Program Internship TudungSiComel – Izzati (UniKL)

Pada 6 Oktober 2025, kami menerima kehadiran saudari Izzati, pelajar jurusan Business Administrative in Management and Entrepreneurship dari UniKL Business School, untuk menjalani latihan industri sehingga 23 Januari 2026 di bahagian pentadbiran.

Sepanjang tempoh tersebut, Izzati didedahkan dengan pelbagai tugasan yang melibatkan pengurusan dokumen, rekod kewangan serta operasi harian syarikat. Beliau membantu dalam penyusunan dan pengurusan fail, pemprosesan bayaran, kemasukan data ke dalam sistem, serta urusan berkaitan petty cash dan rekod perbelanjaan. Izzati juga diberi pendedahan dalam urusan HR seperti pemantauan kehadiran staf dan pengurusan dokumen berkaitan pekerja.

Selain tugasan dalaman, beliau turut terlibat dalam urusan pembelian bahan, pembayaran kepada pembekal dan tailor, serta membantu memastikan rekod kewangan dan pentadbiran sentiasa teratur. Pengalaman ini memberi beliau gambaran sebenar tentang bagaimana sesebuah syarikat mengurus operasi pentadbiran dan kewangan secara sistematik.

Menariknya, Izzati juga berpeluang mewakili syarikat dalam program sumbangan kepada rumah anak yatim serta membantu di booth Selangor Showcase 2025 anjuran MARA. Penglibatan ini memberi pengalaman berharga dari segi komunikasi, keyakinan diri dan pendedahan kepada suasana kerja luar pejabat.

Sepanjang internship, Izzati menunjukkan sikap yang bertanggungjawab, teliti dan mudah menyesuaikan diri dengan tugasan yang diberikan. Kami di TudungSiComel amat menghargai usaha dan komitmen beliau sepanjang bersama kami dan mendoakan kejayaan beliau pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


100% Risiko Ditanggung

Bungkusan anda hilang semasa penghantaran? Kita akan pos baru.

Jaminan 180 Hari

Jika anda tidak berpuashati atau ada sebarang masalah, boleh tukar atau refund.

Penghantaran 7 Hari Seminggu

Kita proses semua tempahan dan penghantaran setiap hari.