Kalau dahulu masa kita kecil-kecil (zaman tadika), ustaz/ustazah akan minta kita nyanyikan nasyid ‘bulan-bulan Islam’ dengan tujuan untuk mudah menghafal.
Teknik hafalan melalui kaedah nyanyian adalah sangat berkesan kerana semasa saya di sekolah menengah sendiri pun masih mengamalkan teknik tersebut. Terutamanya untuk menghafal maklumat-maklumat penting seperti tarikh-tarikh peristiwa sejarah.
Lagu yang saya hasilkan tue tak lah sesedap lagu-lagu yang dihasilkan oleh komposer-komposer terkenal Malaysia seperti abang Johan Nawawi dan tak selunak suara Kak Nora. Boleh la sekadar syiok sendiri hehe.
Siapa masih ingat nasyid bulan-bulan Islam? ….krik…krik…krik…hehehe tak ingat la tue =)
Jika dah tak ingat, mari kita dengar nasyid di bawah yang diambil inisiatif oleh pihak Hud Hud Media melalui program mereka, Voice of Ummi =).
Nasyid dengan versi Voice of Ummi lebih bertenaga dan berwajah baharu. Ianya juga santai dan lebih interaktif. Khas untuk kanak-kanak berusia 40 tahun ke bawah =)
Voice of Ummi
Mari kita nyanyi bersama, kalau boleh ajak si comel sekali ya…1 2 3 mula…