Pelantikan Chief Strategy Officer Bagi SBZ Prima Sdn Bhd

Alone we can do so little, together we can do so much…

Helen Keller

SBZ Prima Sdn Bhd telah melantik Encik Ahmad Saifulzaman Bin Mahadi sebagai Chief Strategy Officer(CSO) bagi mengemudi syarikat untuk berkembang ke peringkat yang lebih tinggi.

Perlantikan ini bermula pada 1 Disember 2023 dan beliau telah diberi penerangan berkaitan pengoperasian syarikat dan perincian berkenaan Visi dan Misi syarikat.

Beliau secara asasnya akan membantu SBZ Prima Sdn Bhd untuk bergerak lebih jauh dengan membentangkan strategi dan melaksanakan rancangan-rancangan jangka masa pendek dan panjang yang dirasakan dapat memberi impak positif kepada perkembangan syarikat seiring dengan Visi dan Misi syarikat.

Beliau juga akan memberi nasihat dan berbincang dengan CEO dan team pengurusan dari masa ke semasa berkaitan perancangan yang ingin dilaksanakan dan dirasakan sesuai.

Pemilihan beliau sebagai CSO adalah berdasarkan profil dan pengalaman serta kepakaran beliau selama ini. Selain itu syarikat juga yakin dengan semangat beliau yang tinggi dapat membantu memberi nilai tambah kepada syarikat.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Beliau akan memfokuskan kepada 3 elemen utama iaitu Pengurusan Syarikat, Kolaborasi dan juga Pemerolehan Dana.

1. Pengurusan Syarikat 

a. Membantu dan memberi nasihat bagaimana pengurusan dan pengoperasian syarikat dapat diperbaiki serta ditambah nilai agar syarikat lebih berdaya saing dan mampu berkembang dengan lancar.

b. Memastikan pengurusan, pengoperasian dan dokumentasi syarikat sentiasa dalam keadaan bersedia untuk dinilai oleh pemberi dana dan juga syarikat-syarikat yang ingin berkolaborasi pada sebilang masa.

2. Kolaborasi 

a. Mengenal pasti dan melaksanakan projek usaha sama, M&A dan peluang perkongsian strategik yang mungkin dapat memberi manfaat kepada perkembangan syarikat.

3. Dana

a. Mengenalpasti peluang dan membantu untuk mendapatkan dana bantuan dari segi geran, pembiayaan (patuh syariah), angle, VC dan sebagainya agar syarikat dapat memanfaatkannya untuk lebih berkembang maju dan seterusnya memberi nilai tambah  kepada lebih ramai insan yang terlibat dengan perniagaan ini.

Diharap dengan perlantikan ini, dapat membantu SBZ Prima Sdn Bhd untuk terus berkembang dan akan terus dapat membari manfaat kepada lebih ramai insan dari segi peluang kerja dan juga peluang untuk jana pendapatan hanya dari rumah kepada Rakan-rakan Usahawan(Agen).

Semoga Allah rahmati usaha ini dan semoga dikurniakan kejayaan untuk SBZ Prima Sdn Bhd dan juga semua insan yang terlibat dengan perniagaan ini. Aamiin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa