Sedekah Pada Burung?

Hampir setiap hari, seorang pemandu bas Rapid KL akan memberi makan kepada burung-burung liar di sekitar Butik TudungSiComel.com. Ya, hampir setiap hari.

Rasa sangat kagum dengan ketekunan beliau. Tertanya pula kepada diri sendiri samaada mampukah saya berbuat demikian?

Ianya nampak mudah, tetapi perkara mudah inilah yang sangat sukar untuk dilaksanakan.

Selalunya kita akan menunda-nunda perkara yang dianggap remeh ini sehinggakan perkara tersebut tak terbuat pun sampai bila-bila, sedar-sedar kita dah berusia emas =)

Sedekah Ubat Kepada Penyakit

Sedekah ini juga merupakan ubat kepada penyakit (asbab);

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, “Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah”. (HR. Abu Dawud, dihasankan oleh al-Albani dalam Shahihul Jami’).

Yang seelok-eloknya, kita amalkan amalan bersedekah SEBELUM kita sakit dan janganlah HANYA bersedekah setelah jatuh sakit sahaja.

Takut-takut kita bersedekah dengan TIDAK IKHLAS, dengan niat hanya kerana ingin sembuh dari penyakit sahaja. Lepas sembuh, dah tak bersedekah =)

Mudah-mudahan juga burung-burung ini sentiasa mendoakan kesejahteraan beliau dan semoga beliau juga terus dimurahkan rezeki.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidak akan berkurang harta orang bersedekah” ~ wallahu a`lam

sedekah-1 sedekah-2

Sedekah tidak semestinya banyak, biarpun sedikit tetapi yang penting adalah keihlasan kita.

sedekah-3

Mohon fikir sejenak. Mampukah kita?

One comment

  1. Setuju.sedekah walaupun sedikit tp berterusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa