5 Cara Terbukti Untuk Membesarkan Anak Yang Pintar dan Lebih Gembira

membesarkan anak
Bagaimana dapat membesarkan yang gembira dan cemerlang? | Fly happy by azmeem

Bila kita bertanya kepada kebanyakkan ibu bapa apa yang mereka mahu daripada anak mereka, apakah jawapan yang biasa kita akan terima?

– Pastilah mereka mahukan anak yang pintar dan sentiasa gembira.

Daripada apa pemerhatian saya, pelajaran, keperluan dan akhlak keperibadian anak-anak adalah lebih penting kepada ibu bapa lebih daripada perkara lain, malah lebih difikirkan berbanding kos sara hidup, keselamatan dan keperluan diri sendiri.

Children have never been perfect at listening to their parents, but they have never failed to imitate them.

Saya ada melakukan sedikit pembacaan melalui buku dan penilitian terhadap kajian-kajian yang melibatkan proses mendidik anak.

Oleh itu saya ingin berkongsikan dengan anda apa yang saya dapat simpulkan dalam proses mendidik anak-anak yang lebih pintar dan gembira:

 

1. Sentiasa tunjukkan contoh yang baik

Ia bukan mengenai apa yang kita nasihatkan, tetapi apa yang kita tunjukkan. Jangan beritahu anak anda bagaimana untuk hidup, tetapi HIDUPlah dan biarkan anak-anak memerhatikan anda.

Amalkan apa yang anda nasihatkan. Tunjukkan cara.

Anak kita sentiasa memerhatikan kita dan akan meniru segala tindak-tanduk kita dan berusaha untuk menjadi seperti kita.

Oleh itu jadi apa seperti yang kita mahu mereka jadi.

Dengan kata lain, jadilah perubahan yang kita ingin lihat dalam diri anak kita. Berikan apa yang kita mahukan, imbas kembali apa kemahuan kita, menjadi apa yang kita inginkan dan contohkan apa yang kita idamkan. Pada setiap hari dan setiap masa.

Anak-anak adalah anugerah terhebat yang pernah anda ada, dan roh mereka adalah tanggungjawab & amanah paling berat yang perlu kita pikul.

Luangkan masa dengan mereka, dan ajarkan mereka untuk percaya pada diri sendiri, dengan kita terlebih dahulu menjadi insan yang boleh mereka percaya – seorang yang mereka boleh percaya tanpa ragu-ragu.

Apabila anda sudah tua kelak, tiada lagi perkara yang lebih bermakna selain daripada perkara-perkara ini.

 

2. Kurangkan stress anda, dan seterusnya tahap stress di dalam rumah.

Saya tahu bukan mudah, tetapi percaya atau tidak, apa yang lebih dimahukan oleh anak-anak terhadap ibu bapanya adalah gembira dan kurang stress.

Di dalam buku The Secret of Happy Families yang ditulis oleh Bruce Feiler, apabila pengkaji menemubual beberapa kanak-kanak apa yang mereka harapkan kepada ibu bapa mereka, kebanyakkan jawapan yang diterima adalah mereka mahukan ibu bapa mereka kurang penat dan kurang stress.

Mereka mahu rumah menjadi tempat tinggal yang aman dan bebas stress.

 

3. Membesarkan anak dengan metakkan kepercayaan dalam diri anak

Pujian yang terbesar yang boleh kita berikan kepada anak adalah dengan meletakkan kepercayaan kepada mereka dan biarkan mereka tahu bahawa anda mengambil berat terhadap mereka.

Apabila anda melihat sesuatu yang benar, bagus dan cantik di dalam diri mereka, jangan segan dan ragu-ragu untuk menunjukkan minat anda.

Jika anda terlihat sesuatu yang tidak bagus dan tidak cantik dalam diri mereka, jangan mengelak untuk memberikan bantuan dan panduan dengan sepenuh hati.

Walaupun hanya dengan perbuatan ringkas dengan meletakkan kepercayaan dalam diri anak, ia boleh menghasilkan impak yang besar. Ia akan memberikan mereka keyakinan dan membuatkan mereka rasa layak untuk membuat perkara hebat yang lain.

Apabila seseorang yang anda hormati meletakkan kepercayaan kepada anda, apa yang anda akan rasa?

Oleh itu berikan anak-anak anda peluang yang sama.

 

4. Puji anak anda atas usaha mereka, bukan atas kebijaksanaan mereka.

Apabila kita memuji anak atas usaha mereka, kita membawa mereka kepada sesuatu yang mereka boleh kawal – iaitu beberapa banyak usaha yang mereka boleh kerjakan.

Ini adalah satu perkara yang penting kerana ia mengajar anak untuk tekun dan meningkatkan perkembangan diri dengan berusaha sekuat mungkin. Mereka akan melihat kejayaan itu adalah hasil dari usaha keras dan bukannya sekadar nasib baik semata-mata.

Dan juga jangan terlampau memuji anak-anak anda tanpa sebarang sebab. Pastikan setiap pujian yang dibuat adalah bersebab.

Mengapa?

Sebab jika setiap gerak geri yang anak kita lakukan adalah untuk mengharap pujian, maka apabila kita berhenti memuji usaha mereka juga akan terhenti. Dan itu adalah perkara yang tidak bagus kerana mereka tidak akan menunjukkan prestasi yang baik jika anda tiada bersamanya.

 

5. Laksanakan peraturan yang logik dan munasabah

Anak-anak tidak boleh dibiarkan dalam keadaan yang terlampau bebas. Kepercayaan bahawa peraturan yang tegas akan menimbulkan pemberontakan, manakala kebebasan akan membantu kelakuan yang lebih baik adalah karut semata-mata.

Banyak daripada kajian yang dilakukan mendapati bahawa anak-anak yang terlibat dengan pelbagai masalah kebanyakkannya mempunyai ibu bapa yang tidak menetapkan had dan peraturan yang munasabah

Jika ibu bapa jenis sangat penyayang dan menerima walau apa juga apa yang anak lakukan, walaupun mereka buat perkara yang tak betul, anak-anak akan menganggap tindakan ibu bapa itu sebagai tanda bahawa mereka tidak diambil kisah.

Sebaliknya, ibu bapa yang konsisten menerapkan peraturan dan had batasan selalunya akan menjadi insan yang paling rapat anak-anak. Menurut kajian yang dijalankan oleh Penn State study, Dr. Nancy Darling dan Dr. Linda Caldwell, ibu bapa yang menetapkan peraturan yang logik akan mempunyai kuasa mempengaruhi anak.

Ibu bapa yang mampu menerangkan mengapa peraturan itu diwujudkan, akan berinteraksi dengan lebih dekat anak dan secara tidak langsung akan mewujudkan hubungan yang lebih mesra dan lebih sihat dengan mereka.

Dan sudah pasti kita tidak perlu buat peraturan yang lebih-lebih atau buat peraturan tanpa sebab yang jelas dan tanpa alasan kukuh. Biarlah munasabah dan realistik. Ibu bapa yang terlalu mengawal anak akan membesarkan anak yang terkongkong dan bosan. Dan anak-anak yang terkongkong dan bosan inilah yang cenderung untuk memberontak.

 

Penutup

Saya banyak menghabiskan masa membaca kajian-kajian yang telah dijalankan mengenai pendidikan anak-anak. Apa yang saya dapat kesan adalah apabila kita berjaya membesarkan anak dengan keadaan yang betul-betul gembira, terdidik dengan baik, insyaaAllah akan menjadi orang yang berjaya secara automatiknya.

Dengan kata lain, pendidikan ibu bapa yang sihat akan melahirkan anak yang gembira yang cenderung untuk membesar menjadi orang dewasa yang berjaya dan sempurna dalam jangka masa panjang.

Dan selalunya orang yang gembira adalah lebih berjaya daripada orang yang sebaliknya.

Apa yang boleh anda tambahkan pada senarai diatas?

Apa lagi yang boleh dilakukan oleh para ibu bapa untuk membesarkan anak yang ceria dan gembira? Apakah mengalaman berharga yang anda ada dalam membesarkan anak?

Tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pengalaman dan pemahaman yang anda ada dalam membesarkan anak – anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa