Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak, ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak, ia tetap menerangi

Mengapa Penting Mendampingi Anak Dalam Semua Perkara?

anak
Anak-anak kita perlu sentiasa didampingi!

Anak-anak sememangnya suka kalau dapat berkongsi cerita dan pengalaman mereka kepada ibu bapa. Jika kita pandai melayan, maka mereka tentu menjadikan kita tempat meluahkan perasaan, meminta nasihat, memberi pandangan dan sebagainya.

Jika ibubapa tidak menggunakan kesempatan ini, maka anak-anak akan berpaling kepada rakan-rakan mereka. Malah ada yang mencari kakak angkat dan abang angkat.

Jika orang yang didampingi ini orang yang baik akhlak dan pekertinya, maka selamatlah anak-anak kita.

Tetapi, apa pula yang terjadi apabila orang yang didampingi itu nanti adalah orang yang buruk akhlaknya dan suka mengambil kesempatan dan sebagainya?

Maka hancurlah masa depan anak-anak kita.

Oleh itu, jangan biarkan orang lain mengambil ruang yang dikosongkan oleh kita dalam hidup anak. Pastikan kita yang mengisi ruangan ini.

Malah ramai anak-anak yang rosak akhlaknya kerana bergaul dengan mereka yang lebih dewasa daripada usia mereka.

Apabila anak-anak kita berkawan dengan orang yang lebih berusia atau senior, mereka rasa selamat. Mereka rasa tidak ada orang yang berani membuli, mengejek dan mempersendakan mereka.

Malangnya, kawan-kawan yang mereka pilih ini bukan daripada kalangan mereka yang baik akhlaknya. Maka berlakulah pelbagai masalah gejala sosial seperti yang kita dengar dan lihat dalam media seperti merempit, zina, hedonisme, lepak, rokok, dadah dan seumpama denganya.

Bila kita mendampingi anak-anak

Apabila ibu bapa mendampingi anak-anak, maka secara tidak langsung kita tahu aktiviti dan pergerakan mereka. Anak-anak sendiri juga secara tidak langsung melibatkan diri dalam aktiviti yang sihat dan memilih kawan-kawan yang baik.

Apabila kita bersikap terbuka dengan anak-anak maka mereka mula meletakkan kepercayaan kepada kita dan mula berbincang dengan kita mengenai pelbagai perkara yang berkaitan dengan hidup mereka.

One comment

  1. Syuhada Baharudin

    perkongsian yang baik. terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

100% Risiko Ditanggung

Bungkusan anda hilang semasa penghantaran? Kita akan pos baru.

Jaminan 180 Hari

Jika anda tidak berpuashati atau ada sebarang masalah, boleh tukar atau refund.

Penghantaran 7 Hari Seminggu

Kita proses semua tempahan dan penghantaran setiap hari.