TudungSiComel menjadi jemputan MARA untuk sertai BizNetwork Fiesta, Selangor
TudungSiComel dengan rasa syukur dan teruja telah dijemput untuk menyertai program BizNetwork Fiesta Selangor 2024 anjuran MARA yang berlangsung pada 22 hingga 24 November di Central I-City Mall, Shah Alam. Program ini menjadi peluang berharga untuk kami memperkenalkan jenama TudungSiComel kepada lebih ramai orang sambil memeriahkan suasana bersama pelbagai perniagaan tempatan lain.
Di booth pengunjung berpeluang mencuba sendiri sample tudung sekolah TudungSiComel, merasai kualiti fabrik, dan memilih saiz yang sesuai. Kami juga menyediakan permainan menarik dengan hadiah istimewa untuk memeriahkan suasana
Program ini turut disertai oleh lebih 20 perniagaan tempatan lain, menjadikannya platform terbaik untuk berkenalan dan bertukar idea. Kami juga berkesempatan berbual dengan warga VIP MARA yang melawat booth-booth sepanjang acara.
Selain itu, pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan, happy hour, sesi live dari setiap booth, dan banyak lagi turut diadakan untuk memeriahkan suasana program BizNetwork Fiesta, Selangor ini.
Dengan kesempatan ini, kami dari TudungSiComel ingin mengucapkan terima kasih kepada MARA atas jemputan ini, dan kepada semua yang hadir ke booth kami, terima kasih kerana menyokong TudungSiComel! 🌸