Anak banyak menangis terutama bayi dan kanak-kanak kerana perasaan takutnya lebih banyak dikaitkan dengan aktiviti pada siang hari dan peristiwa sedih berpunca daripada aktiviti itu mengikut tahap perkembangan anak.

Sebenarnya kebanyakan orang dewasa kurang memahami pengetahuan tentang perkembangan normal kanak-kanak dari lahir hingga enam tahun. Bila dah tahu, baru kita dapat bantu anak dan tahu punca anak banyak menangis.
Ilmu ini boleh membantu ibu bapa atau pengasuh menilai dan memberi rangsangan demi mencapai perkembangan seterusnya. Seharusnya penjaga digalakkan melakukan bersama-sama aktiviti berkaitan bersama anak. Ibu bapa serta pengasuh bayi digalakkan memberi rangsangan awal pada bayi di bawah jagaan mereka. Berikut adalah perkembangan motor kasar anak menurut Dr Wan Asma Wan Ismail dalam bukunya yang bertajuk Penilaian dan Stimulasi Kanak-Kanak Normal.
Semasa lahir : Semua jari-jarinya dalam keadaan menggenggam. Bayi sangat tertarik kepada wajah ibunya.
6 minggu : Jari-jari bayi mula terbuka.
3 bulan : Bayi memegang objek yang diberikan ke tangannya sekejap dan melepaskannya semula. Bayi selalu terleka memerhatikan kedua-dua tangan di hadapannya.
4-5 bulan : Bayi cuba-cuba mencapai objek di depannya walaupun agak jauh.
5-6 bulan : Bayi mula mengambil kiub dengan menggenggam objek dan membawanya ke mulut.
7-8 bulan : Kelihatan bayi suka mengambil apa-apa objek dan membawanya ke mulut atau memindahkannya ke tangan yang satu lagi serta memerhatikan objek dengan teliti.
8-12 bulan : Bayi mengambil benda kecil seperti kismis; dengan menggunakan tiga jarinya kemudian menggunakan jari telunjuk dan ibu jari sahaja. Bayi juga suka mengetuk dua kiub yang diberikan kepadanya. Kadangkala bayi membaling objek di tangannya.
12- 13 bulan : Bayi akan mula berjalan satu atau dua langkah ke depan sambil mula melepaskan pegangan.

13-15 bulan : Bayi berlatih berjalan setiap hari dan semakin stabil. Kemudian, bayi mula berlari perlahan-lahan.
18 bulan : Anak kecil mula memanjat tangga, berjalan ke belakang sambil menarik permainan. Anak kecil anda sudah boleh berlari dengan stabil.
2- 2 setengah tahun : Anak membawa barang mainan sambil berjalan dan mula menendang bola.
3 tahun : Hobi anak sekarang suka melompat setempat, naik dan turun tangga, mengayuh basikal roda tiga, berdiri di atas satu kaki selama satu saat. Naik dan turun tangganya juga seperti orang dewasa.
4 tahun : Anak akan selalu melompat dua meter ke hadapan dan berdiri di atas satu kaki selama lima saat.

5-6 tahun : Pada waktu ini, anak mula belajar menaiki basikal.Di peringkat permulaan dalam usaha untuk mengamalkan mungkin terasa susah sikit, tetapi lama kelamaan, ini akan menjadi suatu kebiasaan dan kebolehan yang sangat istimewa.
Cara Terbaik Memujuk Anak Banyak Menangis :
1. Memeluknya
Memeluk anak tanda kita simpati bahawa kita empati perasaannya betapa sakit atau takutnya dia.

2. Beri penerangan
Tunjukkan simpati dengan mengatakan anda tahu betapa sakitnya dia dan tanya tempat sakit atau takut di mana. Jangan cuba mencabarnya supaya menjadi lebih berani.
3. Alihkan perasaan takutnya
Jangan sesekali mengejeknya. Jika takut gelap, berikan penjelasan yang menenangkan. Pasangkan lampu tidur berwarna-warni.
4. Tangan ajaib
Sentuhan ajaib daripada tangan ibu bapa dan pengasuh amat digemari anak kecil dan dewasa. Urutan dan usapan tangan di kepala anak dan anak akan segera menjadi tenang apabila diberi perhatian dengan sentuhan kasih sayang.

Semoga kita sebagai penjaga dapat memahami proses perkembangan bayi agar dapat berinteraksi dan memahami dengan anak lebih mudah. Hubungan antara ibu bapa dan anak juga akan semakin rapat apabila kita banyak bergurau senda dengan mereka ketika umurnya di bawah enam tahun.
jom kita tengok koleksi tudung untuk anak anda. Klik link ini