Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak, ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak, ia tetap menerangi

18 Lagu Kanak-Kanak Tadika Yang Popular dan Menyeronokkan Di Malaysia

Apakah lagu kanak-kanak tadika yang sesuai untuk dinyanyikan oleh mereka sejak kecil?

Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan beberapa lagu kanak-kanak tadika yang sangat menarik dan popular untuk dinyanyikan bersama-sama.

lagu kanak-kanak tadika

Komplikasi lirik lagu kanak-kanak tadika

lagu kanak-kanak tadika

Terdapat banyak sebenarnya antara lagu kanak-kanak tadika yang menjadi kesukaan mereka untuk dinyanyikan. Semuanya lirik ini mempunyai nilai-nilai murni yang tersendiri dan bagus untuk dipelajari.

1. Haiwan

Ketam jalan senget-senget,
Itik jalan baris-baris,
Katak jalan lompat-lompat,
Kuda berlari-lari..

Burung terbang tinggi-tinggi,
Ikan dalam air,
Semut jalan jumpa kawan,
Hulur tangan beri salam,
Assalamualaikum..!

2. Rama-rama

Dari Ulat Jadi Kepompong,
Tidur Nyenyak Dalam Kelongsong,
Cukup Masa Kelongsong Pecah,
Pom! Pom! Jadilah Rama-Rama Yang Indah,

Rama-Rama Terbang Merata,
Hisap Madu Di Pohon Bunga
Sungguh Cantik Aneka Warna,
Tapi Sayang Hidup Tak Lama,

Begitulah Hidup Manusia,
Pada Allah Kita Berdoa,
Agar Jadi Insan Mulia,
Tapi Sayang Hidup Tak Lama.

3. Gajah

Gajah Berkaki Empat,
MasyaAllah!
Hidungnya Sangat Panjang,
MasyaAllah!
Gading Bercabang Dua,
Tapi Gajah tak Makan Orang,
Kalau Adik Ingin Tahu,
Apa Makanan Gajah,
La, La, La, La……………….

Gajah Makan Tebu, Hei!

4. Tangan saya

Tangan Di Kepalaku,
Di Pipi Dan Di Bahu,
Di Pinggang, Di Sisi,
Di Belakang Ku Sembunyi,
Ku Angkat Tinggi, Jejari Ku Menari,
Ke Depan Tangan Ku,
Tepuk Tangan Gembira!

5. Budak-budak

6 budak botak,
Main lumba-lumba,
Ketawa sampai jatuh,
Tinggal lagi 5.

5 budak botak,
Main lompat-lompat,
Menangis sampai jatuh,
Tinggal lagi 4.

4 budak botak,
Main bawah meja
Takut sampai jatuh,
Tinggal lagi 3.

3 budak botak,
Kejar orang tua,
Geram sampai jatuh,
Tinggal lagi 2.

2 budak botak,
Main baling batu,
Masam sampai jatuh,
Tinggal lagi 1.

1 budak botak,
Sangat susah hati,
Cari kawan lagi,
Bermain kembali.

(Rentak tepuk amai-amai)

6. Dua mata saya

Dua Mata Saya, Hidung Saya Satu,
Dua Telinga Saya, yang Kiri Dan Kanan,
Dua Kaki Saya, Pakai Kasut Baru,
Satu Mulut Saya, Tidak Berhenti Makan.
Nyam nyam nyam nyam
Burpp.. Alhamdulillah..!

7. Topi saya

Saya ada topi,
Topi saya biru,
Kalau tidak biru,
Bukanlah topi saya.

Saya ada topi,
Topi saya merah,

Kalau tidak merah,
Bukanlah topi saya.

Saya ada topi,
Topi saya hijau,
Kalau tidak hijau,
Bukanlah topi saya.

Saya ada topi,
Topi saya kuning,
Kalau tidak kuning,
Bukanlah topi saya.

(Rentak burung kakak tua)

8. Dalam satu minggu

Dalam satu minggu,
Ada tujuh hari,
Lima hari sekolah, dua hari cuti.

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday

Dalam satu tahun,
Ada dua belas bulan,
Ada bulan cerah, ada bulan hujan,
Januari Februari~ Mac April Mei~ Jun~ Julai,
Ogos September Oktober November Disember main hujan! 

9. Anggota badan

Mata untuk lihat,
Hidung untuk bau,
Mulut untuk makan,
Telinga untuk dengar, huh?

Bila jalan-jalan,
Kita guna kaki,
Bila jumpa kawan,
Kita hulur tangan, hei!

Bila dalam kelas,
Jangan buat bising,
Tunggu cikgu datang,
Buat kerja diam-diam, shhh…

Syukur pada Tuhan,
Apa yang diciptakan,
Guna baik-baik,
Jangan disiakan, ingat tau…!

(Rentak Lagu tiga kupang)

lagu kanak-kanak tadika

10. Wahai Sahabat

Wahai sahabat, teman setia
Penghibur Didi bila sunyi
Sungguh riangnya bersama-sama
Mari menari dan menyanyi

Oh Didi suka kita gembira
Jojo dan Nana sama juga
Marilah kita nyanyi bersama
Wahai sahabat semua

Wahai sahabat, teman setia
Penghibur kami bila sunyi
Sungguh riangnya bersama-sama
Mari menari dan menyanyi

Oh Didi suka kita gembira
Tatak dan Bingo sama juga
Marilah kita nyanyi bersama
Wahai sahabat semua

Wahai sahabat, teman setia
Penghibur kami bila sunyi
Sungguh riangnya bersama-sama
Mari menari dan menyanyi
Mari menari dan menyanyi

11. Selamat Hari Jadi

Selamat hari jadi
Selamat hari jadi
Selamat hari jadi
Selamat hari jadi

Berapa umur mu
Berapa umur mu
Berapa berapa
Berapa umur mu

Selamat hari jadi
Selamat hari jadi
Selamat hari jadi
Selamat hari jadi

Bertambah umur mu
Dengan angka satu
Semoga gembira
Gembira selalu

Selamat hari jadi
Selamat hari jadi
Selamat hari jadi
Selamat hari jadi

Selamat hari jadi
Selamat hari jadi
Selamat hari jadi……
Selamat ha..ri.. ja..di…..
Selamat hari jadi!

12. Bintang-bintang

Bintang-bintang di langit
Menghiasi angkasa
Tinggi di atas sana
Seperti mutiara
Bintang-bintang di langit
Menghiasi angkasa

Bintang-bintang di langit
Menghiasi angkasa
Tinggi di atas sana
Seperti mutiara
Bintang-bintang di langit
Menghiasi angkasa

Bintang-bintang di langit
Menghiasi ang..ka..sa..

lagu kanak-kanak tadika

13. Papaku pulang dari kota

Papaku pulang dari kota
Papaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Bolehku bawa ke sekolah
Pon pon pon pon pon pon pon pon pon
Kereta kecilku berbunyi
marilah adik mari naik
Bolehku bawa jumpa nenek

Papaku pulang dari kota
Papaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Bolehku bawa ke sekolah
Pon pon pon pon pon pon pon pon pon
Kereta kecilku berbunyi
marilah adik mari naik
Bolehku bawa jumpa nenek

14. Keldai comel

Didi jumpa keldai comel
Di ladang Pak Atan
Wahai keldai marilah
Pergi jalan-jalan
Jaga Didi jaga
Oh pegang kuat-kuat
Nanti Didi jatuh
Sebab keldai laju sangat

Didi jumpa keldai comel
Di ladang Pak Atan
Wahai keldai marilah
Pergi jalan-jalan
Jaga Didi jaga
Oh pegang kuat-kuat
Didi jatuh lagi
Sebab keldai laju sangat

Didi jumpa keldai comel
Di ladang Pak Atan
Wahai keldai marilah
Pergi jalan-jalan
Jaga Didi
Nana dan Jojo jangan risau
Didi dah pandai la la la
Wow wow wow wow wow

15. Jom bersenam

Jom jom Jojo kita pergi bersenam
Jom jom Jojo kita pergi bersenam
Jom jom kita bersenam sama-sama
Mari gerakkan tangan bersama-sama
Angkat ke atas
Turun ke bawah
Angkat yang kanan
Angkat yang kiri

Jom jom Nana kita pergi bersenam
Jom jom Nana kita pergi bersenam
Jom jom kita bersenam sama-sama
Mari gerakkan kaki bersama-sama
Gerak ke kanan
Gerak ke kiri
Gerak ke depan
Dan undur ke belakang

Jom jom semua kita pergi bersenam
Jom jom semua kita pergi bersenam
Jom jom kita bersenam sama-sama
Semoga sihat tubuh badan kita

16. Kawan Didi di mana?

1 2 3 4 5
Bila boleh mula cari
Jangan Didi belum lagi
Kira lagi sekali

1 2 3 4 5
Kawan Didi di mana?
Di sini
Di sini
Tatak ada di sini

1 2 3 4 5
Kawan Didi di mana?
Di sini
Di sini
Nana ada di sini

1 2 3 4 5
Kawan Didi di mana?
Di sini
Di sini
Jojo ada di sini

1 2 3 4 5
Kawan Didi di mana?
Di sini
Di sini
Bingo ada di sini

Lalalala lalala
Mari main bersama
Menyorok mencari
Jom kita main lagi

17. Anak itik Didi

Anak itik Didi
Mandi dalam kolam
Dekat mana Didi
Bawah pokok mempelam

Anak itik Didi
Suka renang-renang
Buat apa Didi
Mandi dengan riang

Sungguh cantik berwarna-warni
Airnya bersih sejuk sekali
Jaga kebersihan kolam ini
Marilah kita mandi sekali

Anak itik Didi
Mandi dalam kolam
Dekat mana Didi
Bawah pokok mempelam

Anak itik Didi
Suka renang-renang
Buat apa Didi
Mandi dengan riang

Sungguh cantik berwarna-warni
Airnya bersih sejuk sekali
Jaga kebersihan kolam ini
Marilah kita mandi sekali

Anak itik Didi
Mandi dalam kolam
Dekat mana Didi
Bawah pokok mempelam

Anak itik Didi
Dekat atas titi
Buat apa Didi
Kita jumpa lagi

18. Tepuk amai-amai

Tepuk amai-amai
Belalang kupu-kupu
Kemas ramai-ramai
Nanti upah susu

Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Bingo jangan nangis
Kita kemas sama-sama

Marilah mengemas
Angkat semuanya
Susunkan di atas
Sambil bergembira

Marilah mengemas
Angkat semuanya
Kalau tidak kemas
Nanti hilang pula

Tepuk amai-amai
Belalang kupu-kupu
Kemas ramai-ramai
Nanti upah susu

Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Bingo jangan nangis
Kita kemas sama-sama

Diharapkan semoga perkongsian mengenai lagu kanak-kanak tadika ini dapat memberikan anda panduan yang berguna dan bermanfaat untuk dijadikan aktiviti menyeronokkan bersama rakan-rakan.

Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel?? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel

2 comments

  1. terima kasih 🫶

    1. Syahruddin / 018-3696451

      Sama-sama 😍

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa