Sembang-santai bersama Fara – Love at tsc

Assalammualaikum dan salam sayang buat semua pembaca! Fara di sini!


Untuk entri kali ni, Fara nak kenalkan diri. Kita nak bercerita serba sedikit tentang Fara dan nak bersuai kenal dengan pembaca semua. Harap tak bosan baca short story Fara ni ya hehe.

Nama panjang.. emm. Panggil Fara je. Boleh kan? Fara berumur 25 tahun (muda lagi ni..hehe) dan bekerja di TudungSiComel dekat 3 tahun dah. Sekejap je masa berlalu.

Fara masih bujang dan harap tahun depan dah tak bujang lah..eh? hehe. Fara menetap di Selangor dan HQ TudungSiComel juga berada di Selangor. Rumah dekat dengan office adalah impian semua pekerja dekat luar sana kan.

Bersyukur sangat. Banyak juga suka duka pahit manis yang memberi banyak pengajaran dan pengalaman sepanjang Fara bekerja di TudungSiComel ni, sama-sama menimba ilmu dan sama-sama berjuang untuk bantu ibu di luar sana dapatkan tudung buat Si Comel dan bantu ibu didik Si Comel bertudung seawal usia.

Mudah sangat nak dapatkan tudung yang murah sekarang ni tapi sukar nak dapatkan tudung yang mampu milik dan selesa untuk kanak-kanak pakai ke sekolah dan pakai harian. TudungSiComel lah jawapan kepada masalah itu!

Bekerja di TudungSiComel ni best sangat tau! Sangat-sangat best! Rakan sekerja yang satu kepala dan boss yang sangat sporting! Itulah rahsia Fara bersama dengan TudungSiComel ni dekat 3 tahun.

Fara bekerja sebagai apa dekat TudungSiComel ni? haa.. tugas Fara adalah reka content, designing poster, dan juga bantu marketing. Senang cerita tugas ni adalah tugas yang mencabar dan fun! Pasti ada saja cabaran yang perlu ditempuh setiap hari untuk terus bertahan. Biasalah, business kan.

Okay tak cerita Fara setakat ni? Atau nak Fara sambung lagi?

Cuba komen dekat bawah dan kita sembang-sembang sikit. Maklumlah, masa hasilkan entri ni waktu malam, best kalau sembang-sembang, kan?

Salam sayang semua!
Fara

1 thought on “Sembang-santai bersama Fara – Love at tsc”

Leave a Comment

WordPress Anti Spam by WP-SpamShield

Item added to cart.
0 items - RM0.00