Bagaimana Untuk Memuji Anak Secara Bisu dan Berkesan?

bersemangat

Setiap hari paling tidak kita perlu memberi satu pujian dan satu luahan perasaan terhadap orang yang paling dekat dengan kita.

Misalnya suami kepada isteri, isteri kepada suami; guru kepada murid, murid kepada rakan; bos kepada pekerja, pekerja kepada rakan-rakan sekerja dan rakan – rakan sekerja kepada mutu pekerjaan yang sama-sama dilakukan.

Pokoknya memuji!

Tetapi sejak bilakah anak-anak anda tidak memuji anda lagi?

Sewaktu kecil, biasa mereka memuji anda, sebab pada masa itu hanya andalah yang mereka kenali dan ketahui. Andalah segala-galanya.

Kepada andalah tempat mereka mengadu. Andalah idola mereka dalam segala hal. Hinggakan kerana membetulkan rantai basikal yang terlucut sahaja pun anak anda itu sudah boleh berkata, “Huh, pandainya ayah…”

Jika anak-anak anda tidak langsung berkomunikasi dengan anda, apatah lagi memuji, ia mungkin tanda yang akan membawa kepada masalah yang lebih kritikal. Petanda keluarga akan berdepan masalah kelak.

Sebelum keadaan itu mengambil tempat, mulalah memuji anak-anak anda paling tidak sekali dalam sehari. Mampukah anda berbuat demikian?

Mungkin tidak jika anda sudah tenggelam dalam dunia bisu dalam rumah sendiri. Saya akan tunjukkan caranya supaya setiap detik adalah detik-detik emas dimana anda sentiasa  dapat memberikan penghargaan dan memuji mereka secara berterusan tetapi secara bisu.

Sebelum itu, tanya diri anda dahulu sejak bilakah agaknya anda tidak pernah lagi menerima pujian anak-anak atau sejak bilakah komunikasi anda dengan mereka menjadi longgar?

Dan sejak bila pula anda tidak pernah memuji mereka? Soalan ini perlu dijawab supaya punca mengapa breakdown communication itu berlaku dapat dikesan. Lagi cepat anda tahu dan sedar lebih mudah kekalutan ini dapat dipelbetulkan.

Tidak dinafikan sesetengah ibu dan bapa akan memberikan alasan, “Alah, dah besar panjang takkan nak puji lagi?”

Kalau itu alasannya saya hendak tanya apakah anda tidak seronok kalau menerima pujian? Biarpun anda sudah dewasa, apakah anda tidak mengharapkan lagi sebarang pujian? Apakah tatkala anda dipuji anda tidak berasa seperti dihargai? Satu hari bos anda memuji hasil kerja anda, apakah anda tidak berasa apa-apa?

Sebagaimana kita tidak suka dikeji sebenarnya kita juga sentiasa suka untuk dipuji. Pujian adalah makanan minda dan ia merangsang otak. Otak yang terangsang hasil daripada pujian menjadikannya lebih kreatif di samping logik hasilnya mengarah kepada pemberangsangan.

Mungkin anda pernah melihat seseorang yang menjadi luar biasa kuatnya apabila dipuji. Pemain bola sepak kalau disorak dengan pujian, tendangannya boleh tepat memasuki gol, tetapi kalau di boo, penalti yang mudah pun boleh tersasar. Silap-silap tendangannya pun boleh tidak mengena.

Pujian yang memadai dan kena pada tempatnya atau dalam perkataan lain, ikhlas, boleh  menjadi pemangkin kepada orang yang menerima pujian itu membuka pintu-pintu kejayaan dihadapannya.

Jadi apa yang boleh dilakukan terhadap anak-anak kita?

Mulakan pujian dengan menghargai barang-barang yang disukai atau disayangi olehnya. Misalnya kalau dia suka bermain badminton, sangkutkan raketnya ditempat yang agak istimewa di rumah. Apalagi kalau dia pernah mendapat pingat ataupun piala mahupun sijil-sijil.

Letakkan di tempat yang terbaik ataupun framekan dan letakkan elok-elok dibiliknya. Itulah yang saya namakan memuji secara bisu. Tidakkah ia sepanjang masa?

Pujian secara begini malah jauh lebih baik daripada perkataan apalagi jika perkataan sudah tidak mampu berperanan lagi.

*****

Artikel ini adalah dipetik dari buku Membina Hati Bahagia, Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj. Semoga memberi 1001 manfaat kepada kita dalam mendidik anak dan membentuk keluarga yang bahagia =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa