SBZ Prima Sdn Bhd adalah antara syarikat yang menawarkan latihan industri kepada pelajar-pelajar kolej dan universiti di Malaysia.
Program Latihan Industri merupakan antara program Corporate Social Responsibility (CSR) yang dilaksanakan oleh TudungSiComel.com (SBZ Prima Sdn Bhd).
Latihan Industri, atau lebih dikenali sebagai internship, merupakan satu komponen penting dalam pendidikan tinggi di Malaysia. Ia merujuk kepada program praktikal yang membolehkan pelajar memperoleh pengalaman kerja secara langsung di dalam industri yang berkaitan dengan bidang pengajian mereka. Latihan industri biasanya berlangsung selama beberapa bulan, bergantung kepada keperluan institusi pendidikan dan syarikat tempat pelajar menjalani latihan.
Tujuan utama latihan industri adalah untuk mengintegrasikan teori yang dipelajari di dalam bilik darjah dengan aplikasi praktikal di tempat kerja. Melalui pengalaman ini, pelajar dapat memahami selok-belok industri, membina kemahiran kerja yang diperlukan, serta menambah nilai kepada resume mereka. Selain itu, latihan industri juga memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dan berhubung dengan profesional dalam bidang yang mereka ceburi, yang boleh membuka ruang untuk peluang pekerjaan di masa hadapan.
Program ini diwujudkan bagi membantu pelajar-pelajar kolej dan universiti sebagai persediaan untuk mereka menghadapi dunia pekerjaan yang sebenar.
Ianya juga salah satu usaha syarikat untuk berkongsi manfaat terutamanya kepada pelajar-pelajar di Malaysia.
LATIHAN DAN BIMBINGAN
Di SBZ Prima Sdn Bhd, kita fokus kepada aktiviti mendidik pelatih-pelatih baru supaya mereka bersedia untuk hadapi dunia luar yang sangat mencabar.
Apabila pelatih menghadiri latihan di SBZ Prima Sdn Bhd, mereka akan diberikan bimbingan khas supaya apa yang dipelajari di kolej dan universiti dapat dipraktikkan.
Kita juga menyediakan penyelia khas bagi setiap pelatih supaya dapat membuat pantauan dan bimbingan secara lebih dekat selain dapat berkerjasama dalam pasukan.
ANTARA SENARAI PELAJAR YANG PERNAH HADIRI PROGRAM INTERNSHIP DI TUDUNGSICOMEL
1. Intan Nursyafiqah binti Mat Rosli (Kolej Vokasional)
2. Sharifah Nursyafiqah binti Syed Badaruzzaman (Universiti Teknologi Mara)
3. Farah Aqilah Binti Mohammad Arshad (Politeknik Premier)
4. Nur Syaima binti Che Samsuriza (Politeknik Premier)
5. Tengku Nurnadia Ilyani binti Tengku Azlan (Universiti Pendidikan Sultan Idris)
6. Azlin Danisha
Kami sangat mengalu-alukan jika ada mana-mana pusat pengajian tinggi yang ingin bekerjasama dengan TudungSiComel.
Bidang: Business Marketing / Content Creator / Graphic / Videographer / Livehosting / Masscom
Elaun: RM1000 sebulan + Bonus Prestasi
Lokasi: Damansara Damai, Selangor
MENCARI TEMPAT LATIHAN INDUSTRI?
Sekiranya anda sedang mencari syarikat untuk menjalani latihan industri seperti bidang yang berkaitan, boleh hubungi kami atau boleh terus hantar resume ke no di bawah.
Syah – 018-3696451 atau klik pada butang di bawah:
Program ini adalah salah satu program CSR syarikat. Semoga dengan wujudnya SBZ Prima Sdn Bhd dapat sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada masyarakat.
Ingat Tudung Sekolah, Ingat TudungSiComel! 🥰
SOALAN LAZIM / FAQ?
Adakah SBZ Prima Sdn Bhd menawarkan latihan industri / internship?
Ya, SBZ Prima Sdn Bhd merupakan antara syarikat yang menawarkan latihan industri di Malaysia.
Apa itu latihan industri?
Latihan Industri, atau lebih dikenali sebagai internship, merupakan satu komponen penting dalam pendidikan tinggi di Malaysia. Ia merujuk kepada program praktikal yang membolehkan pelajar memperoleh pengalaman kerja secara langsung di dalam industri yang berkaitan dengan bidang pengajian mereka. Latihan industri biasanya berlangsung selama beberapa bulan, bergantung kepada keperluan institusi pendidikan dan syarikat tempat pelajar menjalani latihan.
Berapa elaun latihan industri?
Biasanya elaun diberikan antara RM300 – RM1000. Namun ianya bergantung kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk membuat tawaran berdasarkan kemampuan semasa.