Galeri Ilmu Sdn Bhd

Galeri Ilmu Sdn Bhd - Penerbit Buku

Alhamdulillah, TudungSiComel telah dijemput oleh pihak Galeri Ilmu Sdn Bhd bagi membincangkan agenda kolobrasi dan kerjasama yang boleh dilaksanakan agar dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Zaman sekarang adalah zaman untuk kita bekerjasama dan maju bersama-sama.

Galeri Ilmu adalah sebuah syarikat penerbitan milik penuh Bumiputera Islam yang memfokus pada konten bimbingan ilmu, panduan beramal, panduan kehidupan dan hikmah berteraskan Islam.

Perbincangan antara galeri ilmu sdn bhd bersama tudungsicomel

Pertemuan dan perbincangan ini telah berlangsung antara Tuan Haji Mohd Yusri Yusof selaku CEO Galeri Ilmu, Haji Badrul Hisham Shari sebagai Ketua Pegawai Kandungan, Haji Shafie Hashim selaku Ketua Pegawai Operasi dan Puan Nurul sebagai Pengurus eCommerce bagi pihak Galeri Ilmu.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Galeri Ilmu kerana sudi menjemput dan membuka ruang peluang untuk kerjasama. Semoga hubungan ini berkekalan selamanya.

TudungSiComel terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang difikirkan dapat memberi nilai tambah kepada kedua-dua belah pihak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa