Suami curang- Antara masalah atau dilema yang dihadapi oleh para isteri ialah apabila dapat suami yang curang. Ia sudah pastilah merupakan mimpi ngeri buat mereka yang bergelar isteri
Setiap wanita yang sudah berkahwin pastinya mahukan rumah tangga yang bahagia dan mendapat suami yang penyayang. Tetapi dalam setiap rumah tangga pasti akan mempunyai ujianya yang tersendiri.
Antaranya ialah di uji dengan kecurangan suami, yang mana ia boleh menyebabkan isteri menjadi sangat kecewa, lebih-lebih lagi apabila isteri sudah berkorban segalanya termasuk telah melahirkan anak tetapi suaminya seolah-olah seperti tidak menghargai dengan segala pengorbanan yang telah dilakukan.
Ada Beberapa Tanda-Tanda Untuk Tahu Suami Curang Atau Tidak
Sebagai seorang isteri, sudah pastilah anda mahu tahu sama ada suami anda seorang yang curang ataupun tidak? Sebenarnya, ada beberapa tanda-tanda yang boleh anda kesan sama ada suami anda curang atau tidak. Sebagai seorang yang telah lama bersama dengan suami, anda sudah tentulah lebih mengenali sikap serta perlakuan suami sendiri.
Tetapi ada juga suami yang pandai menyorok atau menyembunyikan sikap curang dengan isteri supaya segala tindak tanduknya tidak kantoi dengan isterinya sendiri. Jom kami kongsikan beberapa tanda untuk mengetahui sama ada suami anda curang ataupun tidak?.
1-Perubahan Tingkah Laku
Antara tanda-tanda suami curang yang pertama ialah, perubahan tingkah laku. sebagai seorang isteri, sudah pastilah anda akan lebih tahu atau mengenal segala tingkah laku atau perkara yang suami suka mahupun suami tidak suka atau perkara yang sering suami anda lakukan.
Biasanya, suami yang curang perlakuan mereka akan menjadi curiga dan dalam tidak sedar, mereka akan melakukan benda yang tidak biasa mereka lakukan. Perubahan sikap ini, biasanya berlaku tanpa suami sedar, terutama sekali apabila terpaksa berpura-pura melakukan sesuatu perbuatan walaupun nampak ia kekok untuk mengelakkan dari kantoi dengan isteri sendiri.
2- Suka Marah-Marah
Kalau dahulu, suami anda seorang yang penyabar dan tidak suka marah-marah, tetapi tiba-tiba dia menjadi seorang yang sangat pemarah dan tidak penyabar. Ini adalah tanda-tanda suami curang yang sangat ketara. Apa yang lebih teruk, hanya kerana kesalahan kecil sahaja, suami menjadi seorang yang pemarah sehingga sampai satu tahap dia menjadi panas baran dan kaki pukul.
Ia juga antara masalah yang sering berlaku kepada isteri yang mengalami masalah suami yang curang sehingga ada yang menjadi mangsa penderaan suami dan sering dipukul oleh suami mereka kerana kesalahan yang kecil. Jika suami anda tiba-tiba menjadi seorang yang panas baran, tidak mustahil dia curang dengan anda dan ada wanita lain di belakang anda.
3- Telefon Ada Password
Satu lagi ciri suami curang yang selalu berlaku ialah handphone tiba-tiba ada password. Tidak dinafikan, ada sesetengah suami memang ada meletakkan password pada telefonya untuk melindungi segala isi kandungan dibaca oleh orang lain, tetapi biasanya password tersebut akan dikongsi dengan isterinya sendiri dan tidak kisah jika berkongsi segala maklumat di dalam telefon tersebut dengan isterinya.
Tetapi bagi suami curang, dia akan meletakkan password telefon dan tidak berkongsi password dengan isterinya. Bagi suami yang sebelum ini tidak meletakkan password pada telefonya akan mula meletakkan password pada telefonya dan tidak benarkan isterinya menggunakan telefonya.
4-Suka Menipu Dan Beri Alasan
Ini adalah salah satu sikap yang sangat famous dan sering dilakukan oleh suami curang. Mereka akan selalu mencipta pelbagai alasan dan juga akan minipu isterinya bagi mengelakkan perlakuan curangnya tidak terkantoi dengan isteri. Suami yang curang akan memikirkan pelbagai cara dan juga pelbagai alasan supaya perlakuan curangnya tidak terkantoi begitu sahaja.
Tetapi dalam pada masa yang sama, ada juga suami yang mungkin tidak pandai menipu isterinya dan setiap penipuanya pasti akan terkantoi. Terutama sekali buat suami yang tidak pernah menipu sudah pastilah penipuanya mudah dikesan oleh isterinya
5- Selalu Mengelak
Satu lagi cara untuk mengesan sama ada suami curang atau tidak ialah, dia sealu mengelak setiap kali anda mahu bertanyakan mengenai aktiviti atau apa yang sering dia lakukan. Sebab apa di mengelak apabila di tanya soalan seperti ini?
Kerana, jika terlalu di tanya dengan soalan seperti ini, lama kelamaan ia akan menyebabkan mereka kantoi. Tambahan pula, sikap seorang wanita yang ingin tahu dan sentiasa akan berusaha untuk mencari jawapan sehinggalah akhirnya suami terkantoi mengenai kecuranganya.
Baca Juga: 5 AKTIVITI KANAK-KANAK TASKA YANG SANGAT BEST DAN BERBALOI
6-Akan Bawa Telefon Ke Mana Sahaja
Selain itu, suami curang juga akan sentiasa membawa telefonya ke mana sahaja yag dia pergi walaupun pergi ke toilet. Biasanya, suami yang curang akan sedaya upaya untuk menyimpan segala rahsia mengenai kecurangan termasuklah akan membawa telefon ke dalam tandas.
Sebab apa telefon? sebabnya, dekat sini lah segala bukti kecurangan akan di simpan, seperti nombor telefon skandal atau chat dengan wanita lain. Jadi, untuk memastikan ke semua bukti tersebut selamat di dalam telefonya, sudah pastilah dia akan membawa telefonya ke mana sahaja yang hendak dia pergi.
7- Selalu Keluar Malam
Ini pula untuk suami yang sebelum ini banyak meluangkan masa bersama dengan keluarga tetapi secara tiba-tiba berubah menjadi seorang yang selalu keluar malam atau boleh dikatakan setiap masa jarang berada di rumah. Alasan yang selalu diberikan adalah sibuk dengan kerja dan sebagainya.
Tidak dinafikan memang ada suami yang kurang masa bersama keluarga kerana kekangan masa serta kesibukan kerja. Tetapi ada juga segelintir suami yang menggunakan alasan tersebut untuk menipu isteri mereka tetapi sebenarnya mereka sibuk meluangkan masa bersama dengan wanita lain atau dalam erti kata lain curang dengan isteri mereka.
8- Sudah Tidak Mesra
Ini adalah perubahan sikap yang sangat ketara bagi kebanyakkan suami curang. Biasanya, suami yang curang ini sudah tidak mempunyai perasaan cinta kepada isterinya. Disebabkan itu, hubungan dengan isteri mula menjadi renggang dan tidak mesra serta romantik seperti mula-mula berkahwin dulu. Apa yang lebih teruk, ada yang sampai tahap mengabaikan isterinya dan tidak menjalankan tanggung jawabnya sebagai seorang suami.
Bukan itu sahaja, suami curang juga biasanya sudah tidak romantik dan tidak suka bergurau senda dengan isterinya lagi.
9- Suka Kalau Isterinya Tidak Ada Di Rumah
Bukan Itu sahaja, suami curang juga biasanya suka kalau isterinya tidak berada di rumah dalam tempoh masa yang lama dan tidak akan ambil tahu ke mana sahaja isterinya pergi dan berapa lama isterinya akan pergi. Terutama sekali jika isterinya mahu pulang ke kampung dalam tempoh masa yang lama sudah pastinya dia akan menjadi sangat happy dan akan menjadi orang yang pertama akan membantu isterinya kemas pakaian.
Padahal sebelum ini bukan main lagi malas nak kemas pakaian untuk anak dan isterinya. Dalam pada masa yang sama, jika isterinya ajak pulang ke kampung atau pergi ke mana sahaja bersama dia, dia akan memberi seribu satu alasan untuk tidak mengikut isterinya. Ini kerana, apabila isterinya tidak berada di rumah, ia memudahkan dia untuk melakukan apa sahaja yang dia suka termasuk keluar dengan wanita lain tanpa dia perlu merasa risau jika hubunganya kantoi dengan isterinya.
10- Suka Mencari Salah isteri
Bukan itu sahaja, selain panas baran, suami curang juga suka mencari kesalahan isterinya dan sering memarahi isterinya walaupun ia adalah isu kecil. Malah, isu kecil ini seringkali dijadikan sebagai salah satu isu yang besar sehingga menjadi satu pergaduhan yang besar. Bagi Suami curang apa sahaja yang isterinya lakukan nampak salah di matanya dan baginya isterinya tidak sempurna di matanya.
Bukan itu sahaja, suami curang juga biasanya akan sering memberi alasan isterinya tidak memahami dirinya.Tujuan dia buat begitu adalah untuk dijadikan sebagai alasan yang kuat untuk dia curang dengan wanita lain yang kononya lebih sempurna dan lebih memahami dirinya.
Apa Yang Penting Suami Dan Isteri Perlu Duduk Berbincang Untuk Mencari Jalan Penyelesaian Yang Terbaik
Kesimpulanya, dalam setiap rumah tangga pasti akan ada ujian serta cabaranya yang tersendiri. Ujian seperti ini, adalah untuk mematangkan antara satu sama lain dan dalam pada masa yang sama untuk sama-sama belajar mengenali sikap pasangan masing-masing. Terutama sekali mereka yang baru mendirikan rumah tangga kerana sikap sewaktu bercinta biasanya berbeza apabila sudah bernikah.
Justeru itu, jika ada masalah dalam rumah tangga anda dan pasangan hendaklah bersama-sama duduk berbincang dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Saling sayang menyayangi antara satu sama lain dan jauhilah sikap curangi pasangan anda kerana ianya boleh merosakkan hubungan rumah tangga yang telah di bina.
Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel