Sayangkan Anak Tangan-Tangankan. Benarkah Kita Harus Memukul Anak Dalam Mendidik?

memukul anak
Berhati-hati memukul anak sebagai hukuman, jangan sehingga terganggu emosi anak.. * Punishment by ToxicVampire6606

Apakah maksud sayangkan anak tangan-tangankan?

Peribahasa ini bukanlah bermaksud jika sayangkan anak, maka kita perlu memukul, menyepak atau menampar anak kita.

Itu sudah dikira sebagai mendera.

Ia juga bukanlah bermaksud bahawa setiap ibu bapa perlu memukul anak tanpa belas kasihan apabila anak-anak melakukan kesalahan.

Namun peribahasa berkenaan membawa maksud bahawa dalam mendidik anak-anak, perlulah dilakukan secara penuh hikmah dengan menasihati, menegur dan merotan mereka apabila perlu.

Memukul dengan keterlaluan akan membawa masalah yang lebih besar

Sepanjang menyantuni masyarakat, ada beberapa pengajaran yang boleh diambil iktibar.

Begitu juga aduan daripada anak-anak yang tidak tahan apabila ada ibu bapa yang selalu memukul dan melakukan kekerasan kepada mereka, sedangkan kesalahan yang dilakukan adalah kecil. Bahkan ada yang tidak melakukan apa-apa kesalahan pun turut dikenakan tindakan.

Akibat gejala seperti ini, akhirnya anak-anak menjadi tertekan.

Jiwa dan emosi mereka cedera. Beban difikiran menjadi tidak tertanggung kerana mengganggap mereka sedang menghadapi penderaan.

Maka, berlakulah pelbagai tindakan luar batasan yang akhirnya membawa padah.

Ada daripada mereka yang mahu melarikan diri. Ada yang tinggal bersama rakan sebaya yang tidak terjaga pergaulan dan akhlaknya.

Bahkan ada yang lebih teruk apabila terfikir untuk membunuh diri kerana tidak mampu menangani tekanan perasaan.

Inilah natijah akibat perbuatan yang tidak berhikmah daripada ibu bapa.

Ilmu dan pendidikan dalam mendidik anak-anak seharusnya dihadam sebaik mungkin bagi mencari jalan terbaik membina zuriat kita. Bukan main semberono sahaja.

Mendidik anak-anak memerlukan ilmu.

Walaupun rotan dibenarkan dalam Islam, tetapi cara penggunaanya perlu dipelajari.

 

Ketika sedang marah, ramai yang lupa bahawa anak-anak adalah adalah amanah..

Ramai yang tidak bersyukur dengan anugerah anak-anak ini.

Ketika ada orang yang terlalu inginkan zuriat dalam rumah tangga, ada pula orang yang tidak tahu mensyukuri nikmat mempunyai anak-anak.

Misalnya mendera, mengabai dan menzalimi anak-anak tanpa belas.

Disebabkan itulah saya sangat sedih sekiranya ada anak-anak yang dipukul kerana walaupun ada antara mereka melakukan kesalahan, usia mereka masih dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun.

Ada yang didera, ada yang ditampar dan sebagainya. Sangat kasihan.

Ini adalah nasihat kepada ibu bapa yang suka marah-marah

Maka apa yang ingin saya sampaikan adalah kita sebagai ibubapa janganlah keterlaluan dalam menghukum anak-anak.

Sesuaikan dengan usia dan keadaan anak kita ketika memberi hukuman.

Bahkan didikan juga sangat penting dan perlu diberi perhatian, terutamanya didikan agama. InsyaAllah, saya cukup yakin sekiranya kita mendidik dengan pendekatan agama, anak-anak akan menjadi anak yang patuh dan baik.

Pesanan ini khusus kepada para suami dan bapa.

Ingatlah bahawa isteri dan anak-anak adalah amanah buat kita. Cubalah sedaya  upaya mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kita. Jangan sesekali diabaikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa