Impian Saya…

Dari awal penubuhan TudungSiComel.com (Tahun 2012), saya niatkan agar perniagaan ini dapat memberi jasa kepada lebih ramai insan.

Impian saya, moga-moga perniagaan ini dapat terus menjadi asbab rezeki yang melimpah ruah dari sumber yang halal dan berkat kepada Rakan-rakan Usahawan TudungSiComel.

Ini bukan gimik perniagaan. Ini adalah sebuah impian.

Satu hari nanti, saya akan pergi jua… bakal bertemu Sang Pencipta, Allah subhanahu wa ta’ala.

Apalah yang lebih diharapkan selain mendapat bekalan doa dan jariah yang berterusan di alam sana kelak, mudah-mudahan Allah makbul kan impian ini. Aamiin buat kita semua.

Mudah-mudahan juga, dengan asbab TudungSiComel ini, lebih ramai yang dapat menjana pendapatan yang baik walaupun hanya bekerja dari rumah.

Sama-sama kita buktikan bahawa berniaga dari rumah juga mampu menampung dan membantu ekonomi keluarga.

Ya Allah, Kau lancarkanlah urusan Rakan-rakan Usahawan TudungSiComel dan Kau kurniakan lah rezeki yang melimpah ruah buat mereka dari sumber yang halal dan berkat. Aamiin aamiin aamiin ya rabbal a`lamin.

Wallahu a`lam

tudung sekolah tudungsicomel
tudung sekolah tudungsicomel
tudung sekolah tudungsicomel

Alhamdulillah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa