Pada 5 Januari 2026, kami menerima kehadiran saudari Shahirah, pelajar dari Politeknik Port Dickson, untuk menjalani latihan industri di Jabatan Pemasaran TudungSiComel sehingga 22 Mei 2026.
Sepanjang tempoh internship, Shahirah banyak terlibat dalam penghasilan kandungan untuk media sosial syarikat seperti Facebook, Instagram, Thread dan TikTok. Beliau turut membantu menghasilkan visual kreatif, menyunting poster dan video, serta menyediakan bahan pemasaran yang selari dengan identiti jenama syarikat.
Selain itu, Shahirah juga berpeluang terlibat dalam sesi live, berinteraksi dengan penonton dan memastikan sesi berjalan lancar. Beliau turut menyokong pelbagai aktiviti pemasaran melalui kajian trend semasa.
Menjelang bulan terakhir internship, Shahirah diberi peluang bekerjasama dengan pasukan Corporate Sales, yang memberi beliau pendedahan tambahan tentang pengurusan pelanggan korporat dan operasi jualan syarikat.
Sepanjang berada bersama kami, Shahirah menunjukkan sikap yang positif dan sentiasa bersedia untuk belajar perkara baharu. Kami di TudungSiComel amat menghargai segala usaha dan sumbangan beliau sepanjang tempoh latihan industri ini.
🎥 Video di atas merupakan perkongsian Shahirah sendiri tentang pengalaman beliau sepanjang menjalani latihan industri di sini.




