Majlis Iftar TudungSiComel 2.0, 2025: Meriah & Penuh Makna

iftar tuu dia paktam

Alhamdulillah, tahun ini sekali lagi kita diberi peluang untuk berkumpul dalam Majlis Iftar TudungSiComel buat kali kedua. Kalau majlis pertama kita lebih tertumpu untuk staff, pembekal kain dan rakan selebriti—kali ini kami nak kongsi kelainan dan kemeriahan yang tersendiri pula!

Kali ni, kami jemput semua staff terkini beserta keluarga masing-masing. Best kan—lagi ramai, lagi meriah! Staff lama pun jangan risau, memang kami jemput sama sebab setiap orang pernah jadi sebahagian dari kisah TudungSiComel. Tak lupa juga tailor-tailor kami yang bertungkus-lumus menjahit produk TudungSiComel.

Paling special tahun ni, kami jemput keluarga Mak Agung! Siapa Mak Agung? Owner kedai makan sebelah office kami je! Kami gelar kedai makan Mak Agung sebagai ‘kantin rasmi’ sebab memang hari-hari jadi port makan. Bila Mak Agung dan keluarga hadir, memang bertambah suasana kekeluargaan majlis ni.

Kami juga berbesar hati menjemput Asraf, founder brand Tudung Inspired yang juga jiran office satu bangunan. Sahabat baik TudungSiComel ni!

rail & river event space

Majlis berlangsung di Ramadhan Buffet Tuu Dia Paktam, bertempat di Rail & River Event Space. Buffet dia memang ‘padu’—lebih 50 jenis pilihan makanan disediakan. Dari nasi, lauk pauk, kuih-muih tradisional sampailah ke pencuci mulut; pendek kata, rambang mata nak pilih!

Semua jemputan jelas seronok, masing-masing bawa keluarga, bertegur sapa dan gelak ketawa. Staff lama jumpa staff baru, tailor jumpa ‘pelanggan tetap’ (team TudungSiComel!) Sesi borak pun meriah, siap ada sesi tangkap gambar kenangan bersama. Gambar pun dah saya sertakan di bawah ni, untuk tatapan dan kenangan bersama.

TudungSiComel ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir, memeriahkan suasana dan berkongsi rezeki bersama. Mohon maaf kalau ada sebarang kekurangan sepanjang majlis berlangsung.

Terima kasih khas buat Kaka dan dibantu oleh Intan atas usaha untuk menjayakan majlis ni dari awal sampai habis—tapi tanpa kerjasama semua, tak meriahlah majlis kita!

Moga ukhuwah dan silaturrahim ini terus kekal erat, insyaAllah! Jumpa lagi di majlis akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

100% Risiko Ditanggung

Bungkusan anda hilang semasa penghantaran? Kita akan pos baru.

Jaminan 180 Hari

Jika anda tidak berpuashati atau ada sebarang masalah, boleh tukar atau refund.

Penghantaran 7 Hari Seminggu

Kita proses semua tempahan dan penghantaran setiap hari.