Program Geran Digital MARA

Alhamdulillah, SBZ Prima Sdn Bhd telah menerima geran bantuan dari pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) Petaling Jaya di bawah Program Geran Digital MARA berupa laptop dan software sistem bagi membantu melancarkan lagi pengoperasian syarikat terutama dalam dunia digital.

Penyerahan ini dilaksanakan oleh pihak Domain Pursuit Sdn Bhd selaku pihak yang diberi tangungjawab oleh pihak MARA sebagai penasihat dan pembimbing.

Pihak Domain Pursuit Sdn Bhd dengan kerjasama pihak MARA, menyediakan bimbingan serta peruntukan bagi pengusaha-pengusaha, peniaga-peniaga dan SME bagi memohon Geran dibawah segmen (DIGITALBIZ) bagi membolehkan syarikat mendapatkan kemudahan sistem Perakaunan di premis perniagaan. Antara pakej lain yang disediakan ialah:

🔺Website Development
🔺Accounting system/software
🔺POS system (point of sales)
🔺Broadcast System (blasting)
🔺Social Media Management

Selain Pakej Pendigitalan, Domain Pursuit Sdn Bhd juga menyediakan khidmat Pakej Pensijilan berikut:

✅ Halal
✅ MeSTI
✅ GMP
✅ HACCP
✅ BeSS
✅ MyIPO
✅ Sijil Kem Kewangan
✅ Sijil² lain yg diiktiraf pihak kerajaan

Pihak MARA juga melantik Domain Pursuit Sdn Bhd sebagai Pemudahcara/Perundingcara dalam Pembangunan Produk seperti Penjenamaan, Pembungkusan dan Pelabelan produk.

Boleh hubungi pihak Domain Pursuit Sdn Bhd bagi mendapatkan khimat nasihat dan maklumat lanjut melalui:

En Azzly Ariffin : 019-3822100
Puan NurKB : 010-5487095
DPSB : 010-9747095

SBZ Prima Sdn Bhd mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MARA kerana sentiasa mencari peluang untuk membantu peniaga-peniaga kecil dalam mengharungi cabaran-cabaran semasa terutama dalam era digital yang semakin mencabar.

Terima kasih 🥰

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa