tudungsicomelLoading...

Kembali kepada tujuan asal kita berniaga

Sebelum kita teruskan dengan tujuan asal kita berniaga, adalah bagus kita ketahui dahulu apakah tujuan asal kita hidup.

Apa tujuan asal kita dihidupkan di muka bumi ini?

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku” (Qs Adz zariyat : 56).

Tuhan yang menciptakan mati dan hidup, karena hendak menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya”  (QS. Al-Mulk: 2).

Setelah kita faham bahawa tujuan kita adalah untuk beribadah dan mencari bekal amalan yang baik untuk kita bawa bertemu Allah swt satu masa kelak, jadi kita patut jadikan setiap amalan harian kita sebagai ibadah.

Tidur kita jadikan ibadah, mandi kita jadikan ibadah, senyum kita jadikan ibadah, makan kita jadikan ibadah, bekerja/ berniaga juga seharusnya kita jadikannya sebagai ibadah dengan niat kerana Allah.

Kita jadikan dunia ini sebagai ladang akhirat. Kita tanam sebanyak mungkin amalan yang mampu membuahkan hasil yang baik sebagai bekalan kita di akhirat kelak.

Jadi, saya sekadar mengingatkan diri saya sendiri, seluruh warga kerja termasuklah rakan-rakan usahawan TudungSiComel agar kita sama-sama kembali kepada tujuan asal kita berniaga tudung kanak-kanak.

Tujuan dan visi asal penubuhan TudungSiComel sejak dari 2012 adalah dengan harapan dapat membantu dan memudahkan ibu-ibu untuk mendidik anak-anak bertudung seawal usia dengan membekalkan tudung kanak-kanak yang selesa dengan harga mampu milik.

Kita ingin membudayakan budaya bertudung seawal usia agar budaya ini menjadi satu budaya yang normal di kalangan masyarakat Malaysia terutamanya.

Oleh itu, mari kita sama-sama pasang niat:

1. Berniaga untuk memperoleh rezeki yang halal dan berkat.

2. Berniaga untuk mendapat ganjaran pahala(dan keredaaan Allah) dengan membantu seramai mungkin ibu-ibu di Malaysia untuk mendidik anak-anak mereka bertudung seawal usia.

Apabila anak-anak pelanggan selesa bertudung serta terus bertudung sehingga akhir hayat mereka, mudah-mudahan kita sama-sama memperoleh ‘jariah kebaikan’ darinya.

Dan apabila mereka membesar, mereka mendidik pula anak-anak mereka bertudung, mudah-mudahan amal jariah kita berterusan tanpa putus-putus. Aamiin

Daripada Abi Mas’ud al-Ansari RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan maka dia mendapat pahala sama seperti yang melakukannya.” [Riwayat Muslim (1893)]

Daripada Abi Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Barangsiapa yang menyeru (seseorang) kepada hidayah, baginya ganjaran sepertimana ganjaran orang yang mengikutinya tanpa mengurangi sedikitpun daripada ganjaran mereka (yang melakukan).” [Riwayat Muslim (2674)]

Jom kita pasang niat dan mudah-mudahan dengan asbab usaha kita, lebih ramai yang mula bertudung seawal usia dan semoga Allah berkati dan rahmati usia kita. Aamiin

Lebih ramai insan bertudung asbab dari kita, mudah-mudahan lebih banyak bekalan yang bakal kita bawa. Aamiin

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam bersabda:
Daripada Umar bin Al-Khattab Radiallahu Anhu ia berkata:
Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam bersabda: Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat. Sesungguhnya balasan bagi orang itu mengikut apa yang diniatkannya.

“Dan sesiapa yang menghendaki kebahagiaan hidup akhirat dan berusaha mengerjakan amal kebajikan untuk tujuan itu dengan usaha yang bersungguh-sungguh sedang dia beriman maka mereka itulah yang usaha mereka dikurniakan ganjaran yang baik (diberi pahala)” (Surah Al-Israa’ :19)

Wallahu a`lam

Rujukan:
https://www.liputan6.com/quran/az-zariyat/56
https://ikimfm.my/merenung-kehidupan/
https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/2222-irsyad-al-hadith-siri-ke-225-kelebihan-mengislamkan-seseorang
http://www.kheu.gov.bn/Lists/khutbah/NewDisplayItem.aspx?ID=749

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × 5 =

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa