Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak, ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak, ia tetap menerangi

Bagaimana Menanam Motivasi Belajar dalam Diri Anak?

motivasi
Motivasi ~ image by pinterest

Rendahnya kemahuan belajar pada sebahagian anak-anak pada masa ini membuatkan ramai dikalangan kita ibu bapa menjadi cemas dan bimbang.

Sebenarnya apakah makna sebenarnya motivasi?

Motivasi adalah suatu mangkin yang menimbulkan dan menyemarakkan keinginan, keberanian dan kesungguhan dalam bagi mencapai sesuatu matlamat.

Ia adalah satu cabaran yang benar-benar diingini serta diyakini dapat dicapai atau diperoleh.

Malah, ia adalah simulasi atau semangat akibat rangsangan atau keghairahan terhadap sesuatu yang benar-benar diingini yang menyebabkan seseorang mahu melakukan sesuatu perkara bagi mencapai tujuan.

Alasan atau tujuan yang kita sampaikan juga harus benar, kerana apabila salah arah, motivasi  belajar tidak bertahan lama, malah cepat pudar dan luntur.

Berdasarkan pengalaman dan hasil kajian yang dijalankan, kebanyakkan ibu bapa memaksa anak mendapat pencapaian cemerlang dalam peperiksaan.

Ada juga ibu bapa yang ingin anak selalu mendapat hasil sempurna 100 peratus, sehingga apabila anak pulang dengan nilai 90 peratus, mereka akan dimarahi.

Akibatnya, prestasi belajar anak tidak bertahan lama. Mengapa?

Ini kerana ketika masih kecil, anak perlu berasa tenang. Motivasi timbul apabila anak mendapat kasih sayang yang lurus dan tanpa dipaksa daripada ibu bapanya.

Bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya anak dimarahi kerana tidak dapat memenuhi kemahuan yang ditetapkan oleh ibu bapanya?

Pasti motivasi sudah ada dalam diri anak mulai hilang.

Anak kehilangan perasaan tenang kerana berasa tidak dapat menggembirakan hati ibu bapa, iaitu membawa pulang keputusan yang tidak cemerlang.

Apabila perasaan ketenangan hilang, dorongan untuk berjaya mulai mendapat tekanan berat. Akhirnya, apabila anak sudah berada  di sekolah menengah, pelajarannya juga semakin berat dan semakin sukar . Ini menyebabkan anak sudah hilang minat untuk belajar.

Oleh itu, apa yang dapat dilihat, anak dipaksa tidak pernah bertahan lama dalam mencapai kecemerlangan.

Perkara penting lain yang dapat kita tanamkan dalam diri anak adalah proses belajar. Belajar adalah usaha bagi mendapatkan  kepandaian dalam menuntut ilmu.

Belajar perlu dilakukan secara terus menerus-menerus supaya anak membesar menjadi pencari ilmu seumur hidup. Jangan sampai anak berfikir, kegiatan belajar hanya dilakukan ketika masih duduk di bangku sekolah sahaja sehingga tamat sekolah, proses belajar tamat.

Kini, bagaimana kita menanam motivasi dalam diri anak supaya mereka belajar untuk diri sendiri?

Ada tiga perkara utama yang harus dibentuk terlebih dahulu dalam fikiran dan pendidikan sebelum masuk pada kaedah atau teknik memotivasikan anak.

1. Berani Menjadi Diri Sendiri

“I do not try to dance better than anyone else. I only try to dance better than myself. ~ Mikhail Baryshnikov

Kita harus meyakinkan setiap anak bahawa mereka adalah unik. Tidak ada yang disamakan di dunia ini walaupun ada saudara kembar sekalipun.

  • Anak harus mengenali dirinya dahulu. Tahu kekurangan dan kelebihan anak masing-masing. Cara belajar setiap anak juga berbeza.
  • Ibu bapa memegang peranan penting dalam menyampaikan nasihat ini kepada anak. Apabila anak tahu mereka tidak dibandingkan dengan orang lain, maka tidak ada beban psikologi ketika diminta bagi mencapai kejayaan.
  • Anak lebih berusaha mencari dan mengembangkan semua potensi yang ada dalam dirinya.
  • Selanjutnya tanam dalam diri anak-anak mereka mampu dan memiliki kesempatan untuk terus menjadi lebih baik lagi berbanding hari ini, asalkan mereka mahu.

Sekiranya ada kemahuan, pasti ada jalan. Maknanya, kebaikan atau peningkatan yang berkesinambungan perlu dilakukan supaya  anak boleh mencapai prestasi maksimum sesuai dengan kemampuan yang ada.

2. Berani untuk Bermimpi

Shoot for the moon. Even if you miss,you’ll land among the stars. ~ Brian Littrell

Ketika anak masih kecil, pernahkah kita bertanya sekiranya sudah besar nanti mereka mahu menjadi apa?

Semakin tinggi cita-cita, semakin kita memiliki kaedah bagi mendorong mereka. Ini  kerana bagi mencapai impian memerlukan usaha dan kerja keras.

Sebagai contoh, sekiranya impian pekerjaan seorang adalah ingin menjadi imam ataupun doktor, maka kita mulai membentuk perkara yang positif dalam diri mereka.

Tanyakan kepada mereka, “Sekiranya hendak menjadi imam ataupun doktor, perlu ataupun tidak mendapat pencapaian yang baik dalam pelajaran hafalan ataupun matematik? Bagi mendapat pencapaian yang baik, perlu ataupun tidak belajar dengan gigih dan rajin?”

Kunci utama adalah tetapkan impian setinggi mungkin, kemudian beri dorongan positif bagi meraih impian itu.

motivasi 2Disini, ibu bapa perlu pandai dan hati-hati dalam mencari dan mengarahkan anak dengan pertanyaan-pertanyaan yang membangunkan diri mereka.

Bandingkan sekiranya ibu bapa bertindak negatif ketika mendengar anak ingin menjadi imam kelak. Contohnya, “Apa yang diperlukan bagi menjadi imam? Hafalan kamu masih kurang baik, mana mungkin kamu boleh menjadi imam. Jangan mimpilah!”

Dapatkah kita bayangkan apa yang terjadi sekiranya ibu bapa merendah-rendahkan kemampuan diri anak?

Kepercayaan diri anak tidak akan terbentuk sekiranya mereka sering dicemuh, apatah lagi cemuhan daripada orang yang paling dekat dengan mereka.

Ibu bapa perlu yakin dan percaya bahawa anaknya mampu berjaya, dengan izin Allah SWT.

Lazimnya, kata-kata ibu bapa sangat berpengaruh dan berperanan sama ada sebagai racun ataupun ubat yang mujarab.

Oleh itu, berhati-hati dengan kata-kata yang kita ucapkan kepada anak-anak. Mulailah memupuk fikiran yang positif dalam diri dan anak kita.

3. Berani untuk Gagal

Success is not final, failure is not fatal. It is the courage to continue that counts. ~ Winston Churchill

motivasi 3Ada ibu bapa memaksa anak untuk belajar kerana takut mendapat pencapaian yang buruk. Sehingga secara tidak langsung, ibu bapa menanamkan dalam diri anak supaya jangan sekali-kali gagal.

Padahal kegagalan itu berguna sebagai proses untuk berjaya. Kegagalan membuatkan anak kita lebih kuat dan tahan diuji dalam kehidupannya kelak.

Kesimpulan

Ingat, jika kita menunjukkan kekecewaan kita kepada anak-anak, maka mereka akan lebih kecewa lagi dan ini tidak memperbaiki keadaan yang ada.

Sebaliknya apabila kita tidak menunjukkan kekecewaan pula, bukanlah bermakna anak-anak tidak mengetahuinya. Dia juga punya fikiran dan perasaan, dan dapat mengesan kekecewaan hati kita.

Tetapi apabila kita bersikap positif dan terus memberikan mereka harapan, maka mereka pasti lebih berusaha bagi menebus kesilapan diri dan memberikan kita suatu pencapaian yang tidak disangka-sangka.

Semoga bermanfaat 🙂

2 comments

  1. Anak AA sangat malas buat homework.umur dia belum 5 tahun lagi.utk mulakan homework tu kena paksa dulu.duduk sebelah dia, tgk dia buat.

    1. mungkin AA kna teruskan dengan cara itu. Temankan dia mengulangkaji pelajaran disamping ajar dan galakkan dia supaya terus belajar. Lama2 InsyaaAllah dia akan faham dan minat belajar akan datang sendiri 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

100% Risiko Ditanggung

Bungkusan anda hilang semasa penghantaran? Kita akan pos baru.

Jaminan 180 Hari

Jika anda tidak berpuashati atau ada sebarang masalah, boleh tukar atau refund.

Penghantaran 7 Hari Seminggu

Kita proses semua tempahan dan penghantaran setiap hari.