Episod 41
Kali ni Love At TSC Episode 41 bawa kita throwback ke tahun 2025, apabila team marketing HQ TudungSiComel berpeluang menyertai Selangor Showcase MARA 2025 yang berlangsung pada 3 hingga 5 Disember 2025 di Medan MARA Kuala Lumpur.
Selama 3 hari, team TudungSiComel membuka booth dan memang nampak cukup meriah! Ramai pengunjung datang berkunjung, ada yang nak kenal produk dengan lebih dekat, ada peminat TudungSiComel yang singgah menyapa, dan tak kurang juga yang turut serta dalam game yang kami sediakan. Memang busy, tapi seronok bila dapat berjumpa dan melayan customer secara berdepan.
Lebih istimewa, Selangor Showcase MARA 2025 turut menjadi lokasi untuk pelancaran Tudung Dua Lapis Berzip TudungSiComel. Dalam vlog ni, boleh tengok juga persiapan team sebelum pelancaran berlangsung. Kami turut menerima kunjungan VVIP, YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, yang berkesempatan berjalan ke booth TudungSiComel.
Jemput tengok video di atas untuk saksikan sendiri perjalanan 3 hari team TudungSiComel di Selangor Showcase MARA 2025. Alhamdulillah, terima kasih MARA atas peluang yang diberikan. Semoga ada rezeki untuk TudungSiComel menyertai program seperti ini lagi pada masa akan datang.


