Episod 43
Kali ni Love At TSC Episode 43 bawa kita ke satu lagi momen makan-makan bersama warga TudungSiComel. Selepas beberapa bulan tak berkesempatan untuk lunch satu company, akhirnya dapat berkumpul semula dan kali ni jumlah warga TSC pun dah makin ramai!
Lunch kali ni diadakan sebagai tanda penghargaan atas kerja keras dan komitmen semua tenaga kerja TudungSiComel. Lokasinya pula di Uncle Botak’s BBQ, Kota Damansara, dengan pelbagai pilihan makanan western yang nampak menyelerakan. Dari awal sampai akhir, memang nampak semua happy menikmati makanan masing-masing.
Bukan makanan je yang dapat pujian, service dekat sana pun memang mantap. Seronok tengok satu company dapat duduk makan bersama, borak-borak dan luangkan masa tanpa perlu fikir tentang kerja sekejap. Bila keluarga TSC makin bertambah, makin meriah juga suasana bila dapat berkumpul macam ni.
Jemput tengok vlog di atas untuk saksikan sendiri suasana Appreciation Gathering Lunch kali ni. Alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan. Bukan sahaja rezeki dapat menikmati makanan bersama, tapi juga rezeki mempunyai keluarga TSC yang semakin hari semakin ramai. Semoga terus berkembang dan dapat berkumpul lagi dalam banyak momen indah selepas ni!


