Semakan Prestasi Kewangan Syarikat Bagi Suku Pertama 2023

Untuk memastikan pengurusan perakaunan SBZ Prima Sdn Bhd (TudungSiComel) diuruskan dengan baik dan mengikut standard pematuhan perakaunan yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia, kita telah melantik pihak AMR Business Consultant untuk membantu.

AMR Business Consultant - Servis Perakaunan

Selain menyediakan khidmat perakaunan, mereka juga memberikan khidmat nasihat bagi memastikan syarikat dapat menguruskan dokumen dan perbelanjaan agar mematuhi standard pematuhan sediaada.

Pada 5 Oktober 2023, wakil dari AMR Business Consultant telah membuat pembentangan dan taklimat berkaitan kedudukan semasa kewangan bagi suku pertama (April – Jun) perakaunan syarikat.

Taklimat ini telah diberikan oleh Puan Wani dan En Haziq yang telah diamanahkan untuk menguruskan akaun SBZ Prima Sdn Bhd.

In shaa Allah, semoga dengan pengurusan akaun yang baik, dapat membantu syarikat berkembang dengan lebih terurus seiring dengan perkembangan semasa.

SBZ Prima Sdn Bhd berhasrat menjadi sebuah syarikat yang berdaya saing dan dapat membuka lebih banyak peluang kerja kepada masyarakat setempat dan juga lebih banyak peluang kepada Wakil-wakil Jualan (Rakan Usahawan) yang turut sama menjana pendapatan tambahan melalui perniagaan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa