Pastinya setiap pasangan teringin untuk mendapat anak kembar cuma tidak tahu cara untuk tingkatkan potensi memilikinya. Sudah tentunya dengan hamil anak kembar, akan memberikan kegembiraan berlipat ganda kerana mendapat 2 bayi dalam 1 masa.
Sebenarnya nak dapat anak kembar ni semuanya rancangan Allah tapi apa salahnya kita berusaha dulu mana tahu berhasil. Walaupun mempunyai anak kembar selalunya dikaitkan dengan genetik keluarga masing-masing, tetapi ada juga ibu ibu yang lahirkan anak kembar walaupun tiada keturunan kembar di dalam keluarga.
Menurut doktor, mendapatkan anak kembar ini tidaklah mudah dan melahirkannya juga akan menghadapi pelbagai risiko tertentu sehingga ibu terpaksa memilih cara bersalin pembedahan (Czer). Dulu mak saya mengandungkan adik kembar, betapanya susahnya proses 9 bulan kehamilan. Perut makin membesar dan sangat menyeksakan, tetapi alhamdullilah keluar juga adik kembar saya.
Baca ini juga: Petua Untuk Dapat Anak Perempuan
Ada juga yang kata, mungkin salah satu adik beradik saya akan mempunyai anak kembar disebabkan keturunan kami ni ada kembar. Rezeki kalau Allah nak bagi, memang takkan salah alamat, cepat atau lambat, dapat atau belum dapat itu semuanya rezeki dan rancangan Allah.
Sebelum saya bahas tentang cara mendapatkan anak kembar ini, alangkah baiknya kita faham dulu makna kembar. Kemudian, barulah kita beralih ke topik yang sebenar iaitu cara-cara untuk mendapatkan anak kembar.
Apa itu kembar?
Kembar merupakan kelahiran berganda apabila seorang ibu melahirkan dua atau lebih anak daripada kandungan yang sama. Pasangan kembar ini boleh berjantina yang sama atau berlainan jantina. Ibu kepada pasangan kembar ini jarang mengandung sehingga tempoh penuh 40 minggu. Ini kerana banyak kes kehamilan kembar ini akan melalui dengan tempoh purata kembar dua cuma 37 minggu.
Kelahiran berganda yang lebih dari dua disebut kembar tiga, kembar empat dan seterusnya. Kembar manusia merupakan dua individu yang berkongsi uterus pada masa yang sama, dan selalunya lahir berturut-turut dalam jangka masa yang dekat.
Jenis-jenis Kembar
Tidak semua kembar adalah sama dan ada 8 jenis kembar di dalam dunia. Saya senaraikan kembar yang sinonim dengan masyarakat kita. Antaranya ialah:
1. Kembar Seiras
Kembar seiras terbentuk daripada pembelahan satu embrio atau dikenali sebagai kembar monozigotik. Kembar seiras ini mempunyai plasenta, membran luar dan membran dalam mereka sendiri. Ada juga kembar seiras yang berkongsi plasenta dan korion yang sama (membran luar yang menutupi janin) tetapi mempunyai amnion mereka sendiri (cecair amniotik).
2. Kembar Tidak Seiras
Seorang ibu juga boleh mempunyai kembar tidak seiras. Ini juga termasuk dalam salah satu jenis atau jenis kembar yang paling biasa. Ibu yang mengalami kehamilan kembar tidak serupa boleh melahirkan bayi berlainan jantina.
3. Kembar Siam
Kembar Cantum atau juga dikenali sebagai kembar siam ini adalah keadaan anak kembar yang tubuhnya bersatu dan saling melekat samaada di kepala, dada, bahagian perut atau bahagian punggung.
Tips Untuk Hamil Anak Kembar
Sebenarnya tidak salah untuk kita berikhtiar sebelum bertawakal di dalam usaha mencapai impian untuk hamil anak kembar. Namun jika anda benar-benar mahukan bayi kembar, tiada salahnya untuk mencuba. Jom kita lihat beberapa cara mendapatkan anak kembar yang boleh dicuba.
1. Banyakkan makan ubi, kentang dan produk tenusu
Cara mengandung anak kembar tidak boleh lari dengan makanan. Makanan adalah sangat penting dalam proses pasangan suami isteri untuk hamil anak kembar. Tiga jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pad telur dan mungkin boleh mendapat anak kembar. Jika amalkan makanan yang tinggi dengan ubi, kentang dan susu bukan sahaja baik untuk hamil anak kembar, tetapi juga salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkhawin tetapi tidak ada rezeki untuk hamil kembar.
2. Faktor umur
Wanita yang berusia 35 hingga 40 tahun ke atas, mempunyai peluang untuk mendapat anak kembar. Wanita yang telah melahirkan 4 anak atau lebih, peluang melahirkan bayi kembar lebih tinggi. Pada usia begini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka ini akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih daripada satu ovum semasa proses ovulasi, kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimonepause.
3. Jarakkan kehamilan
Jarak kehamilan adalah jarak daripada kelahiran terakhir sehingga kehamilan akan datang. Jarak kehamilan yang disarankan oleh pakar perubatan seluruh dunia adalah lebih 1 tahun 6 bulan, tetapi tidak lebih daripada 60 bulan atau lima tahun. Sekiranya anda mengandung d kembali terlalu cepat setelah melahirkan dan mempunyai anak, peluang untuk nak anak kembar adalah sangat rendah.
4. Cuba prosedur rawatan kesuburan in-vitro (IVF)
Selain cara diatas, anda juga boleh cuba melalui prosedur rawatan kesuburan in-vitro (IVF). Tidak semua orang mampu untuk membuat rawatan IVF tetapi ia akan menjadi pertaruhan terbaik jika anda benar-benar ingin mengandung anak kembar dan merupakan salah satu cara mendapatkan anak kembar yang boleh anda cuba.
Ada beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pasangan yang membuat rawatan IVF mempunyai 20 hingga 40 peratus peluang untuk mengandung lebih daripada satu bayi. Namun begitu, ingat bahawa rawatan IVF adalah proses yang panjang dan ia memerlukan banyak kesabaran dan juga wang ringgit akan dipertaruhkan.
5. Pengambilan suplement kesuburan
Salah satu cara mendapatkan anak kembar yang seterusnya adalah dengan mengambil supplement kesuburan. Pengambilan ubat kesuburan yang betul dan teratur boleh meningkatkan kebarangkalian seorang wanita untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi.
Malah, ia juga boleh meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar itu sangat tinggi. Ini kerana kandungan Clomid yang terdapat dalam supplement kesuburan boleh memberikan 10 peratus peluang manakala Gonal F memberikan 30 peratus peluang untuk hamil anak kembar. Tetapi, pastikan anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum memakan supplement tersebut.
6. Berkhawin Dengan Genetik Kembar
Selain itu, dengan berkhawin dengan genetik kembar berpotensi untuk dapatkan anak kembar. Kalau anda ada sejarah keluarga yang mempunyai kembar, ia bukan bermaksud yang anda akan mendapat anak kembar.
Tetapi, jika ada dalam keluarga anda yang mempunyai kembar tidak seiras, peluang untuk anda mendapatkan anak kembar akan meningkat. Kalau dalam sejarah kedua-dua belah keluarga anda dan pasangan mempunyai kembar, peluangnya akan lebih meningkat.
7. Berat Badan dan Ketinggian
Jika anda mempunyai berat badan dan ketinggian yang lebih, ini merupakan bonus untuk anda yang mahukan anak kembar. Cara ketujuh ini adala salah satu cara untuk dapat anak kembar. Kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar adalah tinggi jika anda merupakan seorang wanita yang tinggi dan berat badan anda lebih berat. Insyaallah.
Kesimpulan
Anak adalah kurniaan Allah yang sangat berharga bagi pasangan suami isteri. Jangan bersedih sekiranya sehingga ke hari ini, kita tidak diberikan anak perempuan walaupun pelbagai petua untuk dapat anak perempuan sudah kita cuba.
Ingatlah berapa ramai pasangan suami isteri diluar sana yang menginginkan cahaya mata. Ada juga yang sudah bertahun berkahwin tetapi masih tidak direzekikan zuriat. Kita sangat beruntung kerana Allah masih memberikan zuriat.
Apa jua jantina anak yang akan dikurniakan kepada kita, terimalah dengan redha dan penuh kesyukuran di atas kurniaan tersebut.
Dengan adanya, petua untuk dapat anak perempuan di atas diharapnya dapat membantu anda sedikit sebanyak bagi mendapatkan bayi perempuan. Tiada salahnya mencuba, mana tahu rezeki anda untuk dapatkan bayi perempuan ini berjaya.
Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel?? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel
Hi just nk tanya, ubat kesuburan tu perlu ambil sebelum kawen atau slpas kawen ye ?