TudungSiComel di Selangor Showcase 2024: Pengalaman Bermakna Bersama MARA
Alhamdulillah, TudungSiComel berpeluang menyertai program Selangor Showcase 2024 anjuran MARA yang berlangsung pada 4hb hingga 6hb Disember 2024 di Medan Mara, Kuala Lumpur. Selama tiga hari ini, kami membuka booth khas untuk memperkenalkan jenama TudungSiComel kepada lebih ramai pengunjung dan warga tempatan.
Sepanjang program, kami menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti game beserta hadiah istimewa, serta mempamerkan sample tudung sekolah untuk pengunjung mencuba sendiri kualiti dan keselesaan produk kami. Pengunjung juga berpeluang mencuba saiz tudung yang sesuai dengan mereka – pengalaman hands-on yang kami yakin sangat membantu!
Selain itu, kami juga berkesempatan berkenalan dengan ramai usahawan tempatan yang turut serta, antaranya jenama terkenal seperti Aminah Hassan. Memang meriah suasana dengan pelbagai booth menarik, walaupun tak berkesempatan untuk kira jumlah keseluruhan booth yang ada!
Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran VIP yang melakukan walkabout di setiap booth sepanjang tiga hari tersebut. Pada hari pertama, kami berbesar hati menerima kunjungan daripada YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA, yang meluangkan masa untuk melihat sendiri usaha-usaha usahawan tempatan.
Pada hari kedua, booth kami pula dikunjungi oleh YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, yang turut memberikan kata-kata semangat kepada para usahawan. Manakala pada hari ketiga, kami menerima kunjungan daripada YBhg. Datuk Rosni binti Sohar, Ahli Majlis MARA, yang sangat mesra dan menyokong usaha-usaha keusahawanan seperti ini.
Kehadiran mereka benar-benar memberikan inspirasi kepada kami untuk terus maju. Kami sempat merakamkan beberapa momen istimewa sepanjang sesi ini – pengalaman yang sangat berharga buat kami.
Akhir sekali, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada MARA atas jemputan ini. Ia bukan sahaja peluang untuk meningkatkan brand awareness, tetapi juga satu pengalaman yang sangat bermakna buat team TudungSiComel.
Semoga program seperti ini terus memberi manfaat kepada usahawan tempatan di masa hadapan! 😊