Love at TSC: apa yang baru?

Finally new episode 🥳🤭

Jadi Love at TSC minggu ni kami kongsikan macam mana behind the scene kami shoot ‘Bid Item‘ dan juga behind the scene LIVE Lelong di Facebook Tudung Si Comel kita 😍

Dan secara tidak langsung penonton semua boleh lihat sifat dan perangai sebenar staff TSC yang haihhh taktahu lah nak cakap macam mana 🤣🤣

Jika penonton-penonton ada kelapangan jemput join juga LIVE Lelong kita okeeeee 💙

Kita nak lelong semua stok tudung-tudung kita. Kedai kita di Damansara Damai dah tak dapat buka dan kita terpaksa tutup kedai 😔

Semuanya sekarang hanya tinggal kenangan. Kita nak lelong untuk dapatkan sikit pulangan modal untuk bayar sewa kedai dan gaji staff yang tertunggak. 👉🏻👈🏻

PKP ni ambil masa sangat lama dan kita tak dapat lagi nak bertahan. Jadi kita nak lelong semua tudung kita. Stok terlalu banyak (beribu helai) jadi kita terpaksa buat banyak siri lelongan..

Dan jika tak sempat join LIVE, kita sedang masukan stok-stok kita di website juga… in shaa Allah nanti kita umumkan stok di web bila kita dah masukkan ya.

Ada sikit yang kita dah masukan di Web Lelong kita. In shaa Allah akan ada lagi sedang photoshoot 🥰

Terima kasih atas support semua, semua Allah rahmati tuan/puan semua. Aamiin

Love, KAKA 🤪

Leave a Comment

WordPress Anti Spam by WP-SpamShield

Item added to cart.
0 items - RM0.00
×

TudungSiComel.com

×