Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa mendidik anak cara Rasulullah S.A.W adalah asas untuk mencorak dan mewarnai karakter yang baik pada anak. Kerana, Baginda adalah mentor yang terbaik dalam semua bidang. Oleh itu, dalam lingkungan 7 tahun ke bawah, kita perlu memanjakan dan beri kasih sayang yang tiada batas. Biarkan mereka dicurah kasih sayang pada fasa ini.
Apabila jelang umur 7 hingga 14 tahun ke atas. Rasulullah S.A.W mengajar kita untuk mendisiplinkan dan bertegas pada anak-anak untuk mengerjakan solat fardhu dan segala perintah Allah S.W.T. Berdasarkan pada pakar, selayaknya pada umur ini adalah waktu yang sesuai untuk pembentukan seorang anak. Dalam hal ini, Rasulullah S.A.W mengatakan bahawa setiap bayi yang lahir adalah suci.
Ibubapa lah yang akan mencorakkan sama ada bayi itu membesar dengan ajaran yang betul atau sebaliknya. Umpama kita diberikan kertas putih yang kosong, dan kita yang melukis dan mewarnai lukisan itu.
Mereka masuk saja fasa remaja dan dewasa iaitu 15-22 tahun ke atas. Ibubapa harus menukar cara mendidik anak. Dari bertegas tukar kepada berasional. Melayani dan menjadikan mereka sahabat dalam perbincangan setiap masalah yang dihadapi.
Sebenarnya, mereka perlukan pendapat yang baik dari ibubapa dan pendapat yang matang. Hal ini penting, agar mereka boleh berfikir panjang dan luas dalam mengatasi setiap situasi dan dapat membezakan mana yang elok mana yang buruk. Secara tuntas, punca masalah tata tertib dan jenayah berlaku berkemungkinan lemahnya didikan iman dan cara didikan yang salah.
Sebahagian ibubapa menafikan hal ini kerana mereka tidak sedar akan kekerasan dan ajaran mereka yang tidak kena cara dan membuta tuli tanpa melihat perkembangan umur anak-anak akan menjejaskan perkembangan di masa yang akan datang.