Gadjet Atau Riadah , Yang Mana Lebih Sihat?

Pada era globalisasi ini, golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa makin dihantui dunia gajet yang serba canggih. Dimana-mana saja anda akan perasan telefon pintar mahupun tablet memang tak akan lekang dari genggaman tangan, sekarang semua di hujung jari. Apatah lagi anak-anak kecil yang ralit menonton kartun animasi kegemaran mereka.

Kadang-kala beriadah bersama keluarga yang tersayang adalah bagus, sihat dan bermanfaat. Pelbagai aktiviti riadah yang boleh dilakukan di luar rumah seperti bawa anak ke taman permainan, berjogging, berkelah, berkhemah, bermandi-manda, berjalan ke Aquaria, dan pelbagai lagi aktiviti yang seronok, cerdas dan kreatif  yang boleh dilakukan bersama.

Aktiviti riadah ini juga dapat mengeratkan silaturahim sesama keluarga. Hal ini kerana, semua anggota keluarga akan berkumpul pada satu tempat yang sama. Dan segala aktiviti dah siap berjadual. Pastinya tidak akan bosan bila semuanya ceria dan aktiviti-aktiviti berjalan dengan lancar. Jangan mempersiakan masa yang berkualiti ini bersama keluarga yang tersayang. Disamping itu, kita juga dapat melepaskan serba sedikit tekanan yang membebankan fikiran kita.

Kesimpulannya, aktiviti beriadah ini mesti diteruskan. Jika tiada aktiviti bersama keluarga pastinya hubungan kekeluargaan akan renggang sedikit demi sedikit. Sudah tentu semua orang mahukan keluarga yang sihat, erat dan bahagia. Jadi, bersama lah kita ke arah melahirkan generasi yang sihat jasmani dan rohani serta hidup harmoni.

Please follow and like us:

Leave a Comment

Anti-Spam by WP-SpamShield