Sifat anak kedua sudah pastinya ibu bapa lebih mengenal mereka. Anak kedua ini dikaikan dengan perangai yang over dan suka memberontak. Kita sendiri pun biasa dengar anak kedua ini berbeza sedikit dengan anak sulung. Kadang tu menguji betul kesabaran ibu bapa kan?
Baca ini juga: Inilah 6 Fakta Anak Sulung (Sifat & Keletah)
Beberapa hari lepas, saya ada kongsikan fakta anak sulung. Boleh klik link diatas untuk membacanya. Tapi, kebanyakkan yang saya tanya pada ibu bapa lain, anak kedua ini mereka banyak menguji kesabaran ibu bapa. Tetapi, jangan sesekali membanding-bandingkan anak anak anda. Ini akan membuatkan emosi mereka terganggu dan tidak mempercayai anda lagi.
Sebelum anak kedua anda berasa dibandingkan, adalah sebaiknya untuk anda mengetahui fakta anak kedua. Di bawah ini, saya senaraikan 5 fakta anak kedua yang mungkin ada pada anak anda. Jom kita ketahuinya.
#1 Selalu mencuri perhatian
Pernah tak anak kedua anda mencuba untuk mencuri perhatian? Jika pernah, inilah sifat anak kedua. Mereka ini diantara anak sulung dan anak bungsu. Macam-macam cara anak ini mencuri perhatian anda seperti akan menanyakan pelbagai jenis soalan ketika bersama anda, selalu mencuba untuk bermain dengan anda. Jadi, anda sendiri kena bersifat adil dengan memberikan kasih sayang dan sepenuh perhatian untuk anak kedua ini.
#2 Mempunyai perasaan yang lebih sensitif
Sifat anak kedua yang seterusnya ialah mereka mempunyai perasaan yang lebih sensitif. Apatah lagi jika anda membiarkan dan memberikan kurang perhatian kepada anak ini sejak mereka kecil. Ia akan menyebabkan anak ini lebih sensitif, mudah terasa dan membuatkan mereka suka memendam perasaan.
#3 Tidak suka dibandingkan
Sifat yang seterusnya ialah anak kedua tidak suka dibandingkan. Tolong ye wahai ibu ayah, jangan cuba cuba untuk membandingkan anak kedua ini dengan anak yang lain. Jika anda kerap melakukannya, emosi anak kedua ini akan mempengaruhi rutin harian mereka. Sebaiknya, anda berilah tumpuan dan perhatian kepada si kecil dengan adil.
#4 Mempunyai semangat yang tinggi
Berbeza dengan adik-beradik yang lain, fakta anak kedua ini ialah mempunyai semangat yang tinggi. Perasaan ingin tahu mereka ini lebih tinggi dan mencetuskan idea-idea yang di luar pemikirian ibu bapa. Semangat ingin tahu ini membuatkan mereka gemar untuk menerokai sesuatu perkara yang dengan lebih mendalam. Oleh itu, ini yang menyebabkan anak kedua sangat mencintai ilmu dan membentuk mereka menjadi orang yang berilmu.
#5 Kurang bergantung dengan keluarga
Fakta anak kedua yang terakhir ialah mereka ini kurang bergantung dengan keluarga. Anak kedua banyak melakukan segala hal dengan bersendirian. Ini kerana mereka tidak mengharapkan bantuan adik beradik lain sejak dari kecil. Anak kedua juga lebih berdikari berbanding anak pertama. Sifat tidak bergantung inilah yang membuatkan jiwa anak kedua lebih kental dan tabah. Memang hebat kan!
Kesimpulan
Anda dah faham tentang fakta anak kedua ini? Jika anda sudah memahaminya, ia pasti perkara terbaik yang pernah anda lakukan. Tidak kiralah anak pertama atau anak kedua, berikan mereka ini kasih sayang yang adil dan secukupnya. Ingat, setiap anak mempunyai sifat keistimewaannya yang tersendiri. Anda haruslah membentuk anak-anak ini menjadi anak yang baik, soleh dan solehah. Saya harap perkongsian ini membantu anda sekeluarga. Semoga artikel ini bermanfaat ya.