

Ekzema berair menjadi masalah yang sering menyerang manusia sehingga ramai yang merasakan ia hanya sekadar kegatalan biasa dari kebersihan persekitaran, alergik, atau kulit mudah sensitif.

Malah ada juga sebahagiannya yang mengambil masalah ini sambil lewa dengan beranggapan,

” Alaa gatal sebab mandi tak sabun bersih-bersih!”

Namun jauh daripada itu, sebenarnya tanpa sedar mereka ini sedang berhadapan dengan masalah kegatalan serius yang diberi nama ekzema.

Apakah itu ekzema dan ekzema berair? Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda mengenai masalah kesihatan kulit ekzema beserta diet pemakanan yang perlu dielakkan bagi pesakit ekzema berair.

Apa itu ekzema?

Ekzema berair

Untuk pengetahuan anda, tidak semua jenis kegatalan itu berpunca dari sebab kebersihan diri. Ada juga kegatalan yang berpunca daripada masalah penyakit ekzema atau ekzema berair.

Tetapi sebelum itu apa yang dimaksudkan dengan ekzema sebenarnya?

Ekzema atau dermatitis merupakan sejenis penyakit radang kulit yang sering berlaku kepada kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Penting untuk kita tahu, masalah ini bukanlah satu penyakit yang boleh di pandang remeh.

Sebaliknya, ekzema berair ini misalnya perlukan rawatan yang sepatutnya bagi mengelakkan ia dari lebih teruk dan bertambah serius.

Bagaimana kulit boleh terkena ekzema berair?

Bila terkena penyakit ekzema, ia sudah pastilah akan menyeksakan dan mengganggu kita dalam melakukan tugas-tugas seharian.

Salah satu faktor penyakit ekzema atau ekzema berair ini adalah berpunca daripada masalah genetik yang mana dalam ahli keluarga mungkin juga ada yang mengalami masalah penyakit ekzema ataupun alahan yang teruk.

Dalam pada masa yang sama, kawasan persekitaran juga mungkin boleh menjadi salah satu faktor kepada berlakunya masalah penyakit ekzema.

Ekzema berair

Malah apa yang lebih teruk adalah di mana ada dalam masa-masa tertentu pesakit ekzema berair ini akan mengeluarkan sejenis cecair yang boleh mengakibatkan kulit menjadi pedih dan kemerahan.

Sebab itulah, bagi yang menghadapi masalah ekzema terutama sekali masalah ekzema berair perlu memastikan dan mengutamakan penjagaan diri walau dimana jua kita berada.

Begitu juga dalam halnya cara pemakanan yang betul. Penting untuk kita elakkan dari makan makanan yang sehingga boleh menyebabkan berlakunya masalah ekzema ini.

Jenis makanan yang wajib dielakkan oleh pesakit ekzema berair

Mungkin ada antara kita, beranggapan makanan yang kami sebutkan di bawah ini adalah makanan yang biasa kita makan dan tidak ada sebarang risiko bakal berlaku.

Namun begitu, bagi pesakit ekzema ia merupakan antara makanan yang wajib dielakkan oleh mereka supaya tidak memberikan kesan buruk kepada diri sendiri. Antara makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit ekzema adalah seperti:

1. Makanan laut

ekzema berair

Kebanyakkan dari kita yang tidak menghidap ekzema pun mungkin tidak boleh makan makanan laut disebabkan alergik. Apatah lagi mereka yang menghadapi masalah penyakit ekzema ini.

Makanan laut merupakan makanan yang sangat berisiko dan berbahaya kepada mereka.

Makanan laut yang bercengkerang mengandungi krustasea yang mana ia membuatkan seseorang itu mengalami alergik yang teruk terutama sekali kepada mereka yang ada ekzema atau ekzema berair.

2. Jeruk

Jeruk merupakan antara salah satu makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit ekzema kerana ia mengandungi sitrus di dalamnya.

Buah jeruk yang mengandungi sitrus ini akan menyebabkan alergik dan keradangan kepadatan kulit yang sensitif. Bukan itu sahaja, malah ia sekaligus akan menimbulkan ruam pada kulit mereka yang ada masalah ekzema.

Tidak dinafikan buah jeruk sememangnya antara makanan yang sedap di makan. Tetapi jika ia boleh memberikan kesan buruk kepada kita terutama sekali jika ia adalah salah satu tanda-tanda kepada berlakunya masalah ekzema, maka perlulah dielakkan.

3. Makanan yang siap diproses

ekzema berair

Selain itu, satu lagi makanan yang wajib dielakkan oleh pesakit ekzema ialah makanan yang siap diproses.

Makanan yang siap diproses ini biasanya mengandungi bahan dan juga perasa yang sangat tinggi. Ia juga antara makanan yang tidak elok diamalkan oleh kita yang sihat.

Begitu juga dengan mereka yang mengalami masalah ekzema yang mana kebanyakkan makanan siap diproses mempunyai bahan-bahan yang boleh memberikan kesan yang sensitif kepada kulit pesakit ekzema.

Pemakanan memainkan peranan penting kepada pesakit ekzema

Kesimpulanya, mereka yang mengalami masalah penyakit ekzema atau ekzema berair sememangnya sangat menderita jika ekzema datang menyerang.

Justeru itu, keadaan sekeliling dan juga pemakanan merupakan antara perkara yang sangat penting untuk kita titikberatkan. Kita juga perlu pandai dalam membezakan antara makanan apa yang boleh di makan dengan makanan apa yang tidak boleh dimakan.

Maka tidak hairanlah apabila kita sering melihat pesakit-pesakit ekzema ini sangat teliti dan tertib dalam menjaga pemakanan agar sakit itu tidak datang berulang kembali.

Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

100% Risiko Ditanggung

Bungkusan anda hilang semasa penghantaran? Kita akan pos baru.

Jaminan 180 Hari

Jika anda tidak berpuashati atau ada sebarang masalah, boleh tukar atau refund.

Penghantaran 7 Hari Seminggu

Kita proses semua tempahan dan penghantaran setiap hari.