Jangan Beli Majalah Hijab Fesyen edisi November 2014!

Kepada rakan-rakan TudungSiComel, tolong jangan beli majalah Hijab Fesyen terutamanya edisi November 2014. Kenapa?

Bukan sebab jeles dengan puan Irine Nadia jadi cover majalah nie ataupun sebab-sebab lain yang seangkatan dengannya… bukan…bukan.

Em… sebenarnya walaupun Majalah Hijab Fesyen nie penuh dengan informasi dan perkongsian fesyen hijab yang paling terkini dan gojess, tapi…

Walaupun ramai wanita-wanita yang mementingkan penampilan menarik merujuk majalah nie untuk melihat trend tudung-tudung terkini, tapi…

Majalah Hijab Fesyen

Tengok lah sendiri (di bawah)…ini la sebenarnya kenapa rakan-rakan dilarang beli Majalah Hijab Fesyen…ini kerana…emm tengoklah sendiri…

Majalah Hijab FesyenMajalah Hijab FesyenMajalah Hijab Fesyen

Ini lah sebabnya… sebabnya takut-takut nanti rakan-rakan jatuh hati pula dengan gambar-gambar COMEL di atas…baahaaa (curi gaya gelak puan NameeRoslan hehe).

Maaf, gambar kurang jelas ini memang DISENGAJAKAN agar rakan-rakan dapatkan sendiri majalah gojes nie di pasaran untuk lihat gambar-gambar comel tersebut dengan lebih jelas hehe…jangan maree…

Anyway, terima kasih tak terhingga kepada puan Nik dan seluruh warga Majalah Hijab Fesyen atas kesudian menjemput TudungSiComel bagi menghuruharakan majalah Hijab Fesyen edisi November hehe…

In shaa Allah kita dari masa ke semasa akan cuba hasilkan lebih banyak rekaan tudung kanak-kanak yang tak dapat dibayangkan oleh mindaa sedar mahupun separa sedar hehe. Mana tau ada peluang masuk lagi…ehem..ehem =)

Terima kasih Majalah Hijab Fesyen…TudunSiComel Love Hijab Fesyen =)

2 comments

  1. Comelnya tudung2 tu, semoga ada rezeki nak dapat baby girl nanti buat teman abang2nya.

    1. Terima kasih tuan Ejam =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

International Warranty

Offered in the country of usage

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa