Masalah Ibu Yang Cepat Marah Pada Anak-Anak

marah anak

 

Perkongsian bijak daripada Puan Sharifah Shuwaidah:

Saya juga mengalami perkara yg sama ada 4 anak semuanya berlainan perangai. Setelah saya banyakan membaca cara-cara mendidik anak serta pergi ke bengkel kursus alhamdulillah.

1) Baju kotor rumah bersepah – puan biarkan anak habiskan main dan bila anak-anak melihat muka puan, jangan ada mimik marah, jeling atau masam, tetapi puan cuba senyum (dengan semulajadi ia akan sampai ke otak dan turun ke hati akan berbisik subhanallah Ya Rabb aku amat bersyukur kerana mempunyai zuriat yg cukup sifat, comel, mencuit hati, sihat dan aktif).

Pandanglah anak-anak puan seperti kain putih masih suci tiada dosa.

2) Panjat, jerit tak dengar kata – saya praktikkan pergi pada anak peluk berkata dengan perkataan lembut sangat-sangat dengan penuh kasih sayang beserta gosoklah dadanya dan terangkan pada anak apa yang kita nak anak buat.

3) Puan sungguh bertuah jika tidak bekerja kerana dapat mendidik anak kejalan Allah swt. Cuba puan lebihkan anak-anak semasa mereka tengah main, join aktiviti mereka dan bergurau insyallah bila anak-anak melihat ibunya pun bermain selalu puan tengoklah anak-anak akan berubah. In shaa Allah.

Saya kata terus terang puan, saya sampai anak-anak ajak main hujan dengan air banjir saya join dengan bermain bersama-sama anak mereka lebih menyayangi, memahami dan mendengar kata.

Akhir skali sekiranya puan betul-betul tak dapat control, puan lihatlah anak-anak seperti esok kita dah tak jumpa mereka lagi. Maaf mereka dan ingat anak-anak bukan hak kita amanah Allah s.w.t jgn sekali ingat hak kita! Beri didikan dan kasih sayang.

4) Setiap malam amalkan membaca selawat 3x, 3 Qul, ayat kursi dan tiup ke ubun-ubun mereka dan gosok seluruh badannya kemudian wajib bercakap ke telinganya dengan menyebut namanya dan cakaplah apa yang puan impikan pada anak.

Amalan ini saya buat hanya 3x sahaja dah nampak perubahan anak-anak subhanallah doa dan bisikan seorang ibu dengan penuh kasih sayang dan ciuman betul-betul dapat merubahkan anak tak kira umur sekiranya istiqomah.

Sekarang ni cuba puan amalkan bila nak marah je istighfar dan senyum pada anak, otomatik dengan segera berubah mood kita puan. Anak memang itu fitrahnya, bila kita pukul atau marah mereka itu tiada guna kerana otaknya belum lagi boleh berfikir seperti kita.

Saya doakan puan akan berjaya mendidik anak-anak puan dengan kasih sayang serta didikan agama. Ingatlah Allah s.w.t MAHA pengasih dan Allah s.w.t amat benci kemarahan atau kekasaran.

Insyaallah, semoga bermanfaat.

*Sekadar berkongsi dan semoga kita sama-sama beroleh manfaat. Amin

6 comments

  1. Assalammualaikum.. great sharing… Alycia mohon utk share di blog yer 😉

    1. Terima kasih Alycia, silakan =)

      Semoga ianya bermanfaat. Amin

  2. thanks! Perkongsian yang sangat bagus. Tak sabar nak pratiskan pada anak-anak. Mohon share ya.

    1. Silakan puan Halilah, semoga ianya bermanfaat buat pembaca puan. Semoga perkongsian kita juga dapat menjadi antara bekalan kita di akhirat kelak. Ilmu bermanfaat yang disebar dan terus tersebar. Amin.

  3. ruhill essandra

    terimakasih, apa yang anda tulis semuanya betul dan tepat, saya suka tulisan anda, izinkan saya mengongsi pembacaan ini.

    1. Terima kasih puan Ruhill, silakan puan dan semoga ianya bermanfaat buat semua. Amin

      Salam ceria =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa