300 Helai Tudung Nurse Diperlukan

Kita ada terima permohonan sumbangan tudung nurse untuk frontliner dari Hospital Tengku Ampuan Afzan & Klinik Kesihatan Kurnia, Kuantan Pahang.

tudung nurse diperlukan

Seperti kita semua sedia maklum, kes Covid semakin meningkat saban hari dan situasi ini agak mencemaskan.

Mereka memerlukan dalam 300 helai untuk diagihkan kepada Team Frontliner.

Untuk harga sehelai tudung Nurse khas untuk frontliner cuma RM7.90 sahaja. Kita akan cuba bantu jahitkan(dengan sedikit keuntungan untuk cover upah tukang jahit, staff yang menguruskan dan sedikit overhead).

Jadi jika rakan-rakan nak bantu menyumbang sehelai dua tudung, jemput klik pada link di bawah. Moga-moga sumbangan ini dapat sedikit sebanyak meringankan bebanan mereka seharian.

Lets fight the battle together

Terima kasih.

Leave a Comment

WordPress Anti Spam by WP-SpamShield

Item added to cart.
0 items - RM0.00
×

TudungSiComel.com

×