Jangan Biasakan Mengugut Anak!

Mengugut
Mengugut dalam mendidik | Education for the future by DunaLonghorn

“Jangan nakal, nanti mak lari”

Itu cara orang dulu-dulu hendak mendisiplinkan anak. Mereka tiada mekanisme untuk dijadikan alat perundingan. Yang ada adalah amaran dan mengugut.

Tiada ruang untuk berkomunikasi dan mendengar permasalahan anak. Anak perlu patuh jika mahu ibu sentiasa di sisi. Muktamad!

Salahkah kaedah ini?

Tidak. Tetapi kaedah ini tidak sesuai lagi dipraktikkan pada zaman ini.

Cara kita mendepani anak-anak harus seiring dengan zaman yang dilalui. – Harus berhemah dan mempunyai komunikasi dua hala agar semua pihak (ibu dan anak) berasa puas dan lega.

Ini penting agar disiplin terbentuk dalam suasana hormat dan faham, bukan kerana patuh akibat diugut dan dipaksa.

Pernah saya jumpa sesetengah ibu berpura-pura mengugut meninggalkan anaknya dengan menolak anak ke luar rumah dan mengunci pintu dari dalam untuk sebeberapa lama. Tersenyum lebar mendengar anak-anak menjerit dan merayu memanggil namanya.

Betulkan cara mengugut ini boleh mendisiplinkan anak?

Perlu kita tahu, setiap pendidikan yang berasaskan kekasaran akan memberikan pulangan yang serupa kepada kita.

Jangan terkejut kalau pada alam remajanya nanti anak akan mengunci pintu biliknya sehari suntuk dan membiarkan kita merintih, melaung dari luar kerana tidak bersetuju dengan beberapa hal kecil.

– Akibat daripada kita mengajar mereka berbuat begitu sejak dari kecil. Mereka terkesan dengan cara kita menyelesaikan masalah.

Apa yang boleh kita harapkan dari seorang budak? Selagi usianya budak memanglah mereka akan memekak, menumpahkan air, menyakat adik-adik, degil dan enggan patuh pada ketika-ketika tertentu. Hendak cari dimana budak yang tidak nakal dan tidak berbuat salah?

Bukan langsung tidak boleh menghukum dan membuat tegahan, tetapi biarlah bersesuaian dengan kecerdasan insan yang ingin dilahirkan. Sejauh yang dilihat, ugutan sebegini tidak membantu dalam mendisiplinkan anak.

Yang  jelas anak menjadi lebih takut untuk mencuba sesuatu yang baru dalam hidupnya. Takut salah dan ditinggalkan pergi. Padahal itu semuanya adalah lakonan.

Mendidik dengan lebih kreatif!

Dalam mendidik anak kita harus kreatif. Sesuatu masalah boleh diselesaikan hanya dengan sepatah dua perkataan yang lembut dan sedikit kesabaran. Jangan dera minda suci anak dengan taktik-taktik mengugut sebegitu.

Walaupun tujuannya adalah baik, namun kesannya belum tentu memihak kepada apa yang kita sangkakan. Tetapi yang nyata, minda anak akan terdera dengan pengalaman ngeri yang kita berikan.

Takut-takut yang terbentuk nanti adalah mindset, “Hendak menyelesaikan masalah ialah lari dari rumah, tinggalkan semua orang.”

Kalau ini yang berlaku, siapa yang mengajarkannya kalau bukan kita?

2 comments

  1. topik yang menarik tapi.. mana tipsnya
    jangan itu jangan ini
    be practical laa

  2. anieynajihah

    tips yg bagus…
    tapi mungkin boleh bagikan beberapa tips menangani bagi menggantikan sikap yg tidak patut dibuat tersebut. terima kasih…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa