Pada 7 Disember 2023, pihak akauntan yang dilantik iaitu AMR Business Consultant telah membuat perbentangan prestasi kewangan SBZ Prima Sdn Bhd bagi suku kedua 2023.
Pembentangan dilakukan oleh En Haziq dan Puan Wani. Beberapa perkara telah dibuat ketetapan untuk dibuat semakan semula dan kemaskini.
Antara perkara yang dibincangkan juga adalah berkaitan Zakat yang perlu dibayar oleh syarikat dan Pengarah-pengarah Syarikat.
Semoga urusan perniagaan kita dirahmati Allah, aamiin.
Mudah-mudahan dengan pengurusan akaun yang baik, dapat membantu syarikat berkembang dengan lebih terurus seiring dengan perkembangan semasa.