Bagaimana Anda Menjadi Ibu Bapa Over-Protective Tanpa Sedar?

Apakah maksud ibu bapa over-protective?

Tidak keterlaluan saya katakan ibu bapa over-protective adalah ibu bapa yang terlalu risaukan anak mereka tak bertempat.

Banyak orang tidak sedar dia sebenarnya tergolong dalam kategori ini.

Jika ditanya kepada ibu bapa yang sebegini mengapa mereka menguruskan sehingga sekecil-kecil perkara dalam kehidupan anak mereka (walaupun anak mereka sudah besar dan mampu berdikari).

Contohnya jika kita bertanya mengapa dia menyuap anaknya makan? Jawapan yang mungkin akan diterima adalah selalunya sebegini: Sebab saya sayangkan mereka.

Pada dasarnya, sayang tidak bermakna kita perlu melampaui had yang tidak relevant seperti ini.

Malah kajian menunjukkan bahawa anak-anak pengawalan ibu bapa yang over-protective dilaporkan berlalu peningkatan dari segi kemurungan dan tekanan, dan mereka kebanyakkannya membesar dengan rasa kurang bersedia untuk menghadapi cabaran hidup.

ibu bapa over-protective

Apa yang hendak disampaikan bukanlah bermakna anda harus membiarkan anak anda yang berusia tujuh tahun menguruskan hidup sendiri..

…tetapi kuncinya disini adalah kita sebagai ibu bapa harus mencari keseimbangan diantara membantu anak kita, pada masa yang sama menggalakkan dia untuk berdikari.

Ada beberapa ciri yang boleh menjadi indikasi menunjukkan anda mungkin terjebak dengan penyakit ibu bapa over-protective ini.

Jika salah satu ciri yang dinyatakan ini terdapat pada anda, baca tips yang dihuraikan untuk membantu anda menghentikan tabiat tidak sihat berikut.

  1. Anda menemui guru anak anda beberapa kali dalam sebulan

Setiap kali anda merasakan kerja rumah yang diberikan  guru kepada anak terlalu susah, dan setiap kali anda meragui format kertas ujian yang dibuat oleh cikgu, anda akan datang berjumpa dengan guru untuk komplen mengenai perkara tersebut.

Setiap kali anak anda tidak mahu ke sekolah, anda akan salahkan guru kerana kononya tidak pandai mengajar.

Ya, saya tahu pasti semua ibu bapa mahukan anak mereka semua cemerlang dalam akademik. Tetapi andalah yang banyak memainkan peranan dan harus memasukkan diri anda ke dalam perkembangan akademik anak.

Kuncinya adalah sentiasa berlapangkan fikiran mengenai cabaran yang diberikan kepada anak anda, dan ajarkan kepada mereka untuk menjadi seorang yang yakin, untuk bertanya sendiri kepada guru tentang soalan atau sebarang isu yang timbul.

Ini akan menguatkan tahap konfiden anak anda berbanding terus memanjakan dia untuk terus bergantung kepada anda.

 

  1. Anda selalu meleraikan pergaduhan

Tidak kira pergaduhan itu adalah diantara adik beradik ataupun diantara anak anda dengan kawan-kawannya, anda terus melompat masuk untuk menghentikan perbalahan.

Anda mengarahkan mereka untuk “berbaik” atau bertindak sebagai hakim menentukan pihak mana yang betul dan salah.

Kadangkala, kita harus membiarkan anak kita belajar menghadapi cabaran dalam komunikasi dengan orang lain, walaupun melibatkan ketidak-setujuan.

Kebolehan untuk membincangkan dan mengembangkan pelan menang-menang adalah sangat berguna untuk kehidupan sosial anak, pada masa sekarang dan pada masa akan datang.

Anda juga mungkin boleh mengadakan sesei role-play dalam keadaan berbeza untuk membiasakan dan mengembangkan skill komunikasi yang efektif.

 

  1. Anda yang buat kerja rumah anak anda (atau membantu terlalu banyak)

Pernah seorang ibu mengeluh bahawa minggu tersebut dia sangat stress dan penat. Dia memberitahu penat kerana tekanan kerja dan penat menguruskan rumah, serta menolong menyiapkan kerja-kerja sekolah anaknya. Katanya kesian melihat anaknya tidak boleh menyelesaikan tugasan yang banyak dan sukar.

Ini adalah tidak betul.

Anda harus ingat; anda telah tamat universiti atau sekurang-kurangnya spm, tetapi anak anda tidak.

Jadi berikan dia ruang untuk berusaha sendiri. Biarkan dia membina mental blok.

Anda hanya boleh berikan galakan dan bantu sikit-sikit sahaja. Jangan sampai anak anda terus bergantung kepada anada sampai bila-bila.

 

  1. Anda tidak mahu membiarkan anak anda “gagal”

Sama ada ia perkara yang melibatkan hal sekolah, hal permainan anak di padang, tak tidak dijemput ke majlis hari jadi atau diejek kawan-kawan, anda akan melakukan apa sahaja untuk memastikan anak anda tidak berasa kecewa dan sedih.

Apa yang menarik, perkara ini tidak sama seperti menolong anak anda berjaya. Sebenarnya, kita perlu membiarkan dia merasa ditekan oleh keadaan dan belajar dari kesilapan untuk membentuk daya tahan, ketabahan dan kecekalan, dimana semua ini adalah penentu kejayaan yang terbaik.

Oleh itu biarkan anak anda tersadung jatuh sedikit, pada masa yang sama kita pastikan dia selamat.

Pengalaman itu penting.

 

  1. Anda menyemai rasa meninggi diri dalam diri anak

 

Biasanya, ibu bapa yang over-protective tidak hanya  menunjuk anak mereka, malah juga selalu menekankan betapa hebatnya anak mereka.

Mereka secara berlebihan memberitahu betapa istimewanya dia, betapa berbakatnya dia, dan sebagainya yang seperti itu. Sebenarnya jika ini niatnya adalah membantu mengembangkan self-confidence anak anda, pada zahirnya dia juga boleh membawa kepada rasa sombong dan meninggi diri.

Rasa meninggi diri merujuk kepada perasaan yang kita layak menerima kelebihan dan keistimewaan kerana hanya siapa kita. Ia berlarutan menyebabkan anak kita berasa seperti diva dan ia memang selalunya berlaku kepada anak ibu bapa sebegini.

Masalahnya?

Masalahnya ia akan membentuk personality anak yang ‘tidak sedar diri’. Masalahnya akan muncul dalam kehidupan anak tersebut pada masa akan datang, kerana orang sebegini sukar untuk didampingi, tiada kawan dan mereka sendiri juga sangat tidak gembira serta mempunya kesukaran untuk menyemai perhubungan yang kukuh.

 

Penutup

Jadi adakah anda salah seorang yang tergolong daripada golongan diatas?

Atau anda mengenali seseorang yang bersifat seperti yang dinyatakan?

Sebenarnya setiap baik buruk anak adalah bermula dari kita juga. Kita yang mencorakkan mereka. Kita yang perlu mencontohkan yang terbaik.

Sayang tidak semestinya perlu memanjakan. Tegas pula tidak bermakna kita tiada hati perasaan.

Matlamat kita semua disini adalah satu, membesarkan anak menjadi seorang dewasa yang berjaya dari segi sahsiah dan akademik serta bagus pula dalam sosial.

Ini adalah amanah kita.

Leave a Comment

WordPress Anti Spam by WP-SpamShield

Item added to cart.
0 items - RM0.00
×

TudungSiComel.com

×