Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda semua mengenai beberapa idea menu makanan diet yang murah dan sangat lazat untuk dijadikan sajian berkhasiat.
Di sini ada pelbagai idea menu makanan diet murah yang ada nasi beserta lauk-pauk menyelerakan. Siapa kata kalau hendak diet kita tidak boleh makan nasi?
Tahukah anda, pemikiran yang seperti itulah menyebabkan azam kita setiap tahun mahu diet untuk turunkan berat badan akan selalu gagal?
Jenis menu makanan diet murah dan terbaik
Menurut Coach Yatie Nadzli dalam Program Online Weight Loss Coaching, nak diet untuk mendapatkan berat badan ideal perlu cukup makan dan makan mengikut porsi yang ditetapkan.
Mahu kuruskan badan boleh sahaja terdiri daripada makanan diet murah lagi mengenyangkan. Berikut adalah beberapa menu makanan diet murah yang terbaik.
1. Sarapan
Jangan pernah tinggalkan sarapan pagi. Sarapan penting jika mahu diet. Apa yang penting ialah kita perlu bijak pilih menu sarapan yang berkhasiat dan memberi tenaga untuk kita melakukan aktiviti seharian.
Sama ada mahu pilih sarapan yang tinggi lemak tinggi kalori atau sarapan yang rendah lemak rendah kalori, semuanya terpulang kepada kita.
2. Happy snacking
Snacking juga amat penting dalam program diet. Snacking ialah makan sedikit di antara waktu makan.
Jadi apabila mahu makanan berat pada waktu tenghari atau makan malam, kita tidak akan makan terlalu banyak. Pilih menu makanan diet murah yang ringkas dan mudah disediakan seperti buah.
3. Buah-buahan
Makan buah sebelum makan makanan berat ialah salah satu sunnah adab makan yang wajar dilazimi. Doa makan buah seperti yang diajarkan oleh baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم ialah seperti berikut :
اللهم بارك لنا فى ثمرنا
Maksudnya: “Ya Allah, berikanlah keberkatan kepada buah-buahan kami ini.”
Buah-buahan dan ulam-ulaman juga salah satu contoh menu makanan diet murah. Makan buah-buahan bukan sahaja membantu proses pencernaan ketika diet, malah menjadi kekuatan untuk kita menambah amal ibadat kepada Allah SWT.
4. Makan Tengahari dan Makan Malam
Siapa kata nak makan makanan sihat ini mahal? Tidak semestinya mahal, yang penting setiap makanan yang diambil mengandungi karbohidrat, protein dan serat mengikut kalori yang betul.
Menu makanan diet semuanya sedap-sedap sampai ada yang tidak percaya betul ke boleh kurus? Paling penting, tidak menggunakan bahan perasa tambahan dan gula dalam masakan.
Hanya gunakan sedikit garam sahaja sudah memadai. Allah SWT yang bagi sedap insya Allah.
5. Lemak
Kebanyakan orang yang mula hendak berdiet, mereka fikir kena buang lemak supaya nampak lebih kurus. Tidak dinafikan bahawa lemak ada menyumbang kepada peningkatan berat dan bentuk badan.
Walau bagaimanapun, sebenarnya terdapat lemak jenis baik untuk badan yang harus diambil dalam diet makanan setiap hari.
Tujuan mengambil jenis lemak baik ini supaya dapat membakar lemak jahat di dalam badan. Tujuh jenis makanan yang mengandungi jenis lemak baik ialah seperti berikut :
- Keju
- Omega 3
- Avocado
- Yogurt
- Kekacang
- Minyak zaitun
- Minyak kelapa
Omega 3 terdapat banyak dalam ikan dan boleh dihidangkan selalu sebagai menu makanan diet murah sebagai hidangan sarapan, snacking, makan tengahari dan makan malam. Selamat mencuba!
Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel?? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel