Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak, ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak, ia tetap menerangi

Anda Silap Bila Mengungkit Kesalahan Anak Yang Telah Lepas

kesalahan

Kesilapan ramai ibu bapa: Mengungkit Kesalahan Anak Yang Telah Lepas

Semestinya anak-anak kita tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Tiada seorang yang terlepas dari melakukan kesalahan termasuk kita yang dewasa ini.

Namun, selalunya kesalahan si anak yang telah lepas-lepas, suka untuk kita ungkit kembali dan tidak jemu pula kita bertanya berulang kali.

Sehinggakan kesalahan  mereka yang lepas-lepas itu boleh kita ungkit seolah-olah ia tersenarai rapi di fikiran kita.

Mungkin, kita mengharap apabila kita mengungkit kesalahan mereka, ia dapat menyedarkan mereka daripada perilaku buruk yang sedang mereka lakukan sekarang.

Contohnya, “Tengok dinding yang kamu conteng ini. Sia-sia sahaja ayah dan emak cat baru. Dari dulu sampai usia kamu enam tahun, perangai kamu tak pernah berubah. Kamu ini betul-betul  menyusahkan!”

Tetapi apa yang menghairankan mengapa anak-anak bagaikan tidak memahami apa yang kita suarakan itu?

Malah yang terjadi adalah sebaliknya.

Mereka berasa lebih sakit hati dan kata-kata kita itu bagaikan mengingatkan mereka bagi mengulangi kembali perilaku yang sama seperti dahulu.

Apakah yang dapat kita lakukan bagi mengubah perilaku anak supaya mereka mendengar kata-kata kita?

Ungkit-ungkit perilaku buruk yang dilakukan oleh anak pada masa yang lalu tidak menjadikan anak kita sedar dan mengakui kesalahan mereka.

Malah anak-anak lebih cenderung menjadi keliru pada perilaku dan perbuatan mereka. Mereka cuba menghindari diri mereka daripada dimarahi oleh kita.

Adakah kita suka apabila ada orang mengungkit perilaku buruk kita? Sudah tentu tidak.

Malah, kita berasa marah dan mencemuh pengungkit itu. Begitulah apa yang dirasai oleh anak.

Pernahkah kita peduli pada kata-kata kita terhadap anak-anak?

Dahulu kita juga pernah kecil dan pernah mengharungi situasi yang lebih kurang sama dengan hidup anak-anak kita sekarang.

Tetapi, mengapakah hal yang sama terjadi pada diri anak kita?

Sebaik-baiknya, apabila kita mahu menegur kesalahan yang dilakukan oleh anak, peluk dan renung ke dalam mata anak sambil berkata, “Menconteng pada dinding adalah tempat yang salah dan tidak betul. Tempat yang betul adalah diatas kertas. Sekarang , jom kita sama-sama bersihkan dinding ini.”

Ataupun, “Lukisan kamu memang cantik, tapi jika kamu lukiskan lukisan ini diatas kertas mesti lebih cantik dan menarik”

Pesanan seperti ini lebih bertahan lama dalam ingatan anak-anak berbanding kita mengungkit kembali kesalahan mereka yang telah lalu.

Apabila kita menegur dan menasihati mereka dengan cara yang betul, ia bukan sahaja menyenangkan hati anak, malah mereka mengingat kembali kesalahan mereka yang pernah dilakukan.

Apa-apa pun masalah anak selesaikanlah dengan cara yang baik

Oleh itu cukuplah kita sekadar menasihati bersama dengan kata pujian dan kata-kata yang baik.

Anak-anak pasti bukan setakat mahu bekerjasama dengan kita, malah mereka juga lebih menghormati  dan bertimbang rasa dengan kemahuan kita.

“Wah, mak tak sangka mempunyai anak yang bijak. Mak bangga mendapat anak seperti kamu. Kamu bukan sahaja sedar silap kamu, tetapi kamu juga lebih jujur dan berterus terang.”

Penutup

Ini adalah contoh bicara yang wajar kita terapkan dalam diri anak-anak apabila mereka mengakui kesalahan yang  mereka lakukan.

Maka dengan sendirinya anak-anak suka mendengar nasihat daripada ibu bapa. Mereka mudah mengakui kesalahan dan hidup mereka akan lebih cemerlang, InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

100% Risiko Ditanggung

Bungkusan anda hilang semasa penghantaran? Kita akan pos baru.

Jaminan 180 Hari

Jika anda tidak berpuashati atau ada sebarang masalah, boleh tukar atau refund.

Penghantaran 7 Hari Seminggu

Kita proses semua tempahan dan penghantaran setiap hari.