Mencium Bibir Anak Bukan Tabiat Yang Sihat !

Siapa tidak suka pada bayi baru lahir dan kanak-kanak kecil. Mendakap dan menciumnya merupakan perbuatan biasa. Ada sesetengah disebabkan terlampau geram sehingga mencium bibir anak tersebut setiap kali mendukung atau mendakapnya.

Wangi barangkali. Baru lahir dan masih suci. Perkataan-perkataan mudah juga masih belum mampu untuk disebut. Jauh lagi mengumpat.

Mencium Bibir Anak
Kredit Gambar : Shutterstock

Namun tahukah anda bahawa perbuatan mencium mulut atau bibir anak boleh mendatangkan kesan mudarat kepada dirinya.

Ibu bapa yang mempunyai masalah karies gigi mempunyai risiko untuk menyebarkannya pada anak-anak.

Dr Michael Chong
Pakar Pergigian Kanak-Kanak

Tabiat mencium bibir atau mulut bayi dan anak kecil boleh menyebabkan terjadinya pelbagai jenis masalah kesihatan.

Mencium Bibir Anak
Kredit Gambar : Shutterstock

1. Karies Gigi

Insiden karies gigi pada awal usia boleh terjadi disebabkan ibu bapa atau ahli keluarga yang sering mencium bibir anak atau pada kawasan mulutnya.

Ia boleh menjadi faktor tersebarnya bakteria-bakteria mulut daripada sang pencium kepada anak atau bayi tersebut.

Kredit Gambar : Shutterstock

Bakteria-bakteria yang terkumpul dalam mulut bayi itu lalu bersarang dan berkembang lalu menghakis lapisan-lapisan pada gigi-gigi yang baru tumbuh.

Seterusnya terjadilah fenomena gigi berlubang di usia yang sangat-sangat kecil. Menyedihkan sekali.

Ia bukan sahaja boleh terjadi melalui ciuman pada bibir, malah perkongsian sudu yang sama juga boleh mendatangkan kesan yang sama kerana penyebaran tersebut boleh terjadi melalui medium air liur.

2. Virus Influenza

Bagaimana jangkitan virus seperti selesema, batuk dan demam boleh terjadi dengan hanya satu ciuman pada bibir anak ?

Ia tidak mustahil ya. Kerana virus pada hakikatnya boleh tersebar dengan cara yang sama terjadinya penularan wabak COVID 19.

Kredit Gambar : Getty Images

Melalui titisan cecair percikan air liur atau kahak ketika batuk dan bercakap ia boleh tersebar dengan mudahnya pada anak tersebut. Tambahan lagi jika anda mencium bibir anak.

Makin bertambah lagi risiko jangkitannya.

3. Virus Herpes

Jangan terkejut jika terdapat kes di mana bayi berusia seawal 18 hari boleh meninggal dunia akibat jangkitan Herpes yang terjadi setelah dicium oleh ahli keluarga.

Ada satu kes ni terjadi pada bayi yang usianya baru 18 hari. Dalam masa 2 jam je lepas dicium oleh ahli keluarga yang lain, mak nya perasan dia dah mula lembik dan tak nak menyusu.

Apa lagi, kelam kabut terus ke hospital. Sampai je kat sana, tengok-tengok pernafasannya pulak bermasalah dan organ badan sebahagiannya gagal berfungsi.

Kesian sangat.

Bila disiasat, barulah tahu rupanya si kecil tu mengalami jangkitan virus Herpes yang tersebar melalui ciuman.

Ujar Dr Ahmad Luqman Bukhari dalam sebuah perkongsiannya di laman Twitter.

Jangkitan tersebut mungkin tampak ringan bagi golongan dewasa, tetapi hal sebaliknya akan terjadi jika ia berlaku pada anak-anak kecil.

Komplikasi-komplikasi serius boleh terjadi pada organ-organ penting dalam badan seperti paru-paru, jantung dan buah pinggan berkemungkinan besar membawa maut jika tidak dirawat dengan segera.

4. Cacar Air

Sejenis jangkitan yang biasa terjadi pada kanak-kanak awal usia. Berpunca daripada Virus Varicella. Nama lainnya adalah Chicken Pox atau Kayap dalam Bahasa Melayu.

Virus ini boleh merebak melalui sentuhan atau percikan cecair air liur atau hingus seseorang apabila ia batuk atau bersin.

Mencium Bibir Anak
Kredit Gambar : Getty Images

Jadi jika terdapat tetamu yang sedang menghidapi cacar air bertandang ke rumah untuk menatap bayi baru lahir, pastikan anda arahkannya untuk pulang terlebih dahulu.

Dan datang semula selepas dirinya sudah pulih.

Bukan bermaksud untuk biadap. Tetapi ia adalah tindakan yang terpaksa dilakukan demi melindungi si manja yang dikasihi.

Kalau tidak, baru lahir sudah terjangkit dengan cacar air. Lagi menyedihkan.

5. Jangkitan Paru-Paru

Masalah jangkitan paru-paru atau Pneumonia sering kali terjadi disebabkan oleh bakteria Streptococcus Pneumoniae.

Medical MRI  Scan : Stock Photo
Kredit Gambar : Getty Images

Ia juga boleh disebarkan melalui percikan cecair apabila seseorang bercakap, bersin atau batuk. Sudah pasti ia juga mudah berjangkit pada bayi dan anak kecil apabila seseorang yang menghidapi Pneumonia mencium bibir anak.

Penutup

Jangkitan virus dan bakteria seperti yang dinyatakan di atas tampak seolah-olah sebagai suatu yang ringan.

Tetapi anda perlu beringat dan sentiasa berwaspada. Sistem imun badan kanak-kanak dan bayi tidak sama seperti golongan dewasa.

Mereka masih kecil dan lemah. Organ-organ penting pun masih belum berkembang dengan sempurna. Diri mereka masih rapuh.

Atas sebab itu, sebarang bentuk masalah kesihatan boleh mendatangkan komplikasi yang membahayakan nyawa mereka.

Ibu dan Ayah jangan lupa untuk sentiasa beringat. Sayangilah nyawa si manja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa