Nasihat bagi yang Ibu Bapa yang Suka Marah-Marah

bapa

Bagi mereka yang suka marah-marah pada anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik.

1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?

2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?

3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia, mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan atau di telefon?

Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.

Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.

Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita. Perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?

Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?

Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?

Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?

Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa.

– nota nukilan Tuan Ibrahim Tuan Man. Semoga bermanfaat! 🙂

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Iklan: Adakah Tudung Sekolah Si Comel anda sukar dibasuh?

Tudung Sekolah Awning Lembut
Kita ada penyelesaian kepada masalah di atas dan ianya telah terbukti berkesan, alhamdulillah.

Pn Nadia Md Yusoof-1

Pn Zety

Pn Nordiana

Pn Siti

Tsc Hernawaty

 

Jemput ke Butik Online Mesra Smartphone (loading laju) kita di dengan klik pada butang di bawah:

Koleksi TudungSiComel

Published by

Muhamad Naim Abd Manaf

Muhamad Naim merupakan seorang guru dan pengasas kepada blog akuislam.com. Semoga segala apa yang dikongsikan memberi manfaat kepada semua ibu bapa pembaca laman ini.

50 thoughts on “Nasihat bagi yang Ibu Bapa yang Suka Marah-Marah”

  1. Bagaimana pula menangani anak yg sudah berusia 5 thun tapi masih suka menangis2 tanpa sebab..kekadang saya memujuk dgn baik dia masih tidak berhenti menangis. Setelah hilang sabar akhirnya saya memukul dan mengugut dgn berkata kalau tidak berhenti menangis ibu akan pukul. Adakah betul tindakan saya?

    1. Wassalam.. Penting untuk puan bersabar dengan karenah anak-anak. Mustahil untuk seseorang menangis tanpa sebab. Pasti ada sebabnya. Mungkin kerana ingin menunjukkan protes atau merajuk akan sesuatu perkara.

      Berlembut dan berhikmahlah dalam menyantuni anak-anak agar mereka menganggap puan sebagai insan yang boleh dipercayai, bukan sekadar menjadi orang yang perlu ditakuti.

      Jika masalah ini berlarutan dan tidak dapat dikenalpasti juga sebabnya, ada baiknya puan membawa anak berjumpa pakar kanak-kanak =)

    2. Puan boleh membaca buku how to talk so kids will listen dan peaceful parents happy kids dan rujuk web aha parenting dot com. Di facebook boleh rujuk Ibubapa cemerlang, Dr atau Prof Dr Rozieta. Banyak membantu kenal, interaksi, connect dan faham anak-anak. Inshallah

  2. Selalu berusaha untuk tidak marah pada anak.. Semoga terus terusan dapat baiki diri dan menjadi contoh pada anak. Anak kecil walaupun tidak melawan atau suka memberontak adalah pemerhati dan akan follow apa parents dia buat. Mungkin perangai dia adalah refleksi diri kita sebagai parents atau org sekeliling dia jadi jangan marah anak terus sebaliknya bertindak balas seperti mana yg kita mahukan dia bertindak seperti bertenang dan beri perhatian padanya.
    Ida recently posted..Kenali ruam – ruam pada bayi yang baru dilahirkanMy Profile

  3. kalau sayangkan anak tangan2kan. Jgn manjakan sgt nnti dah besar anak tu pulak yang sepak terajang kita. Melentur buluh biarlah dari rebungnya, setiap orang lain jalan mendidik anak2. Anak2 masa kecil tidak mengerti ERTI HORMAT, mereka tau ERTI TAKUT, jadi biarlah mereka takut dahulu, barulah faham bahasa apa itu ERTI HORMAT. jika tidak takut, maka tidak hormat lah mereka nnti.

    1. Berbeza nak tarbiyah anak kecil. Ikut cara Nabi saw. Boleh tegas tetapi bukan hingga rosakkan emosi anak. Anak kecil brain mereka belum develop begitu juga emosi. Kita nak siapkan anak yang boleh survive dalam dunia mencabar, emosi yang sihat dan akal yang cerdas, bukan anak yang tau takut atau sekadar hormat ibubapanya.

    2. setiap anak perangai dan sikap x sama..kalau baru seorang anak boleh la nak sabar dgn perangai dan sikap anak,kerana anak ni kalau kita berlembut,x de makna nye dia nak hormatkan kita,contoh banyak saya tgok depan mata.saya ada seorang kawan,dia sgt lembut org nye..dia mmg x penah pukul anak dia,sehingga la anak dia kurang ajar pada orang tua..pada satu hari tu kawan saya dia buat besday anak dia yg tu,then jemput kawan2 dtg umah,tau x apa yang anak dia buat??? anak dia pergi ketuk kepala suami kawan saya,dan mak budak tu kawan kami juga,mak dia boleh gelak2 anak dia buat mcm tu pada org tua..mcm tu cara kita didik anak kita,x dipukul,hanya dimarah,lama2 budak tu pun igt apa yg dia buat tu mak dia suka,kami semua terkedu dgn sikap anak dia,so ada la salah sorang kawan saya tegur,ehh ko gelak jer anak ko ketuk kepala suami org??lepas tu kami semua balik..anak mcm tu ke yg kita nak??x penah dipukul,selalu dimanja2 anak wat salah pun mak cuma ckp,akhirnya anak x hormat kt org..ikut nabi pun bukan x blh pukul anak,nabi pun ckp nak pukul anak bukan x blh,pukul anak tgok pada kesalahan dia,pukul hanya dikaki dan jgn dibadan,so sape kata nabi x pukul anak???kalau nabi x pukul anak,kenapa dia blh cakap blh pukul anak di kaki sahaja,tapi jgn dibadan.so btgantung pada ibu bapa nak mendidik anak2 mereka..generasi sekarang ni x boleh juga nak dimanja2 kan,tu sb bila dah sekolah,bila guru pukul,bila guru denda,mak bapak nak amik tindakan pada guru saman guru la dan mcm2 lagi..kita nak anak kita jadi seorang x berguna???so tepuk dada tanya selera…anak2 saya yg sulung dah berusia 15thun,no2 11thun,no3 6thun,dan no4, nak masuk 4thun..saya tegas dgn anak saya,kalau mereka melakukan kesalaha,kalau kesalaha kecil,saya cuma tegur jer mereka,tapi kalau mereka melakukan kesalahan besar,mmg saya akan pukul mereka di kaki..lepas tu saya ajak mereka berkumpul,saya borak dgn mereka,saya bg tau,saya pukul kerana saya sayang,saya tidak suka orang kata anak saya kurang ajar,dan saya x suka mereka tak hormat pada org bukan pada saja,pada adik beradik pun sama..igt la kawan2 semua nak ke anak kita jadi seorag yg x berguna tanpa dipukul dan dijentik,ptut la budak2 sekarang ni ramai yg x hormat dgn org tua,sb setiap kali mereka melakukan kesalahan kita marah mereka,kita tampa mereka,mereka kata ‘mak ayah aku x pernah marah aku,x pernah tampar aku’ mcm tu budak2 tu ckp,anak yg mcm tu ke kita nak???fikir2 la..jgn pandai ckp dan pandai bg nasihat je,alami dulu baru tau mcm mana…maaf kalau ada yg terguris…

      1. tak semestinya kita didik anak2 secara kasar,anak kita tak jadi manusia..saya ni ha masa kecik selalu kena pukul dgn ayah saya,itu yang membuatkan saya menjadi seorang yang berguna..bila saya dah ada anak2 saya akan cerita apa yg saya kena masa kecik2 dulu,saya ckp kt mereka,mereka bersyukur sb x dpt mak ayah mcm tu,tapi saya cakap,kerana mak ayah saya garang la dan silap saya sikit pun ayah saya pukul saya,bila saya besar elok jer x penah saya buat jahat,x pernah saya malukan mak ayah saya..saya berterima kasih kerana mak dan ayah saya tegas dgn saya,kerana ketegasan mereka lah saya menjadi manusia..bila kita dah ada anak,baru kita tau mcm mana..x semua budak yg blh ikut cakap mak ayah..manusia ni rambut sama hitam,tapi hati lain2,tapi sekarang ni pun rambut pun dah mcm2 kaler,sama la juga mcm anak2..

        1. xsama pkul n marah2,,ada parents yg marah anak bising2 sepahkan rumah,sdgkan anak bru 4 5 tahun, smpi pukul2 bagai,,cakap benda2 yg xelok sebab marah or serabut,,anak2 akan ingat smpi bila2, different dgn ibu bapa yg pukul dgn tujuan utk didik, tp bila kita da besar, kita selalu tend utk maafkan ibu bapa sebab bila da besar n lalui apa yg dorg lalui,baru kita faham kenapa dorg suka marah2

    3. Sebenarnya tak ada cara ‘universal’ untuk didik anak. Tengok la kesesuaian. Kena tengok juga faktor genetik. Mak ayah dia macam mana. Sosial pun kena ambil kira. kawan macam mana, cara membesar macam mana. Dari situlah mak ayah kena sesuaikan. Kalau kita ni jenis kasar, mmg anak kita pun kemungkinan besar akan jd kasar (gnetik), mungkin akan tahan kena rotan. Jadi kalu nak dia lemah lembut, mak ayah kena berpura-pura jadi lemah lembut, utk latih anak ubah sifat keturunannya. Kalau anak kita biasa dgn kawan yg bersopan santun, dia pun akan ikut. Tapi kalau berkwan dgn budak yg tak sopan, sdikit sebanyak akan ‘berjangkit’. Mak ayah tak boleh berkeras tak tentu pasal, sebaliknya kena jelaskan apa silapnya sebelum hukum. Pendek kata mendidik kena ikut konteks dan keadaan. Kalau perlu keras, keraslah. Kalau perlu berlembut, berlembutlah. Ada anak yg tahan kena rotan, ada yg tak. Ada yg suka dimanja, ada yg tak kisah. Mak ayah kena peka yg mana sesuai untuk dibuat pada anaknya.

  4. Saya ada anak 3 tahun..sgt aktif/susah nak dengar kata. lagi di larang lg dia buat. Perangai nya…buat sya rasa sentiasa jer nak marah..tp x pukul..Bagaimana cara yg paling berkesan cara nak ajar dia..Lagi satu husband selalu marahkn sya pasal sya x pukul anak. maksud nya juz cubit @ pukul lembut shj….

  5. Smlm marah ank dgn kasar.. hampir rotan..tp xrotan lg.dh byk saba ngn karenah dia.sllu buat kita hilang sabar.hopefully Allah tambahkan lg kesabaran spy lbh tahan ngn perangai ank.

  6. Anak pompuan umur 3 tahun mmg menguji sabar sy. Tiap kali buat hal sy akn bicara baik2 sbyk 3 or 4 kali dulu tp bila msh x dgr baru naik tgn. Adakah salah cara sy? Sbb sy tgk selagi x kene selagi tu x berenti buat perangai. Paling x tahan dia kelepet adik dia yg umur 7 bulan ni mcm bby doll…aduii…

  7. Salam..ank saya berusia 5 thn.. n bersekolah..masalahnye hile kat rumah ok jek..bile smpi pintu kelas mst nangis.. nak dimarah dipukul da kat sekolah..bile tanye kenapa nangis??tak de jwpn.. nak kata kwn2 kacau or cikgu yg garang..die kata x..saya xtau mcm mane nak buat..

    1. Cuba bawa jumpa cikgu yg lemah lembut. Minta tolong cikgu tu untuk tanyakan anak. Kadang-kadang lebih suka utk jawap. Tapi kalau dia jenis malu dgn orang, tak payah la. Bawa je ke taman tepi sekolah tu pun boleh. Tanya dia sambil main di taman.

  8. Tq ..info yg sgt bguna…berusaha merubah diri dlm mddidik anak2…info yg dpat sgt kena masa tgah menghadapi tekanan dgn perangai anak2…

  9. kdgkala kta stress dgn hal2 keje dn umhtga. sy slalu ingatkn diri spy control marah tp kdgkala cpt benar tinggi suara dgn ank yg x dgr ckp. ssh nak control diri sendiri sbnrnys..

  10. Setiap ibu bapa ada cara masing2 mendidik anak. Saya selalu gunakan pendekatan tegas dan lembut. Contoh, andaikata anak saya main pasu bunga, pertama saya akan tegur. Jika masih lagi buat, saya akan tegur dgn tinggikan nada suara. Sekiranya tak berkesan, saya akan alihkan pasu bunga ke tempat lain dan pukul lembut kaki anak saya sambil menegur. Proses ini bukan sekali dan bukan hari yang sama kita akan nampak kesannya. Proses ni perlu berulang. Bila proses ni berulang, maka anak2 kita akan belajar dan mula faham yg apa mereka buat tu salah. Kanak2 masih belum matang. Di peringkat umur ini, mereka lebih cenderung lakukan kesalahan sama berulang kali. Jadi tugas kita sebagai ibu ayah pula berulang kali menasihat dan bertindak. Pada saya marah itu perlu. Pukul pun perlu. Tapi itu semua bergantung pada situasi dan keadaan. Pukul jgn menyentuh bahagian muka dan jgn kuat. Pukulan berulang tapi perlahan. Mesti ingat, pukulan untuk mengajar bukan untuk menyakitkan anak2 kita. Dan yang paling penting, selepas kita marah atau pukul anak kita, kita perlu susuli dengan memujuk supaya emosi mereka tidak terasa jauh dgn kita, dan supaya mereka dapat faham tindakan kita demi kebaikan.

    Semua proses ni berulang. Dan mesti sabar. Anak kita amanah Allah. Didiklah dengan sebaik mungkin. Inshaa Allah.. 🙂

  11. Mendidik ank2 perlu sbr.. tp jika ank 2 by perangai x elok sy pn pukul jg. Spy diorg igt mende tu salah n xbt lg. Kdg2 diorg ni akn ulang blik kslahan tu tp kita kna beri peringatan sll. Kalo dh pukul atau mrh2 sy akan peluk2 dia mlm2 dn kalu lpg sikit sy dukung dia n kata ‘mak syg kakak’.. lapangkan sdkit masa utk stiap ank2 wlupun bz dgn ank2 lain atau lerja2 yg byk

  12. ank sy laki2 umr baru masuk 2tahun…slalu ja perangai dia wt sy mrah n stress..sy tw salah sy sbb ank sy masih sgt2 kcil lg…dia xtw pa yg dia wt..lg mrah lg dia wat,sy dh cuba n berusaha xmau tengking2 n pkul dia…(hanya pukul ringan2).sy tw suma 2 xkn wt kdaan lg baik.xda guna sy pkul n tengking2 dia…sdgkan dia msih xtw pa2 lg…mcam mna sy nk control mrah sy?sy rsa x mmpu nk control.sy sorg ibu yg bkerja n sgt2 stress dgn kdaan sekeliling…mgkinkah ank sy dh jdi mangsa keadaan??plsss..bantulah sy.sy terlalu sygkn ank sy…tiap kli lpas mrah n pkul dia mst sy menangis mnysal…

  13. sy dh cuba nk bcakap lmbut n xmo mrh2…tp x boleh!!sy sgt2 stress..sy tkt pa yg sy wt ney memudaratkn fkran ank sy yg tgh bkmbang..pa yg dia wt mst sy akn lrg n ckap jangan n tak boleh!!sdgkan suma 2 kn proses pembelajaran dia??time ok,sy ok…tp time mrah sy akn cakap pa yg sy nk cakap n lpas suma rsa mrah sy kt dia..tengking dgn nada yg kuat.kekadang sy agak malu ng jiran..tp time mrah sy dh x boleh control…mampukah sy berubah untuk ank sy???demi msa dpan dia….???

    1. Salam puan, sangat memahami masalah puan. Namun itu mungkin adalah ujian dari Allah kepada kita. Sesungguhnya sesuatu itu berlaku adalah bersebab dan tidak sia-sia.

      Mungkin Allah menguji puan melalui anak puan, wallahu alam. Dan itu tandanya Allah sayangkan puan.

      Bersyukurlah kerana puan paham situasi yang berlaku dan ada kemungkinan besar puan boleh mengubahnya.

      Pertama sekali mungkin dengan membanyakkan doa dan mohon pertolongan dari Allah swt. Yakinlah Dia sahaja yang dapat mengubahnya. Itupun sekiranya kita memohon doa dariNya.

      Mungkin puan boleh baca artikel yang dikongsi oleh Ustaz Yusuf Mansyur. Semoga ianya dapat sedikit sebanyak merungkai permasalahan puan. Wallahu alam.

      ANAK KITA MENDEDAHKAN SIAPA DIRI KITA…

      1.Jika anakmu BERBOHONG, mungkin sebab engkau MENGHUKUMYA TERLALU BERAT.

      2.Jika anakmu TIDAK PERCAYA DIRI, mungkin sebab engkau TIDAK MEMBERI dia SEMANGAT

      3.Jika anakmu KURANG BERBICARA, mungkin sebab engkau TIDAK MENGAJAKNYA BERBICARA

      4.Jika anakmu MENCURI, mungkin sebab engkau TIDAK MENGAJARINYA MEMBERI.

      5.Jika anakmu PENGECUT, mungkin sebab engkau selalu MEMBELANYA.

      6.Jika anakmu TIDAK MENGHARGAI ORANG LAIN,mungkin sebab engkau BERBICARA TERLALU KERAS KEPADANYA.

      7.Jika anakmu PEMARAH, mungkin sebab engkau KURANG MEMUJINYA.

      8.Jika anakmu SUKA BERBICARA PEDAS,mungkin sebab engkau TIDAK BERKONGSI DENGANNYA.

      9.Jika anakmu MENGASARI ORANG LAIN, mungkin sebab engkau SUKA MELAKUKAN KEKERASAN TERHADAPNYA.

      10.Jika anakmu LEMAH, mungkin sebab engkau SUKA MENGANCAMNYA.

      11.Jika anakmu CEMBURU,mungkin sebab engkau MENELANTARKANNYA.

      12.Jika anakmu MENGANGGUMU, mungkin sebab engkau KURANG MENCIUM & MEMELUKNYA

      13.Jika anakmu TIDAK MEMATUHIMU,mungkin sebab engkau MENUNTUT TERLALU BANYAK padanya.

      14.Jika anakmu TERTUTUP,mungkin sebab engkau TERLALU SIBUK.

      SUBHANALLAH…

      Inilah bahagian terkecil dari kebesaran ALLAH untuk kita. ALLAH Maha Besar.

      Dan ALLAH tidak segan menunjukkan siapa diri kita dengan mencerminkan anak kita. Maka dari itu, berubahlah menjadi peribadi yang baik, bertaqwa kepada ALLAH, dan takut kepadaNya.

      Dan bimbinglah anak kita agar dia menjadi generasi penerus bangsa, penerus dakwah, dan penerus sebagai doa jariyah buat kita kelak.

      Semoga ALLAH perkenankan kita untuk mendapatkan anak yang soleh solehah. Dan yang belum punya anak, semoga ALLAH beri segera anak yang soleh solehah. Dan yang belum menikah, Semoga ALLAH memberikannya jodoh dan segera dimantapkan hati untuk menikah dengan pasangan yang dikehendaki. Aamiin

      -Ustaz Yusuf Mansyur

      1. salam admin…tma ksih byk2 sbb sudi cri jln penyelesaian kt sy.mgkin btl Allah sdg mnguji sy,Allah mnguji sy dgn cra ni sja…minta di jauhkn dri ujian yg menyakiti family sy,mksud sy ank dan suami sy…sy x boleh hdp tnpa ank dan suami sy.tma kasih skali lg kat admin…salam.

      2. Salam,

        Terima kasih for the info…Situasi saya sama macam Puan lynda, kekdg mmg sampai menangis saya memikirkan hal ini. Saya takut salah mendidik anak. Saya rasa mmg mendidik anak lah yg paling sukar. Amat sukar untuk mendapatkan kesabaran. Walaubagaimanapun, saya akan cuba untuk buat terbaik untuk anak anak dan family tersayang..

  14. Proses mendidik anak-anak bukan setahun dua malah makan bertahun. Tidak semudah seperti yang disangka. Apa yg admin sampaikan adalah sebahagian cara mendidik anak. Panduan yg diberikan tidak semestinya berkesan dalam jangkamasa terdekat. Kalau anak berubah menjadi anak yg baik dan mendengar kata dalam masa terdekat tanpa banyak karenahnya, Alhamdulillah. Bagi yang tidak pula, bukan bermakna ia tidak berkesan, cuma mungkin mengambil masa lama sedikit (mungkin lama) untuk sesetengah anak itu berubah. Ibubapa dituntut untuk banyak bersabar kerana ini adalah dugaan yg Allah berikan kepada kita sebagai penjaga amanah. Allah ingin beri lebih pahala kepada kita sebagai ibubapa dalam bentuk sedemikian rupa. Itu tandanya Allah sayangkan kita. Mungkin kita juga boleh menggunakan pendekatan lain mengikut kesesuaian tempat, masa dan keadaan asalkan ia tidak memudaratkan anak. Apa pun yang kita lakukan mestilah berlandaskan ajaran Islam. Lakukan mengikut sunnah. In Sya Allah anak-anak kita pastikan akan menjadi sepertimana impian kita iaitu ANAK YANG SOLEH, mudah-mudahan. Sebagai ibubapa kita dituntut senantiasa lah berdoa dan memohon kepada Allah agar anak-anak kita senantiasa dilindungiNya , diberi pentunjukNya dan senantiasa di dalam redha Allah. ….(Peringatan untuk diri saya sendiri dan terima kasih admin kerana post ini kerana kadang-kadang teralpa seketika dalam mendidik anak-anak)

  15. Salam…terima kasih atas entry ini..sedikit sebanyak mampu jadi peringatan n pedoman dlm mdidik anak seharian..anak sy bru seorang umur sthun lbh llaki..llaki paham la kan lasaknya mcmane..bru nk rs pengalaman jaga anak n mdidik dia..byk btnye dr kwn2 yg berpengalaman mjaga rmai anak selain bc blog2 keibubapaan n motivator2 cth prof dr rozita.stakat ini sy cuma melarang anak sy ble dia buat salah..kadang ble sy marah dia masih buat…skali sy tegur..kedua pon sy tegur..kali ketiga sy ckp klau ape2 tjadi atas pbuatan dia klau dia menangis sy cubit dia..tp slalunye ble dgr mcm tu dia xbuat dh..cth dia lari..sy ckp jgn lari nnti jatuh..dia lari lg..sy larang lg..klau dia lari lagi pas larangan ke 3 sy ckp..mama dh ckp klau lari nnti jatuh..klau jatuh nnti jgn nk menangis mngadu kat mama..mama tmbah lg sakit mama cubit..slalu arahan ke3 dia xbuat dh.slalunye pas sy larang sy akan explain kenape bnda tu xblh buat.tp klau bnda yg bahaya mcm main kipas masuk dlm toilet sy mmg halang terus n ambik dia terus dr tmpt atau keadaan berisiko tu..alihkan phatian dia bg mainan yg lain..ckp je bkn nk dgr..myb anak sy msh kecik lg..harap sy dibagi ketabahan n kesabaran dlm mdidik anak jd anak yg soleh n bguna.

  16. saya mpunyai 3 org anak. Anak sulung lelaki darjah 1, perempuan Tadika 4thn dan lelaki anak sthn stgh. Si abg dah mula mengambil wang saya tanpa beritau. kali pertama RM60, RM10 dan syiling tabung. bila terjumpa, jwbnya nak beli buku. Si kakak pulak dah 4 thn tp bercakap tak lengkap. ada kenalan cdang ajo die menyanyi. Tune ada cuma separuh2 kata. Yang si usu lak smgg dua ni suka jaga mlm. Bila die haus, dia menangis. sy akan tjaga dr tido dan buatkan susu. kalu dulu lps minum susu, tido. Ni tersengih2 gelak. ada mudarat tak sy tggl tido.
    minta pandangan.

  17. salam…
    sya nk brtnya,sy ad ade 3org ank yg sulug drjh 1 yg kdua 6thun dn yg ktiga 1 thn.
    ank sya yg no 1 ssh utk mbca buku wlaupn nk exam bila d srh bca hndk mngis,hentak2 kaki dn mcm2,geram di buatnye.adk2 nye akn mgikut..sya dh xthu hndk buat apa lg….
    mntk ktrgan blh?

  18. saya suka memarahi anak,supaya dia tidak lagi berkelakuan yg tidak sopan di hadapan orang ramai,makin saya marah,makin menjadi perangai dia,saya cuba megikut rentak dia tapi gagal,kadang2 saya tidak tahan dengan sikap dia lalu memukul dia,kadang2 hati rasa sayu.saya bukan seorg yg penyabar.mintak pendapat.
    umur anak pertama 2thn 7bln
    anak kedua 6bln.

  19. Saya ada anak sedara umur 13 tahun, dia ni dh start gayut kt telefon n xsuka ikut mak ayah dia g mana2. just nk duk umah je. sy jesian sebenrnya sbb mak ayah dia jnis mengongkong. smpaikan nk cr info utk school project pun xbg. dia stress rasanya. camne ye nk tlg? makcik sy duk tnye mntak sy lak advise..

  20. knapa aku slalu kna mrah dgn bpak aku..pdahal aku cma nk sronok2 dgn mmber aku..aku kluaq sakgi dia trut..aku bnci hdup mcm nyy ..aku kcewa ada kluarga mcm nyy..aku sperti anak smpah..mreka anggap aku nyy….bkan ank dpa..aku x dak prasaan..aku bnciiiiiii..aku hrap ustaz atau ustazah tlong beri aku sdikit nsihat..

    1. Hidup awak sama seperti hidup saya sekarang…saya selalu dimrahi oleh ibu bapa saya tak tau dimana salah saya sampaikan saya dipukul dengan family saya sendri dengan begitu teru sekali…kekadang saya stress dengan kehidupan saya sekarang ibu bapa saya selalu melebih ii kan anak jagaan dia sendiri sedangkan anak sendiri masih tekontang kanting untuk mempelajari dunia…sampai satu hari ibu bapa saya tergamak halau saya dari rumah kerana saya hanya menegur kesilapan budak umur 10 tahun yang suka terikut ii perangai orang tua…saya begitu sedih sangat ii bila saya selalu tengok kawan ii saya ibu bapa mereka boleh layan mereka dengan baik…saya teringin nak keluarga happy ending tapi makin lama makin teruk…..saya harap ustaz @ ustazah tolong bagi serba sedikit nasihat…😊😊😊

  21. Salam.

    Saya seorang ayah kepada 2 orang yang berumur 18 bulan dan 3 bulan.

    Abangnya selalu menangis merajuk kalau permintaan dia tidak dilayani. Tetapi saya suka melayannya dengan lemah lembut. Saya hanya akan tegas kalau dia buat benda yang membahayakan dirinya dan orang lain.

    Tetapi orang sekeliling mengatakan saya terlalu manjakan anak. Tetapi saya tidak peduli semua itu. Sebab anak saya masih kecil dan perlu diberi perhatian.

    Saya berdoa semoga anak2 saya dan isteri saya sentiasa mengikut amalan yang islam ajar. Bukan sekadar mengikut nasihat orang tua membuta tuli.

  22. Assalamualaikum smua,

    Saya seorg ibu pada anak umur setahun sebulan. Saya terlalu kerap marahkan anak sampaikan benda kecik pun saya tinggikan suara. Suami kerap tegur saya sebab terlalu keras/marah anak. Saya tak tahulah kenapa saya cepat naik angin cpt melenting. Kadang2 saya benci dgn perangai saya ni. Kenapalah saya tak boleh jadi ibu yang lembut pada anak saya. Adakah kerana faktor tak jaga pantang dengan betul? Adakah kerana faktor saya bersalin caesar ? Adalah kerana faktor kepenatan mgemas, memasak dan mjaga anak? Kadang2 saya mrasakan saya perlukan bantuan kaunseling tangani sikap pnas baran sy yg xmenentu ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WordPress Anti-Spam by WP-SpamShield