Gunakan Setiap Masalah Anak Sebagai Peluang Untuk Kita Mendekati Mereka

masalah anak peluang kita
masalah anak adalah peluang kita

Semua ibu bapa mahukan anak-anak yang baik, rajin, bijak, berdikari, berakhlak dan sebagainya.

Tidak seorang pun ibu bapa yang mahukan anak-anak yang bermasalah. Tetapi kita lupa, setiap manusia pasti ada masalah dan tidak ada seorang pun manusia yang sempurna.

Begitu jugalah dengan anak-anak kita.

 

Gunakan Masalah Anak Dengan Sebaiknya

Sebenarnya masalah adalah pintu masuk bagi kita mendekatkan diri dengan anak-anak.

Apabila anak-anak menghadapi masalah, tertekan, berperasaan negatif dan sebagainya maka itu adalah peluang bagi kita memahami, berbincang dan membantu mereka.

Itu adalah saat seorang anak memerlukan ibu bapa di sisinya. Jangan pula kita memarahi mereka kerana mereka ada masalah.

Ada ketika wajahnya murung, mukanya masam dan senyumannya pahit sebab mereka adalah manusia biasa sama seperti kita.

Semua ini perkara biasa yang terpaksa dilalui dan ditempuhi oleh anak-anak. Tugas kita ialah membantu mereka mengurus perasaan dan situasi sukarnya itu.

Misalnya, ada waktu anak rasa tertekan dengan persekolahan dan sekitarnya.

Beritahulah mereka, tekanan yang dihadapi itu sesuatu yang normal dan bantu mereka mengatasi tekanan itu dengan cara yang baik.

Begitu juga apabila mereka marah disebabkan sesuatu perkara, maka beritahu mereka adalah normal untuk merasa marah dan yang tidak normalnya ialah bertindak melulu tanpa akal semata-mata bagi memuaskan kemarahan itu.

Hulurkan bantuan kepada anak-anak sama ada daripada segi moral, idea, wang dan sebagainya.

Tetapi jangan pula menjadikan mereka terlalu bergantung kepada kita apatah lagi memanjakan mereka secara berlebihan.

 

Menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak

Hikmah kita diberikan satu mulut dan dua telinga adalah supaya kita lebih banyak mendengar daripada berbicara.

Dalam aspek keibubapaan, kita didapati, menjadi pendengar yang baik adalah perkara yang paling mudah untuk dilakukan tetapi sukar untuk dipraktikkan.

Kita lebih banyak bercakap daripada mendengar.

Kebanyakkan daripada apa yang dicakapkan pula lebih kepada arahan, suruhan, teguran, sindiran dan sebagainya.

 

Berikan perhatian bila anak berkata sesuatu

Bagi memahami perkembangan jiwa anak-anak, kita mesti berikan perhatian kepada apa yang disampaikan.

Jika kita sedang melakukan sesuatu seperti memasak, membaca akhbar, menanam pokok, membasuh pinggan dan sebagainya, maka hentikan perlakuan itu seketika.

Tumpukan kepada apa yang anak-anak sampaikan.

Anggukkan kepala, benarkan apa yang disampaikan, lihat matanya, dan berikan tindakbalas yang sewajarnya.

Anak-anak tahu sama ada mereka diambil berat ataupun tidak dipedulikan. Malah anak-anak kecil adalah jujur dan ada ketikanya bertanya kenapa kita tidak melayani mereka sedangkan waktu itu kita menjawab pertanyaan mereka.

Sebabnya, bahasa gerak badan kita tidak menunjukkan keikhlasan dalam memberikan jawapan kepada mereka.

 

Penutup:

Carilah setiap ruang dalam diri anak untuk mendekati anak walaupun situasi itu nampak remeh dan kecil. Subur-suburkan kebaikan dalam diri anak.

Mendidik anak adalah proses yang berterusan.

Sebagai orang yang paling rapat dengan hidup anak, dan sebagai pendidik mereka, ibu bapa memerlukan kesabaran yang tinggi disamping peka dengan kehidupan anak-anak.

 

One comment

  1. Mohon share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

100% Risiko Ditanggung

Bungkusan anda hilang semasa penghantaran? Kita akan pos baru.

Jaminan 180 Hari

Jika anda tidak berpuashati atau ada sebarang masalah, boleh tukar atau refund.

Penghantaran 7 Hari Seminggu

Kita proses semua tempahan dan penghantaran setiap hari.