Bagaimana Mengawal Kelakuan Anak Menggunakan Sistem Token?

sistem tokenSistem token adalah cara yang paling senang dan efektif untuk menerapkan peneguhan positif dalam meningkatkan tingkahlaku baik anak-anak.

Anak-anak boleh berusaha mendapatkan token dengan berkelakuan baik (atau mengikut peraturan yang ditetapkan) dan menebus token itu dengan ganjaran.

Untuk menjalankan sistem token ini, apa yang kita perlukan adalah:

  • Token: manik, guli atau apa sahaja yang boleh dijadikan token

  • Balang lutsinar

Seterusnya saya akan menerangkan bagaimana untuk anda menjalankan sistem token ini dalam memperkemas kelakuan anak dibawah:

1. Tentukan apa yang anda akan gunakan sebagai token

Anda boleh membuat token anda sendiri, atau menggantikan token itu dengan objek lain seperti manik dan guli.

Jika anda mempunyai beberapa orang anak, gunakan warna yang berbeza bagi token untuk setiap orang anak.

2. Sediakan balang untuk setiap orang anak.

Anda boleh menggunakan botol kaca nescafe, bekas Tupperware atau apa sahaja yang boleh digunakan untuk menyimpan token itu.

Benarkan anak anda untuk menghiaskan balang token mereka mengikut citarasa mereka.

3. Tetapkan kelakuan (atau peraturan) yang perlu dipatuhi untuk mendapat token.

Sebagai contoh, ibu bapa boleh menetapkan bahawa anak akan mendapat token apabila mereka menyimpan mainan ditempat sepatutnya selepas bermain tanpa disuruh.

Untuk anak kecil, bermulalah dengan jumlah token yang kecil dulu.

4. Buat satu senarai ganjaran apa yang boleh ditebus dengan token itu

Sebagai contoh, boleh ditebus dengan mainan baru, trip ke kedai aiskrim atau apa-apa sahaja yang boleh memotivasikan anak-anak kita.

Untuk setiap ganjaran itu, senaraikan juga berapa token yang diperlukan untuk menebusnya. Contohnya 5 token untuk menebus satu mainan.

Tulis senarai itu sejelas-jelasnya dan letak ditempat dimana anak dapat melihat ganjarannya dan berapa kos yang diperlukan untuk menebusnya.

5. Tentukan juga bagaimana token itu boleh ditebus.

Adakah kita membenarkan anak kita membuat penebusan ganjaran setiap masa? Atau mereka hanya dibenarkan untuk membuat penebusan ganjaran pada hari-hari tertentu sahaja dalam satu minggu?

6. Jelaskan kepada anak anda bagaimana sistem token itu berfungsi. Terangkan bagaimana mereka akan memperolehi token itu dan bagaimana mereka boleh menebusnya untuk mendapat ganjaran.

7. Setelah menggunakan sistem token, pastikan anda memberitahu kepada anak-anak mengapa dia layak mendapat token itu, supaya kita boleh memperkukuhkan lagi penerapan positif terhadapnya.

 

Penutup:

Salah satu cara untuk membantu anak kita mengawal kelakuan adalah dengan menerapkan sistem ganjaran ini.

Dengan memfokuskan pada kelakuan positifnya, anda akan menggalakkannya supaya sentiasa mengulangi tingkahlaku ini sehingga tertanam menjadi tabiat yang kekal dalam dirinya.

Semoga anda bermanfaat kepada anda dari team tudung si comel. Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila share dengan ibu bapa lain di facebook anda.

Juga jangan lupa tinggalkan komen anda. Kami suka untuk mendengar pandangan anda mengenai sistem token ini. 🙂

 

 

Published by

Muhamad Naim Abd Manaf

Muhamad Naim merupakan seorang guru dan pengasas kepada blog akuislam.com. Semoga segala apa yang dikongsikan memberi manfaat kepada semua ibu bapa pembaca laman ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WordPress Anti-Spam by WP-SpamShield