Dalam kehidupan seharian kita, banyak perkara yang menjadi faktor penarik agar manusia lalai melaksanakan tanggungjawab agama dan tertarik dengan keindahan dunia.
Antaranya ialah keluarga, anak-anak dan isteri. Keluarga merupakan satu tanggungjawab besar dan amanah yang diberikan, bukan menjadi hiburan mahupun kesenangan hati semata-mata.
Anak-anak perlu membesar dengan persekitaran yang positif, sihat dan pastinya ceria. Terkadang dengan keletah mereka yang begitu menggembirakan, membuatkan ibu – bapa seringkali lupa untuk memberi didikan yang seimbang antara, rohani, jasmani, emosi dan intelek .
Di setiap peringkat memainkan peranan yang penting.Kehidupan seorang ibu – bapa bermula dari bayi, kanak-kanak, meningkat remaja dan dewasa. Bermulanya kehidupan seorang insan dengan kelahiran seorang bayi yang tidak mengerti dan faham apa-apa .
Ini bermakna setiap orang dari kita bertanggungjawab mendidiknya menjadi insan yang berguna . Sekiranya didikan diberikan dengan perkara yang lalai ataupun kurang baik, maka pincanglah generasi yang seterusnya.
Dan sekiranya kita menginginkan generasi yang seterusnya merupakan generasi yang beriman , soleh & solehah maka pendidikan awal yang berteraskan Al-quran dan Al sunnah adalah yang terbaik perlu dilaksanakan bermula dari usia seawal bayi.
Dari pandangan ini, bukan bermakna saya mengatakan bahawa kepentingan pendidikan awal kanak-kanak berteraskan al-quran hanyalah yang terpenting di peringkat awal ini.
Juga bukan bermakna penerapan di peringkat awal akan menjamin keselamatan kanak-kanak tersebut apabila meningkat dewasa.Pendidikan seperti yang diketahui umum, berlangsung sepanjang kehidupan.
Cuba kita fikirkan seketika, seandainya pada peringkat awal dimana ketika itu hati dan jiwa mereka masih suci dan bersih , tapi mereka sudah didedahkan dengan perkara-perkara yang tidak elok dan tidak dididik dan diajar tentang suruhan serta larangan Allah s.w.t. Bagaimana dengan kehidupan mereka ketika meningkat remaja tanpa asas pendidikan yang kukuh.
Walhal , saat itu pengaruh kebatilan telah semakin melingkari kehidupan mereka.Hati mereka juga telah dipenuhi dengan pendidikan yang bercampur aduk. Pepatah Melayu ada menasihatkan agar melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Firman Allah s.w.t dalam ayat di bawah :
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”
(Al-Tahrim [66] : ayat 6)
Dalam usaha menjaga diri dan ahli keluarga dari api neraka dengan melaksanakan segala perintahnya dan menjauhkan segala larangannya,insyallah pasti ada ganjaran di akhirat kelak.
Sebagai Umat islam Anak-Anak adalah amanah Allah yang terbesar dalam kehidupan. Pendidikan Awal mereka bergantung kepada apa yang ibu-bapa mereka berikan . Pilihan di tangan anda ….
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Previous article
All 6 for RM50 only