Pada 23 Julai 2024, team TudungSiComel telah menghadiri program BizMatch Mega (Himpunan Usahawan Selangor) di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 Shah Alam. Program ini di anjurkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS (BPU-PKNS).
Program yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan program keusahawanan dan mewujudkan Masyarakat Perdagangan serta Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang berdaya tahan, berdaya saing dan mampan.



Team bergerak ke setiap booth agensi-agensi di bawah BizMatch Mega PKNS untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan bantuan yang disediakan kepada para usahawan.

Datuk Rosyam Nor juga turut hadir sebagai usahawan yang berjaya di bawah Program BizMatch Mega. Beliau berkongsi berkaitan perjalanan bisnes beliau. Sungguh humble orang nya.. 🥰
Terima kasih kepada Pihak PKNS atas peluang yang disediakan. Ianya sangat-sangat membantu usahawan-usahawan seperti kami.