Pada 22 Julai 2024, TudungSiComel telah dijemput untuk menghadiri Majlis Konvensyen Penyewa MARA Se-Malaysia di Premiera Hotel, Kuala Lumpur.
Terdapat lebih kurang 1,500 penyewa Mara yang hadir bagi memeriahkan majlis tersebut dan ianya dirasmikan oleh YBhg. Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki selaku Pengerusiย MARA.ย
Majlis ini diteruskan dengan perkongsian daripada Panel Jemputan, founder Bizmilla (Puan Mila Jirin) dan juga founder Noor Arfa (En Wan Mohammed Ariffen). Banyak informasi yang sangat bermanfaat dikongsikan terutama bagaimana pengalaman mereka berniaga.
Terima kasih MARA kerana sangat mengambil berat akan keadaan kami semua para usahawan. Semoga MARA terus dapat membantu lebih ramai usahawan-usahawan terutama yang baru nak bermula.
Kami di TudungSiComel merasa sangat bersyukur kerana diterima untuk bernaung di bawah MARA. Terima kasih